Suara jeritan dari penduduk kerajaan Goryeo bergema sambil berlari untuk menyelamatkan diri dari serangan secara tiba-tiba dari pihak luar.
Banyak rumah penduduk Goryeo yang sudah terbakar akibat perbuatan dari manusia yang tidak berperikemanusiaan. Anak panah dicucuh dengan api lalu melepaskannya disetiap rumah bagi menghancurkan Kerajaan Goryeo bahkan ramai penduduk di situ sudah mati kerana terlalu banyak anak panah yang jatuh dari langit nan hitam.
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Kerajaan Goryeo boleh diserang sedangkan sistem kesalamatan di kerajaan ini terlalu kuat bagi musuh menempuh masuk.
Hal itu menjadi tanda tanya dari pelbagai pihak. Bahkan Raja Kim sekarang ini dibuat bingung ketika pengawal yang menjaga pintu masuk utama Kerajaan Goryeo tergeletak tidak bernyawa di atas tanah.
Raja Kim terpaksa turun tangan walaupun mereka mempunyai jeneral yang layaknya menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Raja Kim untuk melakukan serangan namun Raja Kim sendiri yang akan ambil alih untuk menjadi paling hadapan bagi melakukan serangan secara tiba-tiba pada kerajaannya.
Penampilah Raja Kim dengan baju besinya menunjukkan bahawa dia sudah bersiap sedia untuk memenggal manusia yang keji untuk menghancurkan kerajaannya.
Juga kelihatan tentera Goryeo yang sudah berdiri tegak di hadapan raja mereka untuk menyiapkan diri mereka membalas serangan.
" Tentera yang lain, kumohon arahkan semua penduduk kita mencari tempat yang selamat untuk dilindungi sebelum bantuan Kerajaan Silla datang, ini perintahku. " Titah sang raja kepada tentera disebalah kanannya, mereka mengangguk kepala mereka sebelum bergegas pergi untuk mencari tempat yang selamat kepada penduduk Goryeo. Raja Kim mengambil pedangnya sebelum balik ke hadapan.
Perlahan Jeneral Lee melutut di hadapan Raja Kim. Dipandangnya sekilas sebelum memberikan pedang yang terlihat usang namun memiliki kekuatan yang unik milik Raja Kim kepada Jeneral Lee.
" Jeneral Lee, aku mahu kau yang satu-satunya untuk melumpuhkan ketua mereka dengan pedang ini. Namun kau harus tahu, kekuatan pedang ini mempunyai hadnya dan aku mengharapkan kau untuk melakukannya, Jeneral. " Titah Raja Kim kepada Jeneral Lee dengan tegas.
" Yang mulia, patik tidak akan menghampakan Kerajaan Goryeo. " Jeneral Kim bersuara lalu mengambil pedang milik Raja Kim sebelum memandang wajahnya yang terlihat datar.
Raja Kim menitahkan Jeneral Lee untuk bangun dan mempersiapkan diri mereka bagi melawan musuh yang datang tanpa diundang pada malam istimewa yang kini bertukar suram.
" Ingatlah walau apa pun yang berlaku, mahupun terkorban ketika peperangan. Kita mesti terkorban dengan memberi kemenangan kepada Kerajaan Goryeo. Mari kita hancurkan mereka yang sudah menjejakkan kaki mereka yang jijik ke tempat kita. " Laung Raja Kim sebelum mengambil pedangnya yang lain bersama perisai untuk melindungi dirinya.
" HIDUP KERAJAAN GORYEO!! " Laungan yang kuat dilontarkan oleh Jeneral Lee sebelum disambut oleh tentera yang lain bahawa hanya Kerajaan Goryeo yang mereka akan setia selamanya.
Dengan pantas mereka menaiki kuda yang sudah disediakan diikuti Raja Kim yang turut menunggang kuda peliharaannya disetiap peperangan sebelum menuju ke medan peperangan.
****
Permaisuri Kim menggigit bibirnya sambil mencari pengawal peribadinya di dalam istana. Nafas dia dihembus lega setelah berjaya menemui lelaki itu yang berlari mencari Permaisuri Kim juga.
" Patik minta maaf permaisuri, patik hilang jejak permaisuri ketika ramai penduduk berlari meninggalkan istana. " Pengawal peribadinya membongkok badannya berkali-kali.
YOU ARE READING
Revenge || JJH
FanfictionAkibat kesalah fahaman antara dua kerajaan iaitu Kerajaan Goryeo dan Kerajaan Joseon yang menyebabkan berlakunya peperangan tanpa diduga sehingga Kerajaan Goryeo jatuh ke tangan Kerajaan Joseon. Namun sebelum bantuan dari Kerajaan Silla sampai ke lo...