BAB 7

3.6K 224 2
                                    

"apa maksud hang hah!" Faizan menolak Hazima ke dinding dan dikepung gadis itu.

"Maksud apa?"soal Hazima tidak faham.

"Hang bagitahu maya yang aku kerja dekat warung tepi jalan tu kan? Hang saja nak malukan aku ke apa hah!"bengis wajah Faizan sekarang ni menandakan dia benar benar marah.

"Sabar"

"SABAR HANG CAKAP? TAU TAK SATU SEKOLAH DAH HEBOH LAH GARA GARA MULUT HANG!"terhinjut bahu Hazima akibat ditengking.

Nafas ditarik perlahan dan dongak.

"Zim takda niat nak malukan Faizan tapi Maya datang serang Zim."Jejaka tu tergelak.

"Tipu."tajam matanya menikam mata Hazima.

Gadis tu mengeluarkan telefonnya dan rakaman suara dibuka. Apa yang terjadi semalam kini didengari oleh Faizan semula.

"Dah?"ditutup telefonnya dan dimasukkan ke dalam poket semula.

"Macam mana hang boleh bawa telefon?"Setahu dia sekolah ni tidak dibenarkan bawa telefon.

"Pengetua bagi. So dah tahu?"Faizan melepaskan nafas perlahan dan mengangguk.

"Maaf."Hazima mengangguk saja.

"Pasal kerja Faiz tak yah risau sangat. Walaupun kerja sederhana janji halal daripada duit beribu tapi kerja haram tak guna juga"ditepuk bahu Faiz dan melangkah pergi.

"Zim macam mana nak balik ni? Hujan pula kau tu dah lah tak boleh kena hujan nanti mesti demam"jelas diwajah Mira yang dia risau.

"Sekejap lagi kita balik lah"tangan digengam erat kerana sejuk. Seketika matanya terpandang akan satu susuk tubuh yang dia kenal. Faizan.

Jejaka tu hanya duduk berpeluk lutut. Yerlah dia datang dengan motor. Kawan kawan dia pula dah lama balik dengan ayah masing masing.

Hazima membuka blazer nya.

"Aku nak pergi dekat Faizan sekejap."Sepupunya menganguk saja. Hazima berlari ke arah Faizan.

Jejaka tu mendongak bila terasa ada seseorang berdiri di depannya.

Hazima bercangkung depan Faizan. Blazer nya diletakkan di atas badan Faizan. dia tahu jejaka ni kesejukan.

"Padia ni aku tak mau lah."Dia mahu mengalihkan blazer tu namun Hazima menahan.

"You need it."Faizan hanya diam memandang gadis di depannya ini. Kenapa dia baik hati sangat.

"Hati hati bawa motor nanti."usai dia berkata bergitu, Hazima bingkas bangun dan mendekati sepupunya.

Faizan menunduk melihat blazer gadis tu. Bau wangian di blazer tu menusuk ke dalam hidungnya.

"Wangi"dicium blazer tu.

Faizan tersentak apabila terdengar enjin motor berkuasa tinggi. Dia bangun dari duduknya dilihat tiga gadis tu yang membawa motor berkuasa tinggi.

Hazima melambai ke arah jejaka tu dan memecut laju ke rumah walaupun hujan belum berhenti.

"Zim! Mandi cepat! Nanti kau demam!"gesa Mira bila melihat Hazima masih duduk di ruang tamu.

"Yer sekejap lah."matanya tidak lepas dari ipad kerna balik saja tadi ayahdanya terus memberi maklumat tentang kes dadah di sebuah tempat.

"Nanti kau demam Zim. Dahlah susah nak makan ubat."Mira sudah mula mahu membebel.

"Sabar kejap boleh tak? Ayahda bagi info kes dadah dekat sebuah tempat yang berada dekat sini."Mira duduk disebelah Hazima.

"Lepastu kau nak buat apa?"soal Mira.

Faiqah turun mendekati ruang tamu setelah dia selesai membersihkan diri.

"Aku kena pergi selidik tempat tu dahulu dan kumpul bukti. Selebihnya aku bagi pada pihak kuasa."ipadnya di offkan.

"Bila kau nak pergi?"Hazima tersenyum sinis.

"Sekarang." Mira bercekak pinggang diikuti Faiqah.

"Hujan tahu tak nanti kau D.E.M.A.M" ditekan satu persatu.

"Kereta kan ada."Hazima berlari naik sebelum dua sepupunya tu membebel.

Hazima melihat sekeliling dalam kes ni dia tidak boleh bawa dua sepupunya. Bukan menyusahkan nya tapi jika dia berseorangan, kerja akan menjadi mudah.

Setelah dipastikan gudang tu kosong, dia mendekati ke arah meja pula. Dadah yang berada di atas meja tu di snap.

Klik.

Klik.

"Diorang akan suntik dadah pada waktu malam jadi malam ni pasti diorang akan datang."Kata Hazima perlahan sambil melihat picagari tersebut. Tangannya sudah memakai glove.

Picagari yang bersepah disitu di ambil gambar sebagai bukti untuk dibawa ke pihak berkuasa.

Hazima mengeluarkan satu plastik kecil lut sinar. Dadah dan salah satu picagari disitu di ambil dan dimasukkan ke dalam plastik tersebut.

Klik.

Klik.

Barang yang berada di dalam bilik itu di snap olehnya. Banyak bukti senanglah kerjanya.

Kaki diatur melangkah keluar. Risau juga kalau ada yang nampak dia dekat sini.

6. SI PEMILIK HATI [C]Where stories live. Discover now