BAB 4

3.8K 245 1
                                    

Hazima mengemaskan tudung sekolahnya. Mask hitam juga turut dikemaskan.

"Zim! Dh siap ke? Jom lah."jerit Mira diluar biliknya. Hazima mencapai beg sekolahnya. Telefon yang dicas dari semalam turut diambil.

"Dah siap. Jom"ketiga gadis tu melangkah keluar dari rumah dan berdiri di tepi motor masing masing.

Nasiblah diorang pakai seluar track dekat dalam kalau tak mahu pengsan orang yang melihat.

Hazima menganguk ke arah sepupunya dan memecut laju ke sekolah.

Setibanya di tempat parking semua mata memandang ke arah mereka bertiga ada yang ternganga seperti tidak percaya.

'R25 bhai'
'mantap bak hang'
'tudia saheh orang kaya ni'

CA membuka helmet dan dikemaskan sedikit tudung sekolah yang senget.

"Jom weih"Iqa melihat jam ditangan nya. Ketiga gadis tu turun serentak dan diatur langkah ke pintu pagar. Helmet masih ditangan.

Pengetua tersenyum ke arah mereka bertiga.

"Selamat pagi pengetua boleh kami minta izin untuk letak helmet dalam bilik disiplin?"soal Iqa sopan.

"Selamat pagi juga. Boleh, nanti saya maklumkan pada cikgu Farid." Pengetua Zulkifli tersenyum manis.

"Psst kenapa tu?"soal Eshan bila ternampak tiga orang gadis sedang berbual dengan pengetua takkan datang lewat kot? Lagipun baru pukul 7:25.

"Entahlah jom kita pergi kelas"Faqih menarik beg Eshan untuk pergi. Leader mereka dah berada dekat depan.

CA masuk ke dalam bilik disiplin. Kini semua cikgu di dalam tu memandang ke arah mereka bertiga.

"Pengetua izinkan kami untuk letak helmet disini."semua disitu mengganguk.

"Kamu bertiga pelajar baru ke?"soal Teacher Alfiana.

"Ya, kami bertiga pelajar baru dan pengetua arahkan kami untuk jadi pengawas sekolah bila masuk ke sini."tutur Mira tenang.

"Baiklah, kamu boleh ke dewan ya"CA menunduk hormat dan melangkah keluar dari bilik tersebut.

Cikgu Hairul melihat helmet pelajar tadi. Bukan calang calang ni. Ini mesti motor berkuasa tinggi.

"Zim, kita nak kena buat apa ni? Aku tengok pengawas semua berdiri belakang dewan."bisik Faiqah kerna Hazima pernah memegang jawatan pengawas sekolah.

"Korang stay sini aku nak settle dekat sana sekejap"blazer nya dikemaskan dan melangkah masuk ke dewan.

"Kedepan"datar suara Hazima. Pelajar disitu hanya menurut saja.

"Penuhkan ruang yang kosong. Mohon cepat ramai lagi yang nak masuk."pengawas yang lain terpinga pinga apabila pelajar perempuan tergopoh gapah memenuhi ruang yang kosong.

Hazima menoleh ke belakang dan mendengus perlahan. Sudahlah tengah tengah kosong ingat ada model ke apa nak lalu.

Ruang yang kosong itu dilintasi olehnya dengan gerakkan tangan saja ruangan tu dipenuhi oleh pelajar lelaki.

"TAK PAYAH NAK DUDUK BELAKANG SANGAT! PENUH RUANG YANG KOSONG INGAT DEWAN BESAR KE APA?"lantang suara nya dan seisi dewan terdiam.

Faizan mendongak melihat gadis di depannya ini. Pelik. Tak pernah nampak pun kalau pelajar baru kenapa tiba tiba jadi pengawas?.

Faiqah dan Mira berpandangan.

"Nampaknya ketegasan dalam diri dia masih ada."mira tergelak kecil. Aura yang dimiliki oleh Hazima sangatlah berbeza.

"Boleh saya tanya. Yang dekat depan tu kawan korang ke?" Mira dan Iqa menoleh ke arah orang tersebut.

"Dia sepupu kitorang."balas Mira sopan. Imani menganguk faham.

"Tegas ye selama akak sekolah dekat sini tak pernah lagi jumpa pengawas tegas macam tu btw korang pelajar baru kan?"dua gadis tu menganguk.

"Ya pelajar baru tapi ni arahan dari pengetua untuk jadi pengawas." Mereka menoleh ke arah Hazima semula.

"Ni tingkatan berapa?"soal Hazima dan mencangkung di depan Faizan.

"Lima"jawabnya. Hazima menganguk dan bangun semula.

"Yang belah sini ketepi sikit dan yang lain beranjak lah."nasib lah diorang ikut cakap kalau tak mahu roboh dewan ni dia tengking.

Hazima melihat dahulu seisi dewan dan terpandang ke arah pengawas yang berada di belakang.

"Yang perempuan depan tu ke depan sikit dahlah dekat belakang tu ada apa benda tah menyempit betul."bebel Iqa apabila mendapat isyarat tangan dari Hazima untuk menyuruh mereka ke depan.

"Done"Hazima mengatur langkah ke belakang semula bukan susah pun nak handle kalau nak dibandingkan dengan sekolah di US.

6. SI PEMILIK HATI [C]Where stories live. Discover now