"Layla, angkatkan buku ni pergi meja cikgu boleh?" Pinta Cikgu Melati. Layla yang sedang menulis nota angguk kepala dan tersenyum manis pada Cikgu Melati. Suka Cikgu Melati lihat kemesraan Layla. Memang pelajar kegemaran.
Layla berdiri, menutup bukunya rapat. "Excuse me, sayang."
Ayuni disebelahnya beranjak kehadapan sedikit untuk Layla keluar dari ruang belajar. Well, kelas pun tak besar mana dan duduk berpasangan macamni memang kena beralah dan ada tolak ansur. Layla berjalan kehadapan dan mengambil buku kerja yang dipinta Cikgu Melati.
"Mari saya tolong." Entah dari mana Rayyan datang dan mengambil lebih dari separuh buku untuk Layla. Layla senyum saja kemudian berjalan keluar dari kelas diikuti Rayyan.
"Layla, esok kelas tambahan lepas sekolah awak pergi ke?" Tanya Rayyan sengaja mahu cari topik berbual. Layla mengerling kearah Rayyan seketika dan geleng kepala.
"Ouh~ aish, awak ni. Malu-malu pula. Kita dah kenal lama kan?"
"Saya tak selesa sikit dengan lelaki." Balas Layla separa jujur. Sebenarnya dia dah ada seseorang dihati dan itu bukan Rayyan. Dia boleh je nak maki Rayyan kat sini tapi dia sendiri kena jaga imej.
"Yelah. Memang bakal isteri sungguh awak ni. Lain kali bawa saya jumpa ayah awak. Mana tahu dia berminat?"
Layla senyum sinis. Lelaki ni ada-ada sajalah. "Tengoklah macammana sebab dia garang macam singa dan suka pukul lelaki."
"Ha? Ayah awak MMA Fighter ke?"
" Lebih kuranglah. Dengan lipan bawah sinki pun dia ajak masuk gelanggang."
Rayyan ketawa dengan lawak hambar Layla. Layla spontan ajer, tak buat lawak pun. Entah kenapa Rayyan ni ketawa. Nak ambil hatilah tu. "Yelah tu. Saya tak kisah pun. Saya okeylah dengan orang lebih tua, jangan risau. Saya yakin dia akan pilih saya sebab saya hensem, baik pula tu."
Layla hanya geleng kepala. Perasan betul. Cinta hati dia lagi hensem dan lagi baik dari si Rayyan mulut besar ni.
Layla dan Rayyan berjalan melepasi koridor dan dari arah bertentangan, lalu seorang lelaki berkulit putih susu dan bibir semerah delima namun Rayyan amat tidak menyuakainya. Agak-agak sudah jauh dari dia, baru Rayyan merungut,
"Busuk betul dia tu. Tak mandi ke?"
"Wangi je." Balas Layla selamba.
"Tipulah wangi! Bau macam bangkai, macam tak pernah mandi pun! Aish!"
Layla menjeling Rayyan. Kesabaran dia ada had tau tapi dia perlu jaga imej dia dekat sini demi keselamatan. Dia berhenti seketika dan memandang Rayyan. "...awak bau macam ketiak."
"Ketiak?" Rayyan terus membau ketiaknya. "Mana ada! Bau deodorant je ni!"
"Tahu pun marah. Kata sopan, baik nak jadi menantu konon tapi mulut macam puaka. Pergi masuk kelas sana. Tak payah nak amik hati saya lagi." Layla jujur berkata-kata. Diambil buku-buku diatas tangan Rayyan. Padan muka Rayyan. Kerana mulut setitik, rosak mulut sebelanga.
Rayyan tergaru-garu kepalanya. Apa yang buat Layla marah sangat? Like- bukannya Layla kenal lelaki badan busuk tadi kan?
**************
Layla mengerling kearah pakguard yang sedang tidur. Bagaimana pakguard boleh tertidur? Ini kerana Layla selalu beri dia air percuma yang berisi ubat tidur. Dia akan tertidur 2-4 jam tanpa sedar. Dia akan tersedar sebelum bos dia tahu.Kalau ada kecurian ke apa bukan masalah Layla pun. Lagipun dengan cara ini saja dia dapat melepasi masuk kedalam bangunan swasta ini. Waktu malam begini, orang biasa sudah terketar lutut tapi selamba saja Layla jalan melalui koridor yang senyap dan sunyi. Langsung tiada sebarang suara. Dadanya hanya berada ditahap normal dari tadi.
