Malam yang dingin serta gelap tidak menghentikan suasana yang terpasang cerah dengan lampu dan beberapa alunan muzik tradisi yang dimainkan oleh penduduk. Begitu ramai penduduk yang hadir untuk merayakan kemenangan Kerajaan Goryeo yang berjaya menewaskan Kerajaan Baekje atas pakatan pengambilan kuasa.
Banyak hidangan yang disediakan di atas meja untuk disantap oleh raja dan permaisuri serta untuk penduduk mereka yang hadir sambil menghadap ke arah pertunjukan.
Senyuman manis dari Permaisuri Kim kepada suaminya diberikan ketika mereka menatap mata antara satu sama lain. Sangat bersyukur bahawa rajanya baik-baik sahaja ketika pulang dari arena perlawanan.
Dengan perlahan Raja Kim, selaku suami kepada permaisurinya, membawa tangannya menghampiri ke arah perut isterinya yang masih sarat mengandung sekitar 8 bulan dan akan memasuki 9 bulan. Dielusnya perlahan sambil tersenyum bahagia.
" Yang mulia, tidakkah kau lupa bahawa kita masih di tempat awam? Terdapat banyak pasang mata yang melihat kita. " Tegur si permaisuri sambil tersenyum dan memandang suaminya.
Jangan lupa diikuti kekehan dari sang raja ketika permaisurinya menegur akibat tingkahnya di luar kendali.
" Aku mengetahuinya permaisuriku, bukankah kita sudah berkahwin dan bakal mempunyai anak? Jadi itu tidak masalah bagiku bahkan rajamu ini sanggup membunuh mereka yang berani menatap ke arah kita. " Jelasnya namun sang raja dapat merasakan cubitan di pinggangnya sebelum menarik kembali tangannya yang masih mengelus perut permaisurinya.
" Tidak suamiku, sekalipun aku mendapati kau melakukan kekerasan kepada yang tidak bersalah ataupun hal yang remeh, maka isterimu ini akan kecewa dengan anda. Sudah lupa prinsip isterimu? " Tatapan yang tidak sahabat diberikan oleh isterinya kepada suaminya namun hanya kekehan lagi si isteri dapat dari sang suami.
Raja Kim sudah mengetahui bahawa isterinya akan bertukar mood, terkadang gembira, marah, sedih, ini merupakan faktor kandungan permaisurinya. Sudah tentu rajanya akan senang hati untuk mengusik permaisurinya.
Perlahan tangannya diarahkan ke dagu isterinya lalu menariknya perlahan untuk memberi kecupan hangat pada dahinya.
Tatapan yang penuh cinta saat menentang mata bersama, tidak lupa juga untuk mengukirkan sebuah senyuman ketika permaisurinya hanya pasrah dengan tingkah laku rajanya di hadapan rakyat jelata yang lain. Malah mereka seperti berada dalam dunia mereka sendiri.
" Sudah tentu rajamu mengingatinya permaisuriku. Namun kau perlu tahu betapa bahayanya orang baik yang mukanya dilitupi oleh topeng untuk menutup kejahatan dan akal busuk mereka. Bahkan orang di sekeliling kita juga belum boleh dipercayai. " Dengan perlahan permaisuri mengangguk kepalanya setelah mendengar penjelasan rajanya. Cubitan lembut pada pipi permaisuri diberikan sebelum sang raja memandang kehadapan.
Permaisuri Kim juga memandang kehadapan. Namun dia tidak terlalu fokus untuk melihat pertunjukan itu kerana dia sibuk melarut kedalam fikirannya. Betul apa yang dikatakan suaminya. Pada masa kini, ramai juga orang yang tiba-tiba datang dan mahu mendekatinya. Namun sifat dia yang terlalu hangat untuk didekati oleh ramai orang serta kebaikannya hanya dimanfaatkan sahaja setelah dia mengetahui sang raja menangkap gerangan tersebut.
Pertahanan dia untuk menyelamatkan orang itu runtuh setelah mengetahui gerangan itu berterus terang kerana Raja Kim turun tangan dengan mencambuk belakang badan gerangan itu sehingga luka untuk bercakap jujur iaitu menggunakan permaisuri untuk mengetahui informasi dalam istana Goryeo. Namun gerangan itu tidak memberitahu mereka dari rakyat mana kerana informasi berkenaan orang itu dia bukan dari Goryeo.
Walaupun dipaksa berkali-kali untuk memberitahu, lelaki tua tersebut hanya ketawa perlahan dan menerima seksaan dari bawah kerajaan Goryeo. Raja Kim sangat tegas dalam menjaga informasi berkaitan istana Goryeo daripada dicuri oleh kerajaan lain kerana Kerajaan Goryeo merupakan kerajaan yang hampir setaraf dengan Kerajaan Joseon walaupun berada di bawahnya.
YOU ARE READING
Revenge || JJH
FanfictionAkibat kesalah fahaman antara dua kerajaan iaitu Kerajaan Goryeo dan Kerajaan Joseon yang menyebabkan berlakunya peperangan tanpa diduga sehingga Kerajaan Goryeo jatuh ke tangan Kerajaan Joseon. Namun sebelum bantuan dari Kerajaan Silla sampai ke lo...