Layla masuk kedalam kelas sambil membaca buku. Bukanlah hobi dia nak baca buku tapi dia selalu baca bila nak masuk kelas sebab biasanya akan ada satu kejadian yang Rayyan akan lakukan.
Layla berhenti didepan papan putih dan memerhati kearah tulisan bergambar yang bertulis, Rayyan X Layla.
Fuck it.
"Layla, congrats!" Alya Syahirah, perempuan bertudung merah merangkap pengawas pusat sumber itu menepuk tangan memberi semangat pada Layla.
"Kenapa congrats?" Tanya Layla hairan. Dia berjalan kearah mejanya iaitu disebelah Ayuni yang pendiam dan tak bergaul itu. Ada sekeping coklat dan sekeping wish card.
"You kan dah declare dengan Rayyan?" Numa menjawab. Layla menjeling Rayyan yang tersenyum-senyum. Fikir orang suka ke dia buat macamni? Aish, tak fikir perasaan orang pun.
Layla senyum. Dia mengambil kotak coklat itu dan berjalan kearah Rayyan lalu diletakkan coklat diatas mejanya. "Saya tak makan coklat. Ambil balik."
"Ha? Serius? Wait, Layla!" Rayyan menarik tangan Layla namun Layla menarik tangannya semula. Suka-suka je pegang, bawa jumpa Daem nanti baru menangis. "Harini balik dengan saya?"
Layla melihat sekeliling. Memang habis dia kena bahan nanti. "Saya dah ada orang untuk balik bersama."
"Tapi saya boyfriend awak!"
"Wahhh Rayyan jealous!" Pihak lelaki sudah mengusik. Rayyan tersengih-sengih seperti kerang busuk. Bagi Layla, ini amat menggelikan. Perangainya saja sudah buat Layla turn off.
"...well...maybe kita patut putus sekarang. Awak pun declare tanpa persetujuan saya dan buat cerita, saya pun ada hak nak putuskan hubungan sia-sia ni."
"Tapi Layla-"
"Shh~" Layla geleng-geleng kepalanya. "Saya dah ada orang yang saya suka, Rayyan. Mengalah boleh tak? Terdesak sangat nak kasih sayang perempuan kenapa?"
Rayyan mencebik. Yang lain hanya ketawa melihat cinta Rayyan ditolak. Fikirnya Layla cukup baik hati untuk follow the flow tapi dia malukan Rayyan pula depan semua orang. Rayyan keluar dari barisan mejanya dan berlalu keluar dari kelas.
Merajuk, ceh.
Layla mengerling kearah kotak coklat diatas meja. Coklat mahal.
"Well, maybe a pisces..." Layla membuka kotak coklat tersebut kemudian diambil sebiji coklat lalu dimasukkan kedalam poket bajunya.Bukannya nak ambil hati sangat tapi niat dia mahu ambil hati lelaki lain.
"Layla, better pergi pujuk dialah. Kasihan dia." Cadang Faiz, pelajar lelaki yang duduk dihadapan meja Rayyan. Layla angguk kepala dan ambil sebiji lagi coklat lalu berjalan keluar dari kelas.
"Kalau cikgu tanya, cakap Layla period."
*************
Rayyan menggosok-gosok lehernya dihadapan cermin. Aduh, malu betul. Dia tak patut pun pura-pura jadi girlfriend dan boyfriend at the first place. Layla taknak follow the flow dengan apa yang jadi. Diam-diam Layla ni ego juga rupanya.Rayyan hanya membasuh tangan kemudian keluar dari bilik air. Keluar saja dari bilik air, dia terserempak dengan Layla yang menunggunya diluar dari tadi. Rayyan berkerut dahi dan teruskan berjalan. Dia pun taknak follow the flow dengan Layla.
"Rayyan." Layla menarik tangan Rayyan. Diletakkan sebiji coklat ditangannya. "...sorry fasal tadi. Mood saya tak baik and awak naikkan darah saya. Saya nak minta maaf."
Rayyan menggenggam coklat tersebut. Dia kemudian menguis-nguis kaki cuba nak tarik perhatian Layla. "...tahu takut. Hilang saya baru tahu."
