Basah

9 1 0
                                    

Layla naik keatas katil. Dia baru lepas mandi. Lepasni memang dia paksa Daem mandi. Tak kira, dia kena paksa juga.  Tapi sementara tu...

Layla mengambil buku BJ Alex diatas meja sebelah katil kemudian dibuka. Muka surat pertama dibelek. Fikirnya, lelaki ini hensem juga. Bila lelaki muka innocent ini tengok live seorang lelaki bertopeng, dari situ Layla dah agak dah benda ini akan kemana.

Gay rupanya.

Layla menutup buku tersebut. Siapalah yang gatal sangat nak cucuk lubang belakang? Layla pun malas nak baca buku-buku begitu. Dari buku itu saja Layla dah dapat agak kenapa ada orang belakang semak pada waktu begitu. Obvious sangat.

Layla mengambil sehelai tuala dan hanya diletakkan dibahu seperti selendang kemudian berjalan keluar dari bilik. Dia berjalan turun dari tangga, mengerling kearah seorang pembantu rumahnya yang sedang menghidangkan kari 'rusa' di ruang tamu.

Itulah Naufal. Layla temberang mereka katakan daging rusa tapi sebenarnya itulah daging Naufal. Daem tak boleh hidup kalau tak makan benda pelik sehari dan kalini Layla nak cabar dia makan daging manusia yang dimasak rempah.

"Cikna, papa kerja ke?" Tanya Layla sekaligus membuatkan Cikna bersilat disitu. Habis tergelak pembantu rumah yang lain nampak Cikna buka langkah. Dengan Layla sekali tergelak melihat perangainya.

"Eh, apa bersilat pula! Ya, Cik Layla! Tuan Imran kerja. Sebelum maghrib dia baliklah tu."

"Ouh, okay. Shhh~ jangan bagitahu papa saya masuk bilik Daem tau!"

"Ha? Cik Layla! Haram!"

"Alah, sekejap je!" Berlari Layla masuk kedalam bilik Daem dan ketika itu jugalah Daem sedang tidak berbaju kerana sedang mencari baju yang sesuai untuknya pakai.

"Bagus. Buka seluar tu sekali." Ujar Layla lalu menutup pintu rapat dan dikuncinya.

"Taknaklah! Taknak buat baby lagi nanti papa awak marah!" Daem gelng kepala membantah. Daem ni macam budak 6 Tahun je dialog dia. Layla ketawa saja melihat kecomelan Daem.

"Bukanlah. Nak ajak awak mandi, jom."

"Taknak." Laju Daem membantah. Kalau bab mandi lagi dia taknak. Layla hanya berdecit. Dia berjalan kearah Daem dan duduk bertinggung dihadapannya yang sedang melutut mencari baju.

"Kalau awak mandi saya bagi makan Naufal."

"Tipulah. Macammana nak makan? Mana boleh masuk bilik awak kat atas tu."

"Don't worry semua saya dah sediakan. Tugas awak cuma mandi je."

Daem mencebik. Dipandang Layla dengan pandangan tak percaya tapi itu Layla, pernah ke dia kecewakan Daem? Sikit pun tak pernah. Sentiasa ada bila Daem susah macamni.
"Tapi awak tahu kan saya takut air?"

"Pegang tangan saya, Daem. Lagipun kalau awak rasa tak selamat dalam tab, jom mandi dekat luar."

"Dekat luar?"

"Yup!"

*****************
PSSSS!!!

Layla menyembur badan Daem dengan air paip. Daem takut kalau pejam mata waktu dimandikan jadi dia pakaikan Daem gogal. Sekarang Daem dah macam kanak-kanak 5 Tahun yang berketinggian 187cm sedang dimandikan ibunya.

"Pakai sabun tu. Sabun ketiak, leher, badan. Buang segala daki yang terkumpul." Ujar Layla. Daem mengerling kearah sabun Japanese Cherry Blossom milik Layla.

"Kenapa tak pakai sabun ayah? Tu sabun perempuan."

"So? Papa punya bilik berkunci lah. Pakai jelah."

Daem berkerut dahi. Dia duduk terkangkang atas rumput dan memicit sedikit botol sabun itu ke tangan selepas itu digosok-gosok ke tangan. Lain disuruh, lain disabun. Dia seluk seluar dan gosok yang didalam. Terus Layla uba pressure air jadi straight shot sekaligus menolak Daem sehingga dia terbaring atas rumput.

