Aryash pov
"Ibu tak dapat" kata ibu
"Seriously ibu? Kita dah bincang kot. Aryash dah minta izin kan dekat ibu dan babah" rungutku
"Ibu tak dapat terima dia Aryash!" Marah ibu
"Ibu? Wake up! Ibu kenal Nadia dari kecil kot takkan sekarang ni Ibu tak dapat terima dia?" Aku menahan amarah yang kian membara di hati
"Aryash nak ke isteri anak haram?!" Marah ibu
"Nur!" Tegur babah dengan tegas
"Abang Nur tak paham kenapa asyik menangkan je budak tu, dari kecil lagi Abang berkepit dengan dia, layan je budak tu yang entah datang dari mana. Dell pun satu hal terima dia" bebel ibu tak puas hati
"Astaghafirullah Nur! Dulu Nadia kecil kot, awak pun ok dengan dia kan? Awak layan dia elok je kan dulu? Nur, aba- haih, Abang tak faham kenapa Nur tiba tiba tak dapat terima Nadia"
"Abang yang tak faham! Nadia tu pembawa sia-"
"Ibu! Dahlah. Aryash tak nak kurang ajar dengan ibu, Nadia sayang ibu kot. Nadia tak pernah pun cakap buruk pasal ibu" semarahnya aku, ibu masih ibu aku. Yang lahirkan aku dari perut dia.
"Astaghafirullah al-azim. Dell pun dulu sebelum dia ambil Nadia sebagai anak angkat, dia bincang dengan kita kan? Masa tu semua setuju, takde pun yang membangkang" pujuk babah
"Abang nak ke menantu yang tak tahu asal usul dia? Yes, dia anak angkat Dell dengan Faliq, tapi tu keluarga angkat! Keluarga sebenar dia? Haa! Entah entah anak pelacu-" babah menghempas tangannya di atas meja
Aku terdiam.
Terkilan.
Aku dah jumpa dengan bapa kandung Nadia. Dan aku yakin bahawa kedua ibu bapa kandung Nadia bukan orang yang sembarangan.
"Jaga sikit lidah awak Nur! Tak elok awak bersangka buruk!"
"Semua anak haram tu punya pasal lah!" Ibu masuk ke dalam bilik
"Baba-"
"Just go Aryash. Babah letih nak bincang"
Fuck everything!
Aku masuk ke dalam bilik dengan perasaan yang bercampur baur.
Masih terkenang apa reaksi ibu ketika aku nak lamar Nadia
"I-ibu, babah. Aryash nak bagitau sesuatu" Aku memandang ke dalam mata babah. Takottt
"Spill" kata babah sepatah
"Aryash nak lamar Nadia masa Aunty Dell punya anniversary"
"Hah?!"
"Boleh boleh! Ibu setuju! Elok lah sangat dulu asyik gaduh je tak padan dengan umur kamu yang 20 tahun tu. Ada je nak gaduhkan" kata ibu teruja
"Hmmm. Babah ok je. Tak lah Aryash dan Nadia gaduhkan babah lagi kan?"
"Kisah lama jangan ungkitlah!" Aku menahan malu
YOU ARE READING
KHALIQAH ARYASH ©
Teen FictionKnown as Nadia the hidden daughter "Nad, Jom kahwin"- Aryash "tampar nak? Tunggu aku habis graduation Ayyash sayang saya" - Nadia Hidup seorang Nadia sangatlah bahagia. Ada mummy dan daddy yang sayang sangat sangat akan dirinya. Adik dia yang juga...