Layla masuk kedalam lif seorang diri untuk ke tingkat atas sekali. Yup, dia sempat lagi buka kamera telefon dan kemaskan dirinya. Takde pun nak overthink ada hantu bagai. Sikit pun dia tak takut.
Keluar dari lif, Layla naik pula dua set tangga menuju ke tingkat atas sekali yang dilindungi dengan sebuah pintu besi. Dibuka pintu besi tersebut dan disekat dengan penyendal kerana pintu ini rosak. Tak boleh dibuka dari luar. Nampaknya pintu ini tadi tak disendal. Bayangkan jika Layla tak datang sini, pastinya sang lelaki yang sedang melahap daging didepannya ini tersekat atas bumbung ini.
"What a nice day." Ujar Layla perlahan lalu berjalan merapati Daem, sang lelaki berketinggian 187cm, mempunyai kulit seputih susu dan bibir semerah delima itu.
Daem mengangkat kepala memandang Layla. Dia sedang makan bangkai kucing, mentah. Langsung tak dimasak ke apa. Layla duduk bertinggung dihadapan Daem, tersenyum manis memandangnya.
"Err.." Daem yang keliru mematahkan tangan kucing itu dan dihulur pada Layla. "Nah." Daem senyum, awkward. Terus terburai gelak Layla. Awkward betul.
"Saya tak berselera nak makan bangkai ni. Entah macammana awak boleh berselera. Makan jelah. Saya cuma nak tengok wajah comel awak." Ujar Layla. Dia merangkak disebelah Daem dan duduk. Pandangannya dilemparkan ke langit malam yang indah.
"Still tak sangka you still sanggup pergi sekolah while you can just eat that to live."
"Saya bodoh. Takkan nak jadi bodoh lagi." Balas Daem. Layla mengerling kearah kulit bulu kucing. Sudah pasti dia asingkan dulu kulit berbulu kucing itu. Ada rantai leher. Maknanya kucing ni berpunya. Entah kucing siapa dia rembat pun entahlah.
Layla menarik baju Daem dan dicium bau bajunya. Yup, memang ada bau tidak enak seperti selalu. "Dah cakap kena mandi kan? Nak kata bil air saya dah bayarkan. Bil elektrik pun."
"Malaslah." Daem menarik bajunya dari pegangan Layla. Daem memang begini. Tak kisah pun orang tengok dia macammana asalkan dia puas. Itu saja dah cukup.
"Rayyan. Dia kata awak busuk. Entahlah dia tu hidung rosak ke macammana. Saya bau okey je cuma still kena mandi." Layla baring diatas lantai bumbung itu. Dia kalau boleh nak bunuh saja si Rayyan tapi dia dah berazam untuk tidak membunuh sesiapa.
Daem hanya mendengar. Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan lagi. Dia memang tak kisah dan takkan terasa. Lainlah kalau dia cakap depan Daem betul-betul maybe Daem boleh pertimbangkan untuk terasa.
"Isn't it the best time to make a baby?" Tanya Layla. Dipandang Daem meminta agar Daem memahami maksudnya. Daem terus duduk menutup kakinya. Ah sudah, dia dah minta lagi.
"Tapi nanti awak akan busuk sekali, Layla!"
"So? Apa salahnya berkongsi bau? Jom. Before pakguard bangun kita kena keluar dari sini. Or else...ha, buat kat rumah awak. Jom?"
"Ayah awak pula?"
"Saya kata ngan dia saya keluar cari ilham."
Daem tersengih. Itu dia faham. Dia takdelah innocent sangat sampai tak tahu maksud keluar mencari ilham. Mereka berdua Islam dari kecil. Tapi mungkin tersalah didik, beginilah jadinya. Seperti sudah tiada rasa bersalah langsung membuat dosa.
Semoga Allah sucikan hati kita semua dari membuat dosa.
YOU ARE READING
Misi: Rahsia Kita Berdua
Mystery / ThrillerLayla merupakan anak orang kaya. Hidupnya senang, punya ramai kawan, ayah penyayang, malah pandai sekali dan tak pernah lari dari nombor satu. Peristiwa lalu membuatkan dia mempunyai kelebihan semulajadi iaitu boleh mengingat sesuatu perkara hanya d...