Jam atas meja belajar ditilik. Aku mengeluh.Sudah pukul 1 pagi belum siap slides untuk presentation esok. Menangislah macamni.
Terasa ada air ingin keluar dari mata. Aku tahan. No no. Tak boleh nangis! Nangis bukan jalan penyelesaiannya tetapi bukankah menangis ini boleh melepaskan sedikit bebanan didada?
Ni semua salah minah duduk depan lah ni entah siapa nama dia aku pun lupa. Last minute dia cakap slides presentation untuk esok dia terdelete! Cari pasal lak dia ni!
Nak dengan Athalea tetapi lecture ni boleh tahan api baran dia . Or should I said he's hot temper old man.
Nombor telefon Aryash aku tekan.Nak mengadu nii huaaa.
"Maaf nombor yang awda-"
Babi betollah! Aku taknak dengar kau
Air mata mengalir juga lupa akan Aryash sudah bertolak ke Hong Kong. Mungkin masih memandu pesawat? Asal pelik sangat bunyi dia?
Aku meletakkan kepala di atas meja. MacBook diketik papannya perlahan. Kalau aku tidur kejap boleh terlajak tidur ni dahlah baru siap 2 slides, banyak lagi ni 7 nak kena buat ni.
Tiba tiba aku terkenang Aryash Lamar aku dekat swimming pool rumah. Malu betullah
"Nadia Khaliqah binti Abdullah"
Dan tiba tiba juga aku teringat nama aku
Binti Abdullah.
Abdullah.
Abdullah ni nama ayah ke? Aku bukanlah bodoh sangat nama daddy Faliq takkan dalam ic Abdullah. Agak agaklah.
Tetapi kenapa mummy dan daddy asyik mengelak ?
Dari ingatan aku yang tak berapa kuat ni. Aku kenal daddy sebab daddy nak kahwin dengan mummy. Takkan aku dulu lahir kot sebelum mummy dan daddy kahwin?
Anak angkat? Memang aku tahu aku anak angkat dari dulu lagi tetapi aku tak bagitahu mummy dan daddy bahawa aku tahu.
Tetapi persoalan aku, Abdullah.
Aku teringat kata Ustaz aku masa di sekolah ugama.
"Anak luar nikah tidak boleh berbinkan ayah kandung dia walaupun ayah dia kahwin dengan mak sebab terjadinya anak itu sebelum nikah yang sah ( akad nikah ) ataupun belum halal. Dan secara tak langsung dia tak akan menerima sebarang harta dari kedua belah pihak"
Aku anak luar nikah kah? Aku anak haram?
Memori apabila aku bersekolah disekolah rendah bermain dikepala
"Kau anak luar nikah ke?"
"Binti Abdullah eh? Anak haram?"
"Aku tak caya yang kau anak mummy dan daddy kau sebab daddy kau nama Faliq, tapi kau bintikan Abdullah"
Tetapi dulu aku kisah apa? Tak aku tak kisah sebab dulu aku kecil lagi. Sekarang ni aku baru ada masa untuk berfikir pasal ni.
Siapa aku? Kenapa aku tiba tiba jadi anak mummy dan daddy?
*******
"I tak kira, I nak jumpa Khaliqah!" Katanya dengan tegas
"Mom, you nak jumpa Khaliqah macamana? Datang dekat dia 'hye my biological daughter, I'm your real mom. I'm sorry I left you asides the road? I must hide you because I'm daughter of Italian billionaire, and you are my mistakes?' macam tu?" Soal si anak menyampah
"Kalau I tak dapat dia, you jangan mimpi yang harta nonno.(grandfather)"
"Seriously mom? Did Nonno lost his mind? Stupid!"
"Language Figlia! (daughter)" Marahnya
"I tak kira, you mesti juga bawa Khaliqah dekat I! She's your sister!"
"TAK SETARAF!"
"CECILIA!" marah ibunya
"What? I'm saying the truth. She's not-"
"STAI ZITTO! (SHUT UP)"
"I think my brain gonna explode with you stupid attitude! Just get out of my sight!" Marah ibu Cecilia kepadanya
"What a stupid drama? Dia nak I dekat dengan family si Nadia Khaliqah tu? Lepastu apa kacau family dia ? Kacau tunang dia? Ingat I ni watak antagonist ke? Heh but I think there is another way tho"
*******
"Woi menungkan apa?!" Kejut Harith
"Bodoh! Kau kejutkan aku" marahku. Jantung ni berdebar tahu tak
"Kau kenapa ni Along?" Soal Harith
Aku memandang bunga yang ternanam dalam pasu
"Aryash, dia tak call atau message aku. Aku risau" Luahku
"Dia sibuk kot" Balas Harith perlahan
"Tak kan tak balas? Aku bukan apa, aku overthinking tau tak? Aku tak tahan dengan overthinking aku" aku menutup mata aku untuk menahan air mata dari mengalir
Dah kenapa aku semakin cengeng ni? Salah Aryash lah ni. Esh! Perempuan kan mana boleh salah!
"Kau makin overthinking makin kau sakit hati Long. Aku percaya Abang Aryash tu sibuk sebab dia tu asyik nak dekat je dengan kau." Pujuk Harith
"Hmmm" balasku
"Sebenarnya kan Along, aku nak relieve stress ni. Bawa aku pergi ke tempat yang aman dan damai please" pintanya
"Masjid maksud kau?" Soalku polos
"Bu- haih aku sentap. Dahlah" Harith bangun dari duduknya dan menhentakkan kakinya
"Ye, ye kau faham. Pergilah siap siap dulu. Aku bawa kau jalan" Jeritku dari luar
Aku merenung kembali phone aku.
Icon Whatsapp aku tekan dan nama Aryash aku ketik. Aku pin tau chat Aryash
Aryashhhhh
Kau sibuk ke Aryash?
Ke kau sesat dekat Hong Kong?
Nauzubillahminzalik
Aku tak nak spam kau sebab kau satu tick
Aku risau Aryash
Lately ni hati aku tak sedap
Sebab sedapnya dekat kau
Astaghafirullah, kenapa sus sangat ayat aku.
Hiraukan je, kalau kau dah online call aku tau Aryash
Wuv you my king <3Aku positif, dia ni lupa onn phone dia or entah apa apa je.
Aku percaya dekat Aryash. Dalam hubungan harus meletakkan kepercayaan, lagi lagi hubungan aku dan Aryash sudah melangkah menjadi tunang, dan selangkah lagi jadi suami isteri
Oh indahnya hati ini!
Ting
Phone aku berbunyi. Aryash!
Kejap
Tapi?
Kenapa dia ?
Oh tidak!
___________________________________________
Salam malam jumaat!
Tegur mana yang ada typo. Maaf sebab lambat update, hari hari saya penuh dengan segala homework hingga tak ada masa untuk menyambung. Maaf sangat sangat buat korang tertunggu. Apa apapun, ni chapter dia. Saja bagi cliffhanger. Ayoo comment pendapat korang. Tekan star dan tinggalkan comment!<3
-october 21
Edited
YOU ARE READING
KHALIQAH ARYASH ©
Dla nastolatkówKnown as Nadia the hidden daughter "Nad, Jom kahwin"- Aryash "tampar nak? Tunggu aku habis graduation Ayyash sayang saya" - Nadia Hidup seorang Nadia sangatlah bahagia. Ada mummy dan daddy yang sayang sangat sangat akan dirinya. Adik dia yang juga...