PAGI itu, aku tersedar apabila alarm di telefon berbunyi. Spontan, tanganku mencapai telefon bimbit di atas laci. Tapi, pelik. Bukan alarm dari telefon aku. Kemudian, mata mencari telefon Heidi. Menyala-nyala skrin iPhone miliknya.
Aku pandang Heidi yang masih nyenyak tertidur di sebelah aku. Jarang Heidi tak bangun dengan alarmnya sendiri. Pelik ini.
Kemudian, mataku menangkap botol minyak angin di atas laci di sebelah katil. Spontan, tangan menyentuh perut yang diurut Heidi semalam. Heidi tidur lambat sebab risaukan aku ke? Tapi, aku tidur awal malam tadi.
Aku matikan alarm Heidi terlebih dahulu sebelum menggoncang lembut bahu Heidi.
"Abang..."
Hanya sekali panggil, dan mata Heidi terus meluas. Bagaikan terkejut, Heidi terus duduk menegak. "Sayang, are you okay?" Heidi bertanya cemas dengan wajah baru bangun tidurnya. Spontan, aku berkerut sebelum ketawa kecil.
"Shiraz sakit perut ajelah. Dah okey dah pun." Aku tepuk perutku beberapa kali, namun Heidi masih beriak bimbang. Tubuhku ditilik atas bawah sebelum dia kembali memandang mataku.
"Betul ini? Shiraz okey? Tidur semua okey? Tak ada terjaga?" tanya Heidi, bertalu-talu membuat aku semakin berkerut.
"Ya Allah, betullah abang. Shiraz dah okey dah. Semua sebab tangan abang mengurut semalam. Lena Shiraz tidur." Aku berseloroh sebelum Heidi akhirnya tersenyum. Kenapa aku tengok Heidi macam lega sangat? Aku sakit perut aje pun.
"Jomlah. Dah Subuh." Aku berkata sambil menyelak selimut, namun Heidi laju menghalang.
"Shiraz mengantuk lagi ke?" tanya Heidi.
Aku menggeleng. Aku tidur awal kut malam tadi. Mustahil nak mengantuk lagi. Lagipun, bukan tabiat aku pun tidur lepas Subuh kecuali kalau betul-betul mengantuk.
"Lepas Subuh, bersiap. Abang nak bawa Shiraz somewhere." Heidi memberi arahan. Cukup misteri di telinga aku.
"Pergi mana?"
"Adalah. Just the two of us. Cepat. Nanti lambat, terlepas breakfast dengan yang lain." Heidi mula melangkah turun dari katil dan aku tetap menurut. Sempat kepala berfikir ke mana agaknya Heidi nak bawa aku.
Teruja punya pasal, terus aku cepat-cepat mengambil wuduk. Solat berjemaah dengan diimamkan Heidi sebelum aku terus meluru masuk ke dalam bilik air.
Rasa tak sabar apabila mengingatkan yang aku akan keluar berdua dengan Heidi. Maksudnya, Heidi nak ajak aku dating!
Punyalah teruja, sampai baju ganti pun lupa nak bawa masuk dalam bilik air. Mujurlah tak lama selepas itu, Heidi tiba-tiba bersuara dari luar.
"Shiraz, abang nak ke bilik Kak Hez kejap. Nak pulangkan minyak angin."
Dan-dan aku menghela nafas lega. "Okey, abang!" Aku membalas dari dalam sebelum menunggu seketika. Apabila dah yakin Heidi tiada di dalam bilik, barulah aku membuka pintu bilik air untuk keluar dan mengambil pakaian di dalam almari.
Laju dan sepantas kilat! Pintu almari aku buka dan tangan mencapai blouse putih bersama seluar slack. Aku tarik sahaja mana-mana baju anak yang aku nampak sebelum terus ditutup semula.
Baru hendak melangkah semula ke bilik air, pintu bilik hotel kembali dikuak. Terus aku kaku. Bukan hanya aku, Heidi di muka pintu turut kaku. Terus aku rasa segala darah di muka turun ke kaki. Pucat lesi, apatah lagi apabila mata Heidi tak lepas dari memandangku.
Dan-dan aku telan liur sendiri. "Lupa ambil baju." Hampir tak terkeluar tiga perkataan itu dari anak tekak.
Dan, aku nampak Heidi terus memalingkan wajah. Mata dipejam sesaat sebelum nafas ditarik dalam. Dapat aku lihat tangannya memegang daun tombol pintu yang baru dipulasnya tadi. Sempat juga mata menangkap anak tekaknya yang naik turun beberapa kali.
YOU ARE READING
SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •
Romance𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬. 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭. 𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭𝐛𝐫𝐞𝐚𝐤𝐢𝐧𝐠. SHIRAZ AIRIZ punya banyak kisah dengan lelaki. Adnin, Zayn, Malik. Seorang ditinggalkan, seorang meninggalkan dan seorang lagi menyakiti. Hatinya milik seorang Zayn, tapi kerana Adnin dan Malik, di...