Tuan Muda Baru

5 1 0
                                    

Daem melihat sekeliling rumah besar Layla itu. Moden dan mewah tidak seperti rumah pondok dia. Entah kenapa, dia ada dekat sini dengan beg baju dan segala peralatan rumah dia.

"Selamat datang, tuan muda baru. Kami penjaga rumah ini."4 orang pembantu rumah menundukkan kepala mereka kemudian mengambil semua barang Daem kecuali beg sekolahnya yang dia genggam erat sebab dia simpan bangkai dalam tu.

"Jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri tapi jangan tak malu sangat. Layla tingkat atas and kamu akan ambil tingkat bawah." Ujar Imran, ayah kepada Layla. Layla yang sedang asyik termenung Daem sampai tersenyum tanpa sedar kerana dia rasakan bertapa comelnya Daem sekarang.

Daem disini kerana ayahnya sendiri ajak tinggal disini selepas tahu Daem adalah anak yatim piatu dan hanya sehelai sepinggang.

"Terima kasih..." Daem tunduk pada Imran. Entah kenapa keluarga ini terlalu baik hati mahu kawan dan menolongnya. Layla senyum manis kemudian dirapatkan bibirnya ke telinga Daem.

"Malam ni I ada kerja."

"Hei, hei! Jangan dekat sangat! Korang berdua tu Muslim! Layla, pergi naik solat Asar! Daem boleh tengok bilik dulu. Apa-apa fasal kiblat nanti papa bagitahu." Tegas Imran. Dirangkul leher Daem menuju ke tangga. Daem mengikut langkahnya.

Bermulalah lagi kisah baru mereka berdua dirumah yang sama dan terhalang kerana agama.

***************
Daem masuk kedalam bilik yang disediakan untuknya itu. Layla kata ini bilik tetamu tapi sebab Daem ada, bagi Daem lah. Cantik. Cuma tak berhias sangat tapi still cantik. Muatlah. Dah terlebih cukup. Dekat rumah lama Daem baring atas tilam je takde katil.

Daem melihat sekeliling. Ada 2 buah frame tertulis Allah dan Muhammad dan ditengah-tengah ada gambar kaabah. Itu sajalah hiasan dalam bilik. Tiada hiasan yang melalaikan. Bila difikirkan balik, Daem sekali pun tak pernah solat sebab dia yatim piatu sejak umur 8 Tahun dan takde siapa pun boleh ajar dia solat.

"Hm." Daem baring diatas katil. Baru saja baring, pintu bilik dibuka. Layla masuk kedalam bilik sambil memakai telekung, tersenyum pada Daem. Dia membawa sejadah, kain pelikat, kopiah, alquran dan rehal untuk Daem. Dibelakangnya ada seorang pembantu rumah yang membawalan lebihan bantal dan selimut.

Cantik Layla pakai telekung. Disekolah dia tak bertudung pun.

"Hellaur~" Layla meletakkan semua barang diatas lantai kecuali Al-Quran dia letak atas meja make-up kemudian dia menghalakan sejadah mengikut kiblat. Pembantu rumah pula sedang menyiapkan katil tatkala Daem masih berada diatas katil.

"Awak...pandai solat tak?" Tanya Layla. Dipandang Daem diatas katil dan Daem geleng kepala mengaku. Bohong pun dapat apa.

"Aish, baru nak suruh jadikan imam. HAHA." Layla ketawa. Dia berdiri. Walaupum hatinya - kosong - tapi dia tahu bila nak serius dan bila nak main-main. Dia berdiri dan letakkan kain pelikat serta kopiah diatas katil. "Saya bagitahu papa fasal awak nanti. Dia boleh ajar solat. Saya nak solat kat bilik."

"Ah." Daem menarik tangan Layla. Mujur dia tarik berlapik telekung. Cepat-cepat Layla tolak tangan dia.

"Batal air sembahyang nanti. Kenapa?"

"...sorry. Saya takut dengan papa awak."

"Don't worry, dia baik. Or else saya ikut sekali ajar awak solat dan mengaji nanti. Rasa selamat kan? Saha bagitahu papa nanti okay?"

Daem senyum, nipis. Syukur ada sahabat yang sanggup bersusah payah bantu dia macamni. "...okay. Thanks."

"You're welcome."

************
"Alhamdulillahirabbilalamin~"

"Al...ham...dol..."

"Dul."

"Dulillah..."

Layla sampai sempat bersandar pada sofa dan main telefon tunggu Daem menghabiskan surah Al-Fatihah saja. At least dia pandai baca jawi dah cukup dah bagi Layla. Perkara lain dia boleh belajar.

"Layla, dia tengah sakit!"

Entah kenapa pula ayat itu muncul lagi dikepala Layla. Bertahun lamanya telah berlalu tapi ayat itu masih tersemat hebat didalam kepala tak pernah lekang. Haih.

"Sadaqallahulazim..." Tamat Al-Fatihah, Imran tutup Al-Quran itu. Daem juga ikut. Ni kalau nak sambung surah Al-Baqarah ni mahu tak sekolah esok kalau Al-Fatihah saja sudah 30 minit.

"Papa." Layla merangkak merapati Imran sambil dibetulkan telekung dikepalanya. Rimas sangat, dia cabut saja. "Layla nak keluar kejap dengan Daem."

"Pergi mana?" Tanya Imran hairan.

"Jalan-jalan. Kat tasik."

Imran diam seketika. Bahaya nak biarkan mereka berdua ni bergerak berdua saja. Macam ada udang di sebalik mee bandung je. "Risaulaj berdua je."

"Eh, tak berdua. Ada kawan Layla sekali." Layla menunjukkan skrin telefonnya itu. Imran membaca sedikit mesej mereka. Okey, sekarang dia boleh lepaskan tapi still tak sedap hati.

"Yelah. Tapi jaga batas. Pakai jangan menjolok sangat."

"Ya, papa. Love you! Something happens, I'll call you right away." Ujar Layla cuba meyakinkan. Disalam tangan ayahnya dan dicium kedua-dua pipinya. Imran angguk kepala sajalah. Sudahlah anaknya ni perempuan.

"Elok-elok."

"Ya, papa."

Daem menggenggam tangannya melihat Layla menyalam ayahnya. Setelah Layla selesai, Imran tersenyum pada Daem dan menghulurkan tangannya seperti tahu apa yang Daem idamkan.

Sentuhan seorang ayah.

Misi: Rahsia Kita BerduaWhere stories live. Discover now