5 Tahun sudah berlalu. Dhylan masih duduk seorang diri tanpa isteri dan anak disisi. Kemana mereka pergi pun Dhylan tak tahu. 5 Tahun lalu, lepas saja dia boleh berjalan, dia balik ke rumah mak dia dan kerja sendiri saja. Sekarang dia balik semula ke rumah lamanya setelah orang lama yang menyewa dengan dia telah pindah ke rumah lain.
Dhylan bagi sewa kepada sepasang pasangan suami isteri. Dhylan tak bagi mereka ubah apa-apa dan mereka ikut saja sebab rumah besar dan moden macamni hanya disewakan RM450 saja sebulan. Mereka ikut sajalah. Mana nak dapat rumah sewa RM450 sebulan sekarang ni.
Selesai kemas barang separuh, Dhylan keluar berjalan diluar. Banyak juga benda yang dah berubah. Taman yang berdekatan dengan rumahnya juga telah diubah jadi lebih moden, lebih cantik dan lebih banyak permainan serta sudah ada sinki dan tandas awam. Pandai saja penduduk disini menjaganya.
Dhylan keluar ke kedai jalan kaki saja walaupun hujan. Dia guna payunglah takkan nak pakai plastik pula. Dia pakai boots hitam, jaket plastik a.k.a baju hujan berjenama dan tracksuit biasa. Sambil jalan, sambil dia main air. Best juga jalan sorang-sorang dalam hujan macamni.
Sampai di kedai, Dhylan meletakkan payungnya ditempat letak payung khas diluar kedai kemudian berjalan masuk kedalam. Boots dia bukan boots yang bawa pergi kebun tu tau tapi boots bertali yang dipakai model diatas pentas. Sebab itu dia ada keyakinan nak masuk kedalam kedai.
"Wah, Dhylan! Lama tak nampak you. Pigi mana?" Soal seorang lelaki Pakistan yang menjaga kedai itu. Dulu kalau nak beli barang dapur sinilah Dhylan pergi. Bukan taknak beli barang mahal, tapi dia malas nak drive jauh.
"Rehat jap, uncle. Takde siapa pun kat sini." Balas Dhylan sambil diambil dua botol Redbull, sepaket gula-gula, 3 pek jajan dan satu botol Fresh Mint. Gula getah yang ada tattoo tu pun dia ambil beberapa pcs untuk dirinya. Dia ni setiap malam terasa nak mengunyah. Pagi sebelum kerja biasa dia gym dulu. Sebab tu nampak sado.
"Ouhh ni you balik sini kenapa?"
"Bos panggil. Kerja sini baliklah." Balas Dhylan selamba. Dia menyeluk poketnya dan dikeluarkan dompetnya. Dicuri pandang beberap baris rokok dibelakang pakcik Pakistan itu.
"Uncle, you tahu mana jual flavour pod tak uncle?" Soal Dhylan.
"Wah, you hisap pod eah sekarang?"
"Saja. Lepas tension. Hisap-hisap hembus."
"Wah! Bagus, bagus! Uncle pun suka hisap-hisap hembus ni. Kalau nak flavour pod, uncle pun adalah!" Katanya penuh bangga. Dikeluarkan satu kotak penuh dengan flavour saja. Dhylan mengambil semua flavour dan diletakkan diatas meja. Hampir semua flavour dia pernah rasa. At least benda ni tak tambah kalori kalau rasa nak makan waktu malam.
"Kira semua."
"Okey!" Semangat uncle tu mengira. Yelah, dapat duit mestilah semangat. Beli semua flavour pula tu. Dhylan terus memasang satu flavour kedalam pod yang digantung dileher dan terus dihisapnya lalu dihembus.
"Excuse me! Makcik!" Seorang remaja perempuan menegur dengan semangat sekali. Dengan baju sekolah dia tu buat Dhylan nak tergelak.
"Apa?"
"Makcik dilarang menghembus disini! Saya sakit asthma!" Tegasnya. Dhylan terus simpn pod dalam baju dan menongkat kepala memandang remaja tersebut.
"You budak-budak you apa tahu?"
