BAB 2

4.2K 260 0
                                    

Mereka bertiga duduk di lantai sambil melipat pakaian mereka untuk dimasukkan ke dalam bagasi.

"Guys nanti masa dekat sekolah kita kena pakai tudung lah kan? setahu aku sekolah SMKSA tak boleh freehair dan tak boleh bawa telefon."Terhenti tangan Faiqah yang mahu melipat baju.

"Kau cakap apa tadi? Tak boleh bawa telefon? Huwaa weih taknak pergiii. Bosan dho kalau tak bawa telefon."Faiqah menyembamkan mukanya di katil Hazima.

"Itulah pasal tambah lagi pengetua suruh kita jadi pengawas sekolah. Kau rasa?"Mira menjongket keningnya. Faiqah menumbuk katil Hazima.

"Serius lah jadi pengawas sekolah? Weih Zim taknak pergiii"Digoncang tangan Hazima.

"Haish kau ni. Pengetua bagitahu aku yang kita bertiga saja boleh bawa telefon tapi kalau hilang tanggung sendiri tapi kalau hilang kita beli baru"selamba Hazima berkata. Mata Iqa membulat bersinar.

"Serius boleh bawa telefon? Yahuuu ok ok jom"dia menyambung melipat bajunya semula. Hazima dan Mira mengeleng kepala melihat perangai Iqa.

"Btw motor dengan kereta kita macam mana?"soal Mira.

"Aku dah suruh anak buah aku untuk bawa kereta dan motor kita ke private jet esok"Mereka berdua mengangguk faham.

"Faiz, aku ada tengok grup sekolah. pengetua bagitahu nanti akan ada pelajar baru. Setahu aku perempuan"Eshan menunjuk telefonnya pada Faizan.

"Ok"Faizan mengelap meja tu tanpa melihat sahabatnya. Berginilah dia tiap tiap malam dia akan bekerja diwarung yang berdekatan.

"Hang takmau buka hati dah ka? Mana tau antara tiga perempuan tu dapat curi hati hang"kata Faqih dengan loghat utara nya.

"malas" Eshan dan Faqih mengeluh perlahan.

Faizan pernah menyayangi seseorang gadis sehingga dia sanggup berikan apa apa saja asalkan gadis nya bahagia tapi malangnya, Faiz ternampak teman wanitanya keluar bersama lelaki lain di sebuah restoran. Disebabkan itu dia tidak mempercayai mana mana perempuan lagi kerna dia tahu yang datang hanya mahu mengikis harta nya saja.

"Aku kesiankan Faiz ja. Dahla mak ayah dah meninggal si betina tu pula curang depan mata eish kalau ku dapat betina tu aku lempar dia dalam lubang taik"geram Eshan dibuatnya.

"Bertenang wahai Eshan. Sepatutnya kita bersyukur sebab Allah tunjuk perangai sebenar perempuan tu. Bayangkan sahabat kita tu sayang si Dina tu mati matian tup tup perempuan tu dah lama pasang yang lain tak ka sakit tu."Eshan menyerabaikan rambutnya.

"Korang tak mau balik lagi ka? Nanti mak ayah korang marah pulak"Faiz mengelap tangannya.

"Alah lek arhh kitorang tunggu hang sampai hang habis kerja. Bukan nama nya sahabat lah kalau kitorang cau dulu"Faqih tergelak kecil.

"Ikut suka hati korang lah."Faiz mendekati salah seorang customers yang datang untuk mengambil pesanan.

"Psst aku tak sabar nak tengok pelajar baru tu nanti."Eshan menepuk tangan Faqih dan hampir saja meja tu mahu terbalik.

"Astaghfirullah hang ni pasaipa"tergelak mereka berdua.

"Aku tepuk sikit ja meja ni keria nak terbalik" meja jugak yang disalahkan.

"Kau dengan meja pun nak gaduh btw aku pun tak sabar jugak nak tengok pelajar baru tu nanti."Faqih menongkat dagu.

"EMIRA, FAIQAH!!! NAIK TIDUR!!!"lantang suara Hazima menyeru nama dua sepupu tu. Tersedak dua gadis tu yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Mereka tersengih ke arah Hazima yang di tingkat dua.

"Yer yer nak naik lah ni"Hazima memandang tajam ke arah mereka.

"Now! Esok korang lambat aku tinggal eh pandai pandai lah nak berenang ikut laut pun."tergopoh gapah dua gadis tu menutup tv dan berlari naik ke bilik untuk tidur.

6. SI PEMILIK HATI [C]Where stories live. Discover now