19- 𝙶𝚛𝚊𝚍𝚞𝚊𝚝𝚒𝚘𝚗

432 24 0
                                    

Sejak kes aku dan mom diculik oleh ayah kandung aku, banyak kejadian yang berlaku.

Salah satu daripadanya, aku rapat dengan ibu kandung aku tetapi itu tidak mambawa maksud aku dah tak rapat dengan mummy dan daddy. No. Masih rapat. 

Tetapi ayah kandung aku.

Dia dipenjara selama aku tak tahu berapa tahun sebab aku tak nak ambil tahu. 

Dia bukan terima aku pun sebagai anak dia. 

Salahkah aku kalau aku tidak sayang ayah kandung aku? Aku tak berapa kenal dia. 

Berdosa ke? Besar ke dosa aku kalau aku tak sayang dia? 

"Oi termenung" Kejut Aryash 

Aku menoleh ke kanan

"Tak kerja ke Ayyash?" Soalku sambil memandangnya 

"Malam nanti haa" balasanya 

Kami diam menikmati angin pantai

Hari ni keluarga aku mengadakan barbeque tepi pantai

Memang meriah petang ni 

"Aryash babah panggil" Kata ibu 

Hubungan aku dan ibu masih tak baik selepas kejadian yang masa tu. 

"Nadia, ibu minta maaf sebab pernah hina Nadia. Kata Nadia macam macam. Ibu sedar ibu salah. Ibu tak seharusnya berkata macam tu pada Nadia. Ibu faham kalau Nadia tak maafkan ibu. Ibu tak tahu macamana hidup ibu kalau ibu ada di tempat Nadia. Nadia seorang yang kuat. Kejam kan ibu? Ibu kenal Nadia dari kecil tetapi ibu hina Nadia, Ibu marah Nadia sampaikan ibu tak nak bermenantukan Nadia. Kejam sangat ibu ni Nadia. Maafkan ibu" Ibu menghapus air matanya yang jatuh 

"Ibu ni kenapa nangis? Nadia ok je lah. Nadia dah maafkan pun ibu. Tak elok berdendam" Aku memeluk badan ibu 

"Nadia janganlah peluk ibu Aryash macamtu. Mummy cemburu!" Laung mummy

eleh mummy ni. Cemburu bagai. 

"Kak Nad, Lina mana?" Soal Amsyar

"Kenapa?" Soalku semula

"Aku nak bagi gelang dia ni. Jatuh haa" Amsyar melihatkan aku gelang Amalina 

"Amalina dengan Ashiyah kot" Balasku 

"Ok anak anak! Makanan dah siap! Jom makan!" Jerit Uncle Waiz 

"Pekaklah telinga orang!" Marah Aunty Sumayyah 

Kami semua duduk di meja panjang 

Keluarga bahagia 

Aku duduk di sebelah kanan Aryash, manakalah sebelah kiri aku Ashiyah

"Bila Nadia dan Aryash kahwin?" Soal Nenek 

pftttttt 

Air didalam mulut Aryash tersembur mengenai Zaheen yang duduk berhadapanan dengan Aryash 

"ABANG ARYASH!" Jerit Zaheen 

"Ilek ah. Tak sengaja" Aku menghulurkan Aryash tissue 

Sebenarnya aku dengan Aryash dah bincang tentang tarikh bila kami kahwin. Dan jawapan dia 

"Emm kaulah cakap" Kataku 

"Selepas bincang , in shaa Allah esok auch!" Aku mencubit pehanya

"pfttttt!" kalini minuman babah tersembur

dan mengenai 

daddy

"Tak nak berbesankan kau kalau macamni!" Kata Daddy 

KHALIQAH ARYASH ©Where stories live. Discover now