" Hah..hahh.. " Hembusan nafas yang keluar cukup kuat dari Permaisuri Kim yang berlari jauh sambil memegang perutnya yang terasa sakit sekali dan diikuti beberapa pengawal dari kerajaan Joseon dibelakangnya.
Baru sahaja Permaisuri Kim hendak melangkah dari dahan yang besar kakinya tiba-tiba tersadung dari celahan akar sehingga membuatnya jatuh kerana tergesa-gesa. Erangan yang cukup kuat ditahan olehnya supaya tidak didengar oleh pengawal dari kerajaan Joseon. Walaupun sangat sakit seperti ditusuk puluhan pisau diperutnya, dia masih tetap meneruskan perlarian dia yang satu-satunya berada dalam pikirannya hanyalah ke wilayah sebelah iaitu ayahandanya.
Dalam 10 langkah sahaja dia sudah terkulai jatuh ke tanah kerana kesakitan yang dialaminya. Sungguh perih sekali perutnya!
Dilihatnya kebawah air ketubannya pecah..
Permaisuri Kim menyandarkan belakangnya dengan pokok sambil mengelus perutnya untuk mengurangkan kesakitan. Isakan perlahan keluar dari mulutnya. Dia bertekad.. untuk melahirkan anaknya sendiri di situ.
Dengan hanya berpakaian hanbok, dia mengkoyakkan bahagian lengannya sebelum dia menyumpalkan kain itu kedalam mulutnya supaya jeritannya tidak didengar oleh orang lain.
Sepatutnya yang menemaninya untuk melahirkan putera/puterinya adalah sang ayah dari anak ini. Sepatutnya yang menyambut anak ini adalah kedua orang tuanya bersama namun yang tersisa hanyalah sang ibu yang kini berjuang seorang diri.
Erangan yang cukup kuat dikeluarkan ketika mencuba meneran beberapa kali namun ditahan oleh kain yang menyumpal dimulutnya. Sakit yang tidak terkata sehingga membuatkan Permaisuri Kim sedikit mengalirkan air mata lalu mencuba lagi sehingga badannya perlahan mulai lemah dan..
" Uweee.. uweee.. "
Kedengaran tangisan bayinya.. Bayi mereka.. Isakkannya dari perlahan berubah menjadi memilukan ketika dia membawa dan memeluk puterinya yang baru lahir. Anak mereka merupakan seorang puteri.
Puteri dari Permaisuri Kim dan Raja Kim.
" Yang mulia hiks, puteri kita sudah lahir hiks yang mulia.. Kau bahkan berjanji denganku untuk menjadi orang pertama yang menyambutnya hiks.. Tapi lihatlah hanya aku sahaja yang berjuang seorang diri.. Aku minta maaf yang mulia.. Aku minta maaf.. " Tangisannya tidak berhenti untuk melafazkan kata maaf berulang kali sambil terbaring lemah.
Kain di hanboknya dikoyakkan lagi untuk membaluti bayinya supaya tidak kedinginan. Tatapan yang lembut diberikan kepada anak tersebut sambil tersenyum bahagia dengan linangan air mata yang turun mengalir.
Ah.. sudah berapa minit berlalu namun kehadiran pengawal dari kerajaan Joseon tidak kelihatan. Mungkin mereka tersesat?
Namun dalam waktu yang sama, muka sang permaisuri perlahan berubah menjadi pucat kerana kekurangan darah setelah melahirkan anaknya tanpa ditangani bantuan oleh perawat yang sepatutnya.
Matanya masih lekat memandang puterinya dalam gendongan sang ibu. Ditepuknya perlahan sambil menggumam kata-kata manis untuk menenangkan anaknya.
Sehingga seseorang wanita tua yang tidak dikenali menghampiri mereka.
" Yang mulia Permaisuri Kim? Mengapa anda berada disini?? Kita patut pergi permaisuri! Para pengawal dari Joseon akan datang kesini! " Ujar wanita tua itu setelah mendengar tangisan bayi dan menghampiri mereka. Betapa terkejutnya melihat sang Permaisuri menggendong seorang bayi di pelukkannya lalu mengisyaratkan si wanita tua itu untuk diam.
" Maaf yang mulia, patik Kang Haera. Salah satu rakyat Goryeo. Itu bayi anda yang mulia? " Soal wanita tua itu lagi sambil memandang ke arah bayi itu.
Permaisuri Kim mengganggukkan kepalanya lalu memanggil wanita tua itu untuk menghampirinya dengan lebih dekat.
YOU ARE READING
Revenge || JJH
FanfictionAkibat kesalah fahaman antara dua kerajaan iaitu Kerajaan Goryeo dan Kerajaan Joseon yang menyebabkan berlakunya peperangan tanpa diduga sehingga Kerajaan Goryeo jatuh ke tangan Kerajaan Joseon. Namun sebelum bantuan dari Kerajaan Silla sampai ke lo...