"Sorry! Sorry! Aku janji aku tak kacau kau lagi dah, Daem! Daem, please. Kita kawan, kan? Daem? Layla, tolong!" Pelajar lelaki yang menolak Daem depan pagar haritu merayu-semerayunya bila jarinya sendiri sudah dipotong Daem tanpa belas kasihan. Mungkin kerana Daem tiada sifat kasihan tu seperti Layla yang hanya memerhati sambil duduk bertinggung menghisap lollipop.
"Buatlah apa awak nak buat, Daem." Ujar Layla lalu berdiri. Dia mengeluarkan telefon melihat mesej dari ayahnya yang menyuruhnya agar jangan lama-lama. Layla pun balaslah dengan stiker comel.
Lelaki inilah kawan yang dikatakan Layla. Nampaknya balik nanti berdua saja.
"DAEM! DAEM! AHH!!"
Layla hanya menjeling lelaki yang bernama Naufal itu ditetak kepalanya dengan pisau daging. Pisau yang Daem bawa kemana-mana sahaja. Itulah harta dia. Dia sorok betul-betul supaya tak kena tahan dek guru. Dalam sekelip mata, nyawa Naufal diambil Daem.
"Bersihkan elok-elok. Nanti kang kena tangkap susah. Tu I dah bagi plastik. Masukkan mana yang penting je, yang you nak makan. Yang tak sedap you masuk dalam plastik lagi satu. " Pesan Layla. Daem angguk kepala. Baru je Layla nak tengok cara Daem bersihkan ruang pembunuhan ini tiba-tiba...
KRAKK!
Layla berpaling kearah lubang dawai besi yang dipotong. Dari lubang itulah dia dan Daem dapat lepas kesini dan padang ini jauh dari guard. Sangat jauh. Entahlah bila Naufal jerit tadi kedengaran ke tak sampai sana. Harap taklah lagipun Layla dah bagi mereka ubat tidur seperti biasa.
"Wait here." Layla berjalan keluar dari situ melalui lubang dawai besi yang dipotong itu. Disuluh semak-samun itu dengan telefonnya dan berjalan menghampiri sesuatu.
Komik.
BJ Alex.
Layla senyum. Diambil buku tersebut dan diperhati muka depan dan belakangnya. Cantik lagi bukunya seperti tak pernah disentuh. Buku fasal apa ni Layla tak tahu. Takde masa dia nak search google cari.
"Whoever you are...I'll find you 'till the last destination of this world." Ugut Layla lalu berjalan semula ke lubang tadi membawa buku itu bersama. Dia boleh saja cari disebalik semak tu tapi bukankah lagi menarik kalau perkara ini berlanjutan? Biar sang mangsa itu menggigil tahap nak terkencing. Itulah perkara yang seronok dalam kehidupan fana ini.
"Daem, hurry up."
"Kejap..."
*************
Mujur bilik Layla ada peti ais. Bangkai mayat Naufal diletakkan didalam peti ais biliknya. Bilik Daem takde tapi nanti Layla suruhlah ayah dia belikan. Harini, untuk pertama kalinya Layla dan Daem berjalan berdua kedalam sekolah kerana mereka berdua dihantar oleh ayah yang sama.Layla menarik baju Daem dan membaunya. "...you tak mandi lagi."
"Malaslah." Daem menolak Layla jauh darinya. Layla hanya geleng kepala. Dia penat sudah mahu suruh Daem mandi tapi dia tak paksa sebab dia tahu apa punca Daem takut nak mandi. Takut sangat-sangat nak pejam mata sekejap dalam air.
"Layla." Rayyan tiba-tiba muncul dari belakang. Eh, dia ni. Biasa datang awal. Harini jugalah dia nak datang lewat. Ditarik Layla menjauhi Daem. "Jangan dekat dengan dia. Nanti you muntah."
Daem mengetap bibirnya. Okey, sekarang dia dah dengar Daem kata dia busuk depan-depan. Terus dia beralih lebih jauh dari Layla.
"Aish!" Layla dengan geram menyiku perut Rayyan dan merapati Daem semula kemudian ditarik tangannya laju meninggalkan Rayyan. Aduh, kuat pula dia siku. Tak sangka perempuan macam dia boleh ada siku yang keras macamtu.
"Hey, Layla! Kejap!"
Layla mengabaikan suara Rayyan. Dia berjalan menaiki tangga lain dengan Daem dan apabila Rayyan sudah tiada, Layla baru boleh mengeluh lega. Sibuk betullah lelaki tu. "Abaikan apa dia cakap. Kepala dia mereng sikit."
"Tapi memang betul pun saya busuk."
"Yes, saya mengaku tapi saya tak kisah pun. Jom, naik atas. Jangan risau saya teman sampai awak masuk kelas." Tegas Layla. Daem angguk kepala dan ikut langkah Layla dari belakang. Kelas Layla dan Daem dalam satu baris. Kelas Layla dihujung sekali dan Daem punya kelas adalah yang pertama selepas mereka menaiki tangga jadi Daem akan masuk kelas dahulu.
"Belajar betul-betul. Bye-bye." Layla melambai kearah Daem. Daem turut melambai kearahnya dan ketika itu, pandangan rakan sekelasnya hanya terarah pada Daem yang tiba-tiba rapat dengan si Layla.
Biar betul Daem yang paling bodoh ni berkawan dengan bidadari sekolah Layla?
Layla pula masuk kedalam kelas. Terkejut juga dia bila semua orang pandang dia tiba-tiba.
"Mana buku?" Soal Numa menyindir.
"Takde."
"Memanglah takde dah pegang tangan orang lain." Balas Zafirah. Layla berkerut dahi kemudian dipandang kearah Rayyan yang sedang merajuk. Ini tak lain tak bukan kerja Rayyan lah ni!
Layla hanya geleng kepala. Malas mahu layan. Dia berjalan kearah kerusinya iaitu disebelah Ayuni. Ayuni mengerling kearah Layla yang berada dalam mood tidak elok. Mestilah tak elok. Rayyan yang musnahkannya sekelip mata. Kerja Rayyan pun asyik nak merajuk.
"Tengok apa?" Tanya Layla. Ayuni terus alihkan pandangannya kearah lain. Okey, baik dia jangan pandang lagi. Layla biasanya manis je senyuman dia tapi kalau dia marah, boleh senyap terus kelas ni ibarat ada malaikat lalu.
"Hm, sorry." Layla mengusap wajah Ayuni. Dia tetap kena jaga imej dalam sekolah walau seberapa marah pun dia. Ayuni pun angguk kepala memaafkan. Layla jaranglah nak jadi jahat.
YOU ARE READING
Misi: Rahsia Kita Berdua
Mystery / ThrillerLayla merupakan anak orang kaya. Hidupnya senang, punya ramai kawan, ayah penyayang, malah pandai sekali dan tak pernah lari dari nombor satu. Peristiwa lalu membuatkan dia mempunyai kelebihan semulajadi iaitu boleh mengingat sesuatu perkara hanya d...