"Eh, saya ada asthma lah! Saya nak membeli bau pod busuk makcik tu!"
"Aish! Ruby jangan malukan sayalah..." Seorang lagi budak perempuan menarik tangan perempuan tersebut. Dia menoleh mukanya kearah lain. Dhylan dan budak tersebut terus saling menyampah sesama sendiri.
"Semua sekali RM156.50." Ujar uncle tersebut. Ruby memasang telinga bila dengar harga yang disebutkan uncle tersebut. Terus ditarik baju Dhylan.
"Makcik. Motor saya habis minyak. Minta RM5 nak isi minyak motor."
"Kamu tu budak kecil. Mana adab dengan orang tua?" Soal Dhylan. Namun Ruby hanya tersengih. Mata sepetnya itu buat dia nampak seperti Hagemaru.
"Alah, makcik. Okey, begini. Knock-knock!"
Dhylan berkerut dahi.
"Aish, makcik jawablah 'who's there'! Knock! Knock!"
Dhylan mengeluh. Kena layan juga ke? "Who's there?"
"Ruby."
"Ruby who?"
"Ruby nak minta RM5 beli minyak motor. Cukup beradab tak tu?"
Dhylan tersenyum dengan budak Ruby ni. Pandai dia ambil hati Dhylan. Dhylan membuka dompetnya dan dikeluarkan wang RM20 lalu diserahkan pada Ruby. "Belanjalah girlfriend tu makan."
"Hehe! Dia bukan girlfriend saya tapi will be!" Ruby membalas mesra. Dhylan mengusap kepala Ruby yang hanya tinggi paras dadanya saja. Terus dibawa plastik barangnya itu dan sempat dipandang sekilas pada kawan Ruby.
Apabila dia pandang semula untuk pastikan itu bukanlah orang yang dicari, kawan Ruby sudah masuk sampai ke rak belakang.
Hm. Salah orang kot.
****************
"Huu..." Dhylan menghembus asap ke udara. Suasana selepas hujan sangat-sangat diminatinga. Rasa tenang saja despite of bunyi petir sana-sini. Mujur sekarang bunyi petir atau guruh adalah 5KM dari sini. Takdelah bingit sangat.Dhylan rasa sunyi sangat. Sekarang semua benda dia buat sendiri. Masak makan sendiri. Basuh baju sendiri. Main game sendiri. Semuanya sendiri. Inilah apa yang dia dapat lepas sakitkan hati ramai orang. Hidup jadi dia memang menyendirikan.
Dhylan tak ikut pun kata Dr.Milea untuk cari pelacur atau gigolo. Mulanya itulah niat dia. Tapi lepas main dengan seorang lelaki, dia dah tak rasa nikmat. Mungkin kerana sudah tiada Aysha untuk dia jumpa balik rumah nanti. Tiada lagi wajah itu untuk ceriakan dia.
"Makcik! Makcik datang sini juga?" Sekali lagi remaja yang sama datang menyapa. Dhylan ni rasa Tuhan betul-betul nak hukum dia. Dia tengah rasa tenang ni.
"Apa?"
"Baguslah makcik ada kat sini! Kasihan makcik sorang-sorang. Saya ada beli nasi goreng tadi! Jom makan sekali!" Ruby bersuara ceria. Dhylan angkat kepala memandang Ruby namun pandangannya terarag pada remaja disebelah Ruby.
"Siapa..." Dhylan bersuara. Dipandang nametag remaja perempuan tersebut.
Yumi.
"Siapa nama ibu kamu, Yumi?"
"Hm?" Yumi yang dari tadi mengangkat kain untuk mengelak dari air tersebut memandang kearah Dhylan. Nampak macam dia lupa muka Dhylan.
"Nama mak kamu. Siapa?"
"Aysha."
YOU ARE READING
She's my wife : Mission Sidestory ✅
RomanceAlkisah Dhylan yang berkahwin dengan Aysha, gadis gila kerana dia sendiri yang menawarkan diri untuk menjaga Aysha. Setiap hari Aysha tidak akan memakai sebarang pakaian dirumah. Asal dipakai, pasti dibuka tak sampai 30 minit pun. Sentiasa hantuk k...