Perasan betul mamat Rayyan ni. "Peliklah awak ni. Saya takde benda nak bagi awak jadi saya bagi coklat yang sama. I'll just take one chocolate for me from the box, okay? Jangan merajuk lagi, buruk." Jujur sangat Layla ni. Diusap rambut Rayyan kebelakang kemudian dia berjalan menuju ke tangga. Buat seketika, dia berpaling semula kearah Rayyan.
"Ke awak nak jalan sekali? Cepatlah. Nanti cikgu cari."
Entah kenapa tiba-tiba rasa macam ada rama-rama dalam perut Rayyan. Cantik betul Layla ni. Setiap kata-katanya begitu lembut sekali. Rayyan berlari anak merapati Layla dan mereka berdua berjalan bersama menuju ke kelas.
Pasangan idaman sekolah lah kononnya. Dalam perjalanan, Layla melalui kelas Daem. Kelihatan Daem yang sedang fokus menyalin nota dihadapan. Dia ni rajin je cuma otaknya susah nak memahami sesuatu perkara.
Daem terpandang akan Layla diluar dan untuk seketika waktu, mata mereka bertaut. Semua kata-kata Rayyan ketika hanya seperti hembusan angin di taman sahaja. Daem dan Layla sudah berada di dunia sendiri.
Layla senyum. Terus Daem alihkan pandangan kearah lain. Layla memang bidadari sekolah. Tengok saja peminatnya siapa.
**************
Layla berdiri 2 meter jauh dari Daem. Mereka berdua terhalang dengan seorang budak lelaki yang berdiri ditengah-tengah. Boleh pula ada orang sanggup berdiri sebelah Daem sedangkan Daem masih berbau seperti bangkai disitu.Apabila lelaki itu sudah tiada, Layla merapati 1.5 meter pada Daem. Dilaga bahunya membuatkan Daem terkejut kerana dia sedang termenung.
"Tengok apa? Perempuan?""T- tak..."
"Kenapa tak balik?"
Daem muncung mulutnya. Bibirnya lembut sangat jadi dia muncung sikit pun dah nampak macam itu. "...tunggu awak balik. Nanti awak sorang-sorang macammana?"
"I'm fine. Don't worry tapi thank you. Jarang awak tunggu saya naik kereta dulu."
Daem diam. Dijeling sekilas Layla disebelahnya kemudian menjauh beberapa tapak ketepi. Dia nampak sesuatu yang buat dia tak selesa. Bila Daem menjauh, Layla menghampiri.
"Kenapa jauh? Dekat jelah, sayang.""...orang pandang kita lain macam. Saya selekeh, busuk. Awak lain. Jangan rapat nanti orang jauhkan diri dari awak."
"Taklah. Sini." Layla menarik tangan Daem menghampirinya. Pergelangan tangannya hanya dipegang erat dan tiba-tiba dia dilanggar oleh sekumpulan lelaki. Mereka hanya tergelak-gelak melihat Daem hampir jatuh dan Layla terus memberi jelingan maut pada mereka.
"Eh, bodoh! Tu Layla!"
Mereka bertempiaran lari. Layla hanya mengeluh dan membantu Daem berdiri tegak semula. Layla tahu saja Daem sering dibuli tapi bila depan mata macamni menguji kesabaran jugalah. Hanya kerana nak jaga imej saja dia sanggup diamkan.
"Awak okey?"
"...okay."
Layla geleng kepala. Sebuah kereta GTR Honda berhenti didepan Layla. Itulah kereta ayahnya. Layla membuka pintu depan dan berbual seketika dengan ayahnya setelah itu dia keluar semula dan tarik tangan Daem masuk ke kerusi belakang.
"Jom, papa hantar balik!"
"Eh, tak- takpe! Saya taknak susahkan...-"
"Takpelah. Papa hantar balik, jom!"
"Jom!"
YOU ARE READING
Misi: Rahsia Kita Berdua
Tajemnica / ThrillerLayla merupakan anak orang kaya. Hidupnya senang, punya ramai kawan, ayah penyayang, malah pandai sekali dan tak pernah lari dari nombor satu. Peristiwa lalu membuatkan dia mempunyai kelebihan semulajadi iaitu boleh mengingat sesuatu perkara hanya d...