BAB 1

8.6K 288 2
                                    

"Tepi lah kau ni aku nak bercakap dengan bonda"Tengku Emira Nadya mendengus geram dan menolak gadis tu ketepi supaya senang dia mahu turun tangga.

"Eish kau ni tunggu lah" Tengku Faiqah Zihni mengejar langkah Mira sehingga tiba diruang tamu.

"Bonda, kitorang dah cadang untuk sekolah dekat Perlis" bonda dan ayahda mereka semua menoleh ke arah anak perempuan mereka.

"Kenapa tiba tiba nak sekolah dekat sekolah biasa?"soal Ayahda Nadhir, ayahda kepada Emira.

"Saja nak tengok pelajar sekolah sana macam mana. Bosan lah sekolah dekat sini. Diorang nak kawan sebab harta saja"Iqa memuncungkan bibirnya.

Selama mereka sekolah dekat Highschool Velvet semuanya hanya mahu kan harta mereka saja disebabkan mereka berpangkat tengku.

"Kami tak kesah dengan keputusan kamu bertiga asalkan kamu semua pandai jaga diri dekat sana."tegas suara Ayahda Zafriel. Ayahda kepada Faiqah.

"Ayahda lupa ke kitorang ni handal dalam seni bela diri kalau ada yang cari pasal Kitorang karate jaa"dengan megahnya Faiqah berkata. Mereka semua tergelak kecil.

"Tak cukup handal kalau kau tak dapat kalahkan aku"mereka semua menoleh ke arah tangga melihat Hazima yang melangkah turun dengan tangan menyeluk di kocek seluarnya.

"Kau kan leader memang susahlah kitorang nak kalahkan"Emira menjeling sekilas ke arah Hazima atau nama panjangnya Tunku Hazima Khalishah.

Bonda dia lah ni dulu excited sangat rasa macam nak dapat anak lelaki eh tup tup yang keluar anak perempuan. itulah nama dia macam lelaki tu tambah lagi sifat dia yang dari dulu dingin plus beku.

"Bila korang nak bertolak ke Malaysia?"soal Ayahda Qalish, ayahda kepada Hazima.

Mereka semua tinggal di US kerna Ayahda mereka bertiga ada syarikat disini.

Bonda mereka hanya diam saja menbiarkan suami dan anak perempuan mereka berbual.

"Esok. Lagipun pengetua sana dah tahu kitorang nak masuk sekolah tu."tutur Mira.

"Sunyi lah bonda lepas ni dah kamu bertiga balik Malaysia"sayu saja suara bonda Ezara, bonda kepada Emira.

Mira memeluk bondanya erat.

"Nanti kami free, kami balik sini"Mira tersenyum manis. Hazima dan Faiqah turut memeluk bonda mereka.

"Hazima, sini ayahda nak cakap sikit"Gadis tu menganguk dan mengikuti ayahdanya ke perpustakaan.

"Kenapa ayahda?"dilabuhkan punggung nya di sofa.

"Ayahda nak cakap tentang USI"Hazima mengangguk faham.

"Ayahda akan serahkan kepada kamu dan kamu adalah ketua USI."Terkejut Hazima dibuatnya.

"But why?"soalnya.

"Ayahda yakin kamu dapat jadi ketua bagi USI. Apa yang ayahda nampak, Hazima handal dalam semua seni bela diri tambah lagi Hazima handal menggunakan senjata api dan sejata tajam."Hazima menunduk mengengam kedua tanganya.

"Tapi Hazima masih sekolah. Macam mana?"dia buntu.

"Jangan risau. Apa yang berlaku Ayahda akan sampaikan pada kamu dari jauh. Tapi jika melibatkan hal disini, ayahda yang akan turun padang"Hazima mengangguk faham.

USI adalah singkatan daripada Unit Spy Internasional yang terkenal di seluruh negara dan luar negara. Selama ni yang menjadi ketua USI adalah ayahdanya sendiri. Identiti mereka semua disimpan rapi dari orang lain agar musuh sukar untuk mengenali mereka semua. Tapi kini ayahdanya mahu dia menjadi ketua USI.

"Zima"panggil Ayahda bila anak gadis nya termenung. Gadis tu tersentak dan mendongak memandang ayahdanya.

"Zima tak apa kan? Lagipula hanya kamu saja yang akan memegang jawatan ni"Hazima mengangguk sambil tersenyum.

"Hazima terima untuk jadi ketua USI"Ayahda Qalish tersenyum dan mengangguk.

"Jangan risau, Ayahda tak akan lepas semua benda pada Zima"Hazima mengangguk dan melihat tangannya.

6. SI PEMILIK HATI [C]Where stories live. Discover now