"Sabun yang badan sudahlah. Yang bawah tu saya bersihkan nanti dalam bilik!" Layla berkerut dahi. Habis pembantu rumah pandang Daem pelik dan menjijikkan. Daem sudahlah innocent, tak tahu apa-apa. Dia angguk kepala.

Daem berdiri, berjalan merapati Layla dan membuka sedikit seluarnya. "Basuhkan sabun dalam tu."

Layla memandang sekeliling. Pembantu-pembantunya sudah geleng kepala jangan turutkan. Pervert sungguh! Daem ni kalau buat baby bukan main taknak. Aish.
"Basuh sendirilah."

"Takut~" Daem membuat muka takut yang amat buruk tapi still hensem dimata Layla. Layla geleng kepala. Dibesarkan lagi tembakan air itu kemudian disembur didalam seluar Daem tanpa melihatnya. Kalau boleh dia tak kisah pun tapi sebab ada pembantu dekat sini, dia alihkan pandangan seolah-olah malu.

"Dah. Pergi sana balik dan basuh badan. BADAN. Bukan BATANG."

"Ya~" Daem melompat-lompat bermain dengan air. Dia kemudian duduk semula dan picit sabun ketangan. Habis disapu ke badan sampaikan muka juga terkena tapi Layla tengok saja sambil ketawa. Mukanya tak pernah dipakai sebarang pencuci muka tetapi mukanya agak bersih. Adalah jerawat merah tapi tidaklah teruk.

Maknanya muka dia tidaklah sensitif.

Layla bermain dengan paip air itu sementara menunggu Daem siap sabun badan dia. Daem senyap-senyap mengesot ke pili air dan menutupnya kemudian berpura-pura sabun badan seperti tiada apa-apa.

"Shit?" Layla menekan-nekan picu air itu namun tak keluar air. Takkanlah ayah dia tak bayar bil air pula? Tatkala Layla menghalakan lubang air ke muka, Daem membuka semula paip sekuatnya dan akhirnya Layla basah tersembur air paip yang dipegang sendiri.

"DAEM!" Layla melepaskan paip air. Daem ketawa melihat Layla akhirnua berjaya diperbodohkan. Sebenarnya Layla tahu saja paip ditutup tapi dia jenis follow the flow. Kalau Daem bolehlah dia follow the flow. Kalau Rayyan awal-awal dia dah tamatkan rancangannya.

"Jahat! HAHAHA!" Layla dan Daem masing-masing ketawa. Layla juga tahu bra pink yang dipakai didalam t-shirt kuningnya ini kelihatan tapi dia tak kisah. Dia memang ada niat mahu menggoda si Daem.

Sedang mereka berdua sedang berseronok main air, masuk sebuah kereta Mercedes-Benz. Layla terus berhenti kerana tahu itu adalah ayahnya. Sangkanya hanya Imran didalam kereta tapi dia keluar dengan seorang wanita yang sangat dikenalinya.

"Siapa...lelaki ni?" Tanya wanita tersebut apabila melihat Layla dan Daem begitu rapat sekali dan habis lurah dalam Layla kelihatan.

"Layla! Masuk dalam!" Tegas Imran. Layla berkerut dahi. Dia berpeluk tubuh dan geleng kepala. Dia amat kenal wanita bertudung litup itu.

"Layla, jangan degil."

"Kenapa tak minta persetujuan saya dulu nak bawa balik perempuan ni?!" Marah Layla geram. Dipandang garang perempuan bertudung itu namun Imran menghampirinya dan menariknya.

"What matters the most is your ikhtilat, Layla! Mana malu kamu sebagai seorang perempuan?!"

Layla berdecit. Dia berlari ke pintu belakang. Lari dari masalah yang sedang menimpa sekarang. Imran hanya bercekak pinggang dan mengeluh berat. Dipandang Daem yang tidak berbaju itu.

"Daem, kamu pergi naik atas tukar baju."

Daem angguk. Dia berlari masuk ke pintu. Dia diberikan sehelai tuala dan dibuka seluar disitu juga. Imran sudah geleng kepala melihat perangai Layla dan Daem yang seperti sudah terlalu bebas. Sangkanya membawa Daem kesini adalah keputusan yang betul dan selayaknya.

"...is that my daughter?" Tanya si wanita bertudung itu. Imran angguk. Dihulurkan tangan kanannya lalu disambut si dia.

"Jom masuk, mandi dulu siap-siap. Bagi Layla masa untuk terima you semula sayang."


Misi: Rahsia Kita BerduaWhere stories live. Discover now