18-𝚂𝚎𝚕𝚊𝚖𝚊𝚝

382 23 0
                                    

"Dah dapat lokasi" Kata Amin sambil menunjukkan keberadaan Nadia dan Oriana

"Kita gerak malam ni juga?" Soal Cecilia 

"Ye, malam ni. Takut jadi apa apa pada Nadia dan Oriana" Balas Faliq. Hati tuanya berasa tidak tenteram.

Pintu rumah diketuk

"dah sampai pun" Alyna membuka pintu utama

Kelibat Dayyar, Dayyan, Meyra, Sophia dan Athalea

Hening

Diam

Suasana tiba tiba menjadi sunyi dan sepi

"Masuk dulu" Pelawa Alyna

Athalea diam. 

Mereka dah menceritakan semuanya pada Athalea tetapi tentang Elzin, belum lagi ada yang menceritakan pada Athalea

"Mana Elzin Aunty ?" Soal Athalea setelah duduk. 

"Elzin dekat hospital Athalea" Balas Alyna perlahan

Sophia yang berada di sebelah Athalea mengenggam tangan Athales kuat

"k-kenapa?" Soal Athalea lagi 

Dia kah yang penyebab Elzin terbaring atas katil rumah sakit?

Mata Athalea merenung mata ALyna seolah olah menanyakan adakah betul yang dalam fikirannya 

Alyna mengangguk lemah

Air mata Athalea jatuh 

Kepalanya semakin sakit 

"Arghhh!" Jeritnya 

"Athalea dengar Aunty, Athalea kena halang dia Athalea. Aunty tau Athalea boleh" Pujuk Alyna perlahan. Tangannya mengusap kepala Athalea 

"Bukan salah kau Athalea, kami tak salahkan kau" Pujuk Meyra setelah lama berdiam diri 

"Bukan kehendak kau pun benda ni akan terjadi, jangan salahkan diri kau Athalea" Kata Aryash

Dia juga takut kalau Athalea salahkan dirinya. Elzin juga kawan dia, susah senang mereka selalu tempuhi bersama begitu juga dengan Nadia. Nadia dari kecil hingga sekarang menjadi sokongan dia. 

Malam itu juga mereka merancang semuanya dan pada malam itu jugalah mereka ada misi dalam menyelamatkan Oriana dan Nadia

Tetapi yang hanya ke tempat itu hanya Amin, Faliq , Aryash , Dayyar, Dayyan, Meyra dan Cecilia. Yang lain hanya menolong dari rumah dan mereka berkomunikasi melalui alat yang Amin berikan.

(. ❛ ᴗ ❛.)

"Meyra, careful tau" Pesan Dayyar 

"Apa cakap kat kita, kita yang patut cakap kat dia" Marah Meyra perlahan 

Dayyar ketawa sekejap

"Oi love birds, earth to! please" Tegur Dayyan bergurau

Masing masing sudah ada senjata ditangan

Mereka juga ada memegang lampu untuk menyuluh jalan mereka

dan apabila sudah sampai dihadapan sebuah rumah kecil, lampu dimatikan. Kerana ada satu tiang lampu tinggi, cukup untuk menerangi rumah dan sekeliling rumah tersebut

Aryash memandang rumah itu lama. Hanya ada satu pintu. Kaki dibawa perlahan ke belakang. Tangannya segera memberi isyarat untuk berhenti. Dayyar yang ada disebelah Aryash terus menutup mulutnya dari terkejut 

"Rayson baru masuk dari tingkap" Kata Dayyar perlahan 

"Kenapa dia masuk dari tingkap" Soal Dayyan

"Pintu depan mungkin Nadia dan Oriana halang dari dibuka dari luar" Balas Faliq. Dia tahu Oriana sebenarnya bukan orang yang sembarangan. Dia seorang yang sentiasa berfikiran kehadapan.

KHALIQAH ARYASH ©Where stories live. Discover now