Chapter 5

8 3 0
                                    

Keadaan di kerajaan Silla hening setelah tumpasnya kerajaan Goryeo di tangan Raja Jung. Sudah 17 tahun berlalu namun mereka masih mencari bukti bahawa Raja Kim tidak bersalah atas semua ini. Lebih-lebih lagi setelah kepergiaan yang paling dihormati ayahandanya 5 tahun lepas. Pemergiaannya sangat terkesan selepas jatuhnya kerajaan Goryeo.

Perkataan dari ayahandanya masih terngiang-ngiang dikepalanya sewaktu dia terlantar sakit di atas katil. Dia masih ingat ayahandanya memohon kepadanya untuk mencari bukti serta puteri dari Lee Minyoung atau dikenali sebagai Kim Minyoung iaitu isteri sah dari Raja Kim Wonshik.









" Appa tahu Wonshik dan adikmu tak bersalah Jaejoong. Ada dalang yang cuba menjatuhkan mereka dengan berkhianat dan membuatkan Raja Jung marah besar lalu memusnahkan mereka. Appa dah cuba sedaya upaya untuk mencari susunan teka-teki di semua ini tapi appa dah tak mampu anakanda. " Ucap sang ayahanda sambil menahan batuk serta sakit di dadanya yang makin teruk. Hal itu membuatkan Jaejoong semakin risau lalu menepuk perlahan belakang ayahandanya.

" Appa jangan bercakap lagi. Appa perlukan rehat. Lepas appa sihat, nanti- " Baru sahaja dia mahu menarik selimut untuk menutupi sang raja, tangannya sudah ditangkap oleh ayahandanya.

" Anakku Jaejoong. Appa dah tak larat sejujurnya. Appa memang nak rehat namun appa taknak adikmu dan Wonshik masih menjadi sebutan orang ramai Jae. Mereka tak bersalah. Setiap hari appa dengar utusan dari pengawal bahawa rakyat makin menjadi dengan menyebarkan berita palsu itu bahawa mereka berdua layak mendapat serangan dari Joseon dan mati dengan sia-sia. "

" Bayangkan betapa kecewanya adikmu melihat semua ini tanpa menolongnya untuk membetulkan segala khabar angin yang sudah berlalu 12 tahun lalu sampai sekarang? Bahkan anaknya masih tidak dijumpai setelah melihat jasad adikmu- "

" Cukup appa! Tolong jangan cerita tentang kejadian itu! Itu sakit appa! Puterinya tak mungkin hidup lagi! Kemungkinan sudah diambil dan dibunuh oleh manusia tak berhati perut tu! " Jaejoong tidak bermaksud untuk meninggikan suaranya namun mengingat kejadian itu sungguh menggayat hatinya melihat adiknya bersimpuh darah serta kulit yang pucat dan kesejukan seorang diri di hutan.

Bahkan mukanya sekarang penuh dengan air mata.

Adiknya yang sangat disayangi serta membawa kebahagiaan dalam keluarga dibunuh oleh seseorang yang sangat berkuasa. Jika boleh Jaejoong mahu berjumpa sendiri dengan Yunho lalu membunuhnya didepan khalayak ramai namun setelah mengingat bahawa raja itu sangatlah bahaya, dia tak berani. Dia tidak mahu Silla yang menjadi target seterusnya akibat kesilapannya.

" Dia masih hidup Jae. Appa yakin. Appa tak minta banyak Jaejoong. Kamu sudah menjadi raja di Silla sebelum kemangkatan appa. Appa bahagia namun di satu sisi lain appa masih sedih dengan kepergiaan adikmu. Appa harap kamu masih boleh meneruskan untuk mencari bukti serta puterinya. Jangan risau, appa akan pujuk adikmu kelak jika appa jumpa dengannya. Kembalikan Goryeo balik anakku dan kebahagiaan adikmu serta suaminya. " Jelas sang ayahanda lalu anggukan yang laju diberikan oleh anaknya dan terus memeluk ayahnya.







Seseorang lelaki yang memakai hanbok berwarna biru gelap kelihatan kusyuk bermain dengan mindanya. Walaupun mukanya sedikit berkerut tidak bermakna dapat menyembunyikan rahangnya yang tegas serta wajah yang tampan. Dia memandang keluar sambil berjalan dan menghadap ke jendela. Fikirannya masih melayang kerana adiknya mati dengan sia-sia di tangan raja yang tak guna.

Lama dia memerhatikan diluar jendela sehingga tiga ketukan dari pintu mengalihkan perhatiaannya.

" Yang dihormati Raja Lee, ini patik Johnny. Boleh patik masuk? " Soal lelaki dari sebalik pintu sambil menunggu jawapan dari sang raja. Setelah mendapat keizinan, dia menolak pintu itu lalu masuk ke dalam dengan langkah yang gagah sebelum menunduk dirinya tanda hormat kepada Raja Lee.

Revenge || JJHWhere stories live. Discover now