BAB 10

3.7K 241 7
                                    

"Zim kenapa ni?"Mira dan Iqa mendekati ke arah Hazima dan berdiri sebelahnya.

"Eh eh pendek nya"Iqa tersenyum mengejek.

Maya, Qistina, Amina hanya 160 kebawah saja namun CA 170.

"TAK GUNA!!"Qistina mahu menampar Mira namun ditangkap kemas.

"Woo tak cukup tangkas girl."Hazima melangkah mendekati Maya dan gadis tu berundur.

"Kenapa berundur? Tadi berani sangat." Mata yang bercampuran tu tajam menikam mata maya.

"Hazima, takyah lah bergaduh."Faizan cuba memujuk gadis tu kerna semasa dia melihat Hazima membelasah enam laki yang memukul nya cukup membuktikan yang gadis ni handal seni pertahankan diri.

"Aku lepaskan kau kalini mayat. Sekali lagi kau datang serang Sisiguraduhin kong hindi tahimik ang buhay mo (aku akan pastikan hidup kau tak tenang)". Walaupun maya tidak faham ayat yang selebihnya namun dia tahu itu amaran. Maya dan kawannya berlari keluar dari kelas tu .

"Habis rosak awning aku jahanam betul!!!"Geram Hazima. Faizan tersenyum dan didekati Hazima dikemaskan tudung itu.

"Alolo shian dia." Faizan mengusap kepala Hazima. Mira dan Iqa tergelak kecil.

"Dah siap. Aku cau dulu."Faizan mengatur langkah ke kelasnya semula.

"Ada apa apa ke??"Iqa menjongket keningnya berkali kali. Hazima menjeling nya.

"Tak ada apa apa pun."Hazima duduk di tempatnya semula.

"Nak ikut tak aku pergi balai polis?"Mira dan Iqa menganguk.. cepat cepat mereka berlari naik ke bilik untuk bersiap.

"Ada yang boleh kami bantu?"Hazima duduk di kerusi tu beberapa keping gambar dan satu plastik lut sinar diletakkan di meja.

Abang polis yang dikenali Huzairi mengambil dan melihat.

"Sila ikut saya ke bilik meeting."CA bangun dan mengikuti langkah Huzairi.

"Tuan!"Huzairi menabik hormat pada Fazwan.

"Kenapa Huzairi?"soal nya. Huzairi menyerahkan gambar dan plastik lut sinar tersebut.

"Saya dapat maklumat ni daripada tiga gadis ni."Huzairi menunjuk ke arah CA.

Hazima menunduk hormat.

"Saya Tunku Hazima Khalishah binti Tunku Qalish, Ketua USI" Dua jejaka tu segera menunduk hormat pada Hazima.

"Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami akan jalankan tugas kami."Hazima mengangguk faham.

"Kami minta diri dulu."Hazima menabik hormat dan melangkah pergi.

"Tuan itu ke ketua USI? Teruja saya tuan!!"Fazwan tergelak kecil.

"Ya benar itulah Ketua USI." Huzairi mengangguk.

"Tapi kenapa diorang pakai mask tuan?"soalnya.

"Idenditi mereka disimpan rapi jadi kita sebagai polis tidak boleh dedahkan identiti mereka kerna ni amanah dari Tuan Qalish."Huzairi mengangguk lagi.

"Bersiap sedia malam ni kita akan serbu ke gudang ni."Huzairi menabik hormat dan melangkah keluar dari bilik meeting.

"Iqa cari maklumat Faizan"arah Hazima. Iqa mengambil laptopnya dan dicari biodata Faizan.

"Kenapa kau nak cari biodata dia?"tanya Mira dan dihulurkan air hot coklat pada Hazima.

"Aku cuma kasihan kan dia dan aku rasa macam nak tolong dia dari jauh."Terjongket kening Mira.

"Kenapa tiba tiba saja ni?"Hazima tersenyum sinis.

"Dah dapat. Nama Muhammad Faizan bin Fariz. Berumur 17 tahun dan Anak tunggal. Mak ayah dah meninggal. Hidup sebatang kara."Jelas Iqa detail.

"Oh sebab ni kau nak tolong dia."Mira menganguk faham.

"Motor dia tu dah habis bayar belum?"iqa mengeleng.

"Masih ada rm4500."Hazima mengangguk.

"Cari kedai dan plat nombor motor dia. Aku nak settle semua."Hazima menyilangkan kakinya.

Faizan mengelap cermin kereta sehingga bersih. Harini hari sabtu jadi dia datang kerja di carwash.

"Oi dah dah lah tu mai rehat dulu."Faizan mengeleng kepada Faqih.

"Sabaq sat tak siap gi."Semasa Faizan mengelap cermin kereta, telefonnya bergetar. Di ambil telefon jenama samsung nya itu.

Kedai motor
Bayaran anda sebanyak 4500 sudah dilangsaikan.

Ternganga Faizan. Siapa yang bayarkan? 4500 bukannya sedikit. Didekati kedua kawan nya.

"Siapa dia yang bayaq motor aku ni?"ditunjuk telefonnya pada sahabatnya itu.

Tersedak Eshan melihat mesej tu.

"Weih biaq betoi 4500 settle?"diteguk air nya.

"Agak agak hang siapa bayaq? Cuba hang tanya pakcik makcik hang." Faizan menaip di dalam grup family.

Seketika Faizan mengeleng.

"Tak ada siapa pun yang bayaq. Pakcik makcik aku kata diorang tak pergi kedai motor pun." Faizan mengetuk dagunya.

Jika dia tahu siapa yang bayarkan macam mana dia mahu ganti duit sebanyak itu. Sudahlah duitnya hanya cukup untuk dia makan minum saja.

"Pelik gak noh tiba tiba ada yang bayaq aish ka tokey motor tu silap hantaq mesej?"Faizan mengangkat bahu. Tapi ada juga dia bersyukur kerana ada yang bayarkan hilang sedikit bebannya.

6. SI PEMILIK HATI [C]Where stories live. Discover now