Black Door

882 39 2
                                    

"Masuklah. Takpelah, takde apa. Percaya saya." Ajak Dhylan. Dibukakan pintu kayu jati berwarna hitam dan berukir bunga itu. Aysha ragu-ragu nak masuk. Rumah ni lagi cantik dari rumah Dhylan yang dulu. Well, dulu mak dia hanya kerja sebagai kerani.

Aysha melangkah masuk kedalam. Setiap langkah terasa seperti ada batu di kaki. Berat sangat nak masuk. Masuk saja kedalam, kelihatan rumah moden yaug berbau lilin wangian Lavender. Bermakna rumah ini bersih, tak seperti rumah Aysha dulu yang sentiasa bersepah.

"Ni mainan awak suka main masa awak sakit dulu." Ujar Dhylan, menunjuk kearah satu bekas lego dan beberapa kotak lego yang disusun meninggi ditepi kabinet TV. Ada juga figura doraemon hasil beli di McDonald's dan ada satu buku CD barbie.

Aysha mengambil sebingkai gambar yang menunjukkan dia dan Dhylan yang sedang bergambar dan bergembira disebuah taman tema.

Aysha kelihatan bahagia sebegini?

"Well, masa tu ada orang offer tangkapkan gambar so you sendiri nak ambil gambar. I cuci gambar tu and jadikan bingkai."

Aysha memandang Dhylan sekilas. Diletak semula bingkai tersebut. Dia memegang sebuah beg kulit warna kelabu yang berisi baju-bajunya. "...saya nak rehat."

"Boleh, boleh. Dekat bilik atas ada master room. Tu bilik kita, boleh tidur sana."

"Saya nak tidur seorang diri. Harap awak tak kisah."

"Saya kisah." Dhylan menggosok-gosok lehernya. Tiada apa yang boleh dia lakukan sekarang kecuali melayan Aysha lebih baik. "Tapi itu keputusan awak, saya tak boleh halang. Awak tidur sajalah di master bedroom. Saya boleh tidur dibilik sebelah nanti."

Aysha angguk. Dia berjalan sendiri naik ke tingkat atas. Dhylan hanya mengeluh. Well, at least Aysha dah ada dekat sini. Dia rindukan suara Aysha menceriakan suasana dalam rumah. Menyesal pula dia bawa Aysha pergi ke hospital dan berjumpa dengan Laila.

Dia masih tak tahu macammana Laila buat sampai Aysha ingat balik kejadian dulu.

"Haih. Takpelah. Lapar." Dhylan menggosok-gosok perutnya. Baik dia masak dulu. Nanti boleh dia pujuk Aysha sikit-sikit dengan makanan.

**************
Dhylan menaiki tangga membawa sedulang makanan dan air. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum buka pintu master bedroom. Dia tergamam melihat Aysha yang hanya berkemban dengan kain batik didalam bilik.

"Ah, sorry." Dhylan mengalihkan pandangan. Dia meletakkan dulang itu diatas meja make-up. "Makanan awak. Saya masak....ikan pari asam pedas dan air bandung susu."

Aysha diam. Dia duduk diatas katil menunggu Dhylan untuk keluar bilik. Bila Dhylan sudah keluar dan tutup pintu, berlari Aysha ke dulang makanan tersebut. Sedapnya bau!

Seriuslah Dhylan yang masak semua ni? Dia masak sebab takde orang nak masak dalam rumah kot?

Aysha mencalit sedikit kuah dan merasanya. Sedap gila! Tak kurang, tak lebih. Sedang-sedang rasa dia sebagai Ikan Pari Asam Pedas.

Aysha mengambil sudu dan disuap satu kemulut. Setelah itu dia teguk sikit air. Air pun sedap. Tak sangka Dhylan sudah benar-benar berubah, tidak panas baran macam dulu.

Dhyna kata, sejak Aysha masuk hospital, Dhya meninggal dan Dhyna masuk juvana, Dhylan terus putus kawan dengan Pink dan Yoya sebab nak fokus study. Dhylan study sampai dapat degree dan terus kerja sebab nak ganti mak dia dalam kewangan. Ini menunjukkan bertapa tekadnya Dhylan nak berubah.

Actually Aysha dah lama maafkan Dhylan. Cuma saja dia nak jual mahal biar Dhylan merana lebih sikit. Tapi sikit jelah. Lebih-lebih siapa nak layan.

Ayva.

Aysha menolak pinggannya dan melihat sekeliling. Tengah makan nilah dia teringatkan kakak kandung dia yang seorang itu. Terus dia berjalan mencari-cari telefon Aysha yang 'budak-budak' tu. Maybe Aysha ada telefon? Aysha ada telefon ke?

Aysha mengambil sehelai tuala dan menutup bahunya. Dulu jadi budak-budak susah nak pakai baju. Sekarang dia susah nak tunjuk tubuh pada Dhylan.

"Dhylan." Aysha memanggil. Dhylan yang sedang makan diruang tamu sambil menonton cerita Barbie berpaling ke tingkat atas.

"Ya, saya?"

"Saya takde telefon ke?"

"Ah...tak...de. Saya takut nak bagi telefon dulu sebab awak pun tak pandai guna."

"Habistu macammana saya nak telefon kakak saya?"

"Awak nak telefon Ayva? Boleh je. Boleh guna phone saya and- esok, maybe? Kita keluar beli phone. Nak?"

Aysha senyap seketika. Dia angguk kepala dan kemudian masuk semula kedalam bilik. Ini maknanya dia kena tunggu esok untuk dapatkan telefon. Aish, lama lagi! Tapi dia malu nak pinjam telefon Dhylan lah. Haih.

Aysha nak sambung makan macam biasa namun pintunya ditolak dan Dhylan sampai terjatuh keatas lantai kerana terseret alas kaki. Dhylan menggosok-gosok tangannya dan menghulurkan telefon pada Aysha tanpa bangun terlebih dahulu.

"Kakak awak. Call kakak awak kalau awak nak."

Aysha mengambil telefon ditangan Dhylan. Memang sudah terpasang panggilan dengan Ayva. Terus diletakkan telefon ditelinganya. "Awak okey?"

"Okey, don't worry. Telefon lah sebanyak yang mungkin. Saya tak kisah." Balas Dhylan. Dia duduk dihadapan Aysha, memandangnya tanpa henti.

Aysha berkerut dahi. Suara kakaknya menerpa ditelinga. Terasa lama dia tak mendengar suara ini. Kali terakhir dia ingat suara Ayva adalah di mahkamah uruskan kes Aydan.
"Akak..."

"Haaa Aysha. Asal? Rindu aku?"

Aysha tunduk. Diketap bibirnya rapat dan dipandang Dhylan didepannya. Dia nak menangis tapi Dhylan berada dihadapannya sekarang. Tahu dia ganggu Aysha, Dhylan menggelabah berdiri dan keluar dari bilik.

Fuh. Nasib baik Aysha tak marah dia ganggu tadi. Tak sedar pula Dhylan.

Dhylan rindukan Aysha yang ceria dulu tapi yang sekarang, Aysha nampak lebih matang, lebih cantik dan lebih 'sesuai' jadi isteri seseorang.

She's my wife : Mission Sidestory ✅Where stories live. Discover now