Chapter 3

7 2 0
                                    

Pintu dibawah tanah ditutup dengan rapat sementara menunggu bantuan dari Kerajaan Silla datang. Namun terlihat jelas wajah panik sang permaisuri ketika merasakan sakit pada perutnya yang buncit kerana kehamilannya.

Dengan tergesa dayang Shin menghampiri Permaisuri Kim lalu memegang tangannya untuk menyuruhnya berbaring.

" Permaisuri, aturkan pernafasan anda. Semuanya akan baik-baik sahaja permaisuri. Dayang Lee, tolong ambilkan segelas air untuk permaisuri? " Pinta dayang Shin kepada seorang lagi dayang yang menemani mereka untuk menjaga Permaisuri dari Kerajaan Goryeo.

Dengan pantas dayang Lee berlari mengambil segelas air namun, sebelum dayang Lee sempat mengambil gelas, kedengaran pintu dihentak dengan kuat dari luar. Ini bermakna ada musuh cuba untuk menyerang masuk!!

Dengan pantas dayang Lee kembali semula kepada Permaisuri Kim bersama dayang Shin untuk memberitahu mereka.

Dayang Shin yang sibuk menenangkan permaisuri menolehkan kepala ke arah dayang Lee yang menghampiri mereka tanpa membawa segelas air untuk permaisuri mereka. Hal itu membuatkan dayang Shin sedikit tersulut emosi.

" Dayang Lee, aku sudah memberitahu untuk mengambilkan segelas air? Kenapa tangan kau masih kosong? " Soal dayang Shin yang memandang dayang Lee dengan rautnya yang cemas. Namun sudah dipotong dengan kenyataan dari dayang Shin.

" Yang mulia permaisuri, sepertinya ada musuh dihadapan pintu! Mereka kelihatan sudah tahu tempat persembunyian kita! " Ucap dayang Lee dengan panik sambil memandang ke arah mereka berdua.

Mata Permaisuri Kim membesar setelah mendengar penjelasan dari pembantunya. Ditolehnya sebelah dan mendapati pedang samurai yang ia simpan dahulu tercetak jelas di atas almari.

Dengan perlahan dia bangun untuk menggapainya namun ditahan oleh dayang Shin.

" Permaisuri, anda tidak boleh terlalu banyak bergerak. Sekarang permaisuri tolong masuk dan bersembunyi di dalam almari. Dayang Lee dan patik akan menyelesaikan ini. " Pinta dayang Shin lalu menghampiri almari belakang untuk membuka pintu kepada permaisuri.

Tanpa ragu, Permaisuri Kim masuk ke dalam almari yang dibukakan oleh dayang Shin. Tidak lupa juga pedang samurai di tangannya untuk melindungi diri dia sendiri.

Sebelum pintu almari ditutup, ditatapnya wajah dayang Shin dan dayang Lee yang membantunya untuk mencarikan tempat selamat.

" Terima kasih dayang Lee dan juga dayang Shin. Hati-hati juga dengan mereka. " Ucap permaisuri sambil mempamerkan senyuman dan dibalas anggukan serta senyuman juga dari dayang Shin dan dayang Lee sehingga almari itu ditutup rapat.

Dayang Shin mengambil pedang samurai yang tergantung rapi di dinding dan memberikan satu kepada dayang Lee untuk berjaga-jaga. Untung sahaja dua gadis ini pernah dilatih bersama Raja Kim kerana jika berlaku keadaan tak diingini sekurangnya mereka dapat menjaga keselamatan diri serta keselamatan permaisuri mereka.

Ditoleh ke arah pintu kayu yang mereka kunci kini sudah dibuka akibat tendangan oleh seseorang membuatkan 2 gadis itu sedikit terloncat.

" Kenapa firasat aku mengatakan sesuatu yang buruk akan datang dayang Shin? " Tangan dayang Lee sedikit lemas ketika firasat buruknya datang sambil toleh ke arah dayang Shin.

" Fokus Lee. Mahupun kita terkorban kelak, janji kita dapat melindungi permaisuri kita. " Ucap dayang Shin yang matanya masih lekat ke arah pintu yang kini sudah dibuka oleh beberapa tentera yang membawa beberapa alat tajam bersama.

Berpusu-pusu mereka lari masuk ke dalam sambil mengepung laluan mereka daripada melarikan diri.

" Cis! Kalian ini hanya tikus yang ketakutan hanya melekat antara satu sama lain dengan sekolompok kalian untuk mengepung 2 orang gadis sahaja tskk. Lemah! " Marah dayang Shin seketika melihat hampir 20 orang masuk ke bawah tanah ini. Dan semuanya lelaki!

Revenge || JJHWhere stories live. Discover now