BAB 13

3.4K 230 0
                                    

Hazima nyenyak tidur di meja nya tanpa terganggu sedikit pun.

"Nyenyak sungguh dia tidoq."Faizan mengusap kepala Hazima perlahan.

"Aduh"Hazima mengusap kepalanya apabila terasa ada sesuatu yang hinggap di kepalanya. Dipandang ke arah pintu dimana Maya dan kawan kawannya berada. Mereka tersenyum sinis.

"Sedap kena baling dengan botol?"Hazima perlahan lahan bangun. Mata nya berubah menjadi hitam pekat. Maya dan kawan nya terkaku.

"Kau nak main sangat kan? Mari aku tunjuk!"dipijak botol itu sehingga terlambung dan di tangkap kemas. Dituju ke arah perut Maya.

Dugh!.

"Arghhh."maya terbongkok memegang perutnya. Hazima tergelak.

"Sedap kena baling dengan botol?"ayat yang maya lontarkan padanya kini berbalik pada diri perempuan tu semula.

Faizan bangun dari duduknya. Situasi sudah bertukar menjadi bahaya jika Hazima mula membalas.

"HANG NI KAN BETINA MEMAMG NAK MAMPOS!"qistina meluru ke arah Hazima. Dengan sekali selitkan qistina jatuh terjelepuk.

"Your turn." Hazima meluru ke arah Amina.. dipusingkan badannya dan dihentak tepi dahi gadis tu dengan siku nya.

"Zim! Cukup!."mira menahan Hazima dari mendekati Maya.

"BLAH!"maya dan kawannya cepat cepat berambus dari situ.

"Dah arh aku nak balik!"Iqa menahan Hazima dipandang mata hitam pekat itu.

"Khalish bertenang please.. janganlah macam ni."pujuk Iqa diusap perlahan kepala Hazima.

Hazima melangkah keluar dari kelas tu tanpa sebarang kata. Faizan mengejar langkah Hazima.

"Boleh tak aku bunuh tiga ulat bulu tu? Semak dho."iqa meletakkan tangannya dimeja siapa entah.

"Sabar, kita ni spy bukan mafia kalau mafia fuh aku pun nak bunuh diorang."Mira tergelak kecil.

"Sweetie."Faizan melutut depan Hazima.

"Nak pa?"Faizan tersenyum dan digengam tangan Hazima.

"Masih marah hm? Jangan lah macam ni tak elok marah marah tau nanti cepat tuaa."Hazima tergelak kecil.

"Buka lah mask tu. Aku nak tengok senyuman bidadari aku ni."Hazima tergelak.

"Bidadari lah sangat."hatinya yang tadi panas kini kembali sejuk semula bila dipujuk oleh Faizan.

"Dah takyah marah marah lagi. Biarkan ja geng tiga suku tu."diusap kepala Hazima perlahan.

"Okeyh"Faizan tersenyum manis.

"Sini cium."Faizan menunjuk pipinya.

"Taknakk!"Hazima bangun melarikan diri. Faizan tergelak kecil.

"Mari kita kejar!"Faizan mengejar Hazima yang di depan.

"Iqa, Mira aku nak keluar sekejap nak settle satu kes."dua sepupu nya mengangguk sebelun menjerit.

"Weih nak ikut!"berdesup mereka berdua lari naik ke atas. Sudah lama  mereka berdua tak join misi.

Klik.

Klik.

"Dapat apa apa tak?"soal Hazima.

"Apa yang saya dapat tahu pembunuhan ni terjadi akibat dendam seseorang. Kerna perutnya ditikam banyak kali. barang barang dirumah ni semuanya masih ada dan tiada apa yang hilang. Jika perompak pasti barang kemas ni sudah hilang."jelas anak buahnya.

"Kumpul bukti sebanyak yang mungkin. Selebihnya kita serahkan pada pihak berkuasa." Hazima mencangkung melihat seorang lelaki tua yang terbaring tidak bernyawa.

Kedengaran bunyi siren polis diluar menandakan mereka sudah sampai.

Faizan mendapat panggilan dimana panggilan tu mengatakan yang pakngah nya meninggal. Dia jatuh terduduk.

Diambil jaketnya dan kunci motor untuk ke hospital. sempat dia menelefon faqih untuk memberitahu yang dia pergi hospital.

"Faizan?"soal Huzairi pada lelaki itu.

"Ya saya Faizan, pakngah saya macam mana? Apa yang jadi?"soalnya bertubi tubi.

"Maafkan kami Faiz, Allah lebih sayangkan pakngah kamu. Apa yang kami dapat tahu, pakngah kamu dibunuh akibat dendam seseorang."Faizan menekup mulutnya dengan air mata mengalir ke pipi.

"Faiz?"Eshan mendekati sahabatnya.

"Jika tiada apa apa kami minta diri dulu."dua anggota polis tu berlalu pergi.

CA turut ada disitu apabila mendapat pangilan dari Faqih yang mengatakan pakngah Faizan meninggal.

"Si..siapa yang berani bunuh pakngah aku?"Faizan menunduk dengan teresak esak.

"Sabar ya Faiz."Eshan mengusap belakang Faizan.

Hazima duduk disebelah kanan Faizan dan jejaka tu terus memeluk nya erat. Terkejut dia dibuatnya.

"Err Zim tenangkan lah dia"bisik Mira. Hazima mengusap belakang Faizan perlahan.

"Shh redha okeyh? Allah lebih sayangkan pakngah Faiz."jejaka tu mengeratkan pelukannya. Hanya Hazima yang mampu menenangkan nya.

Jenazah arwah pakngah Faizan selamat dikebumikan selepas asar. Faizan hanya diam saja sedari tadi.

Hazima menyerah kan air mineral pada jejaka tu.

"OI BUDAK! MESTI SEBAB HANG KAN SUAMI AKU PERGI!! SEPATUTNYA HANG YANG MATI TAU TAK"tengking mak ngah. dia dari dulu tidak suka dengan Faizan.

"Makcik sabar makcik. Makcik tak boleh salahkan Faizan. Ni semua ketentuan Ilahi."dengan lemah lembut Mira berkata.

"HANG SAPA NAK AJAQ AKU? HANG TAKTAU APA APA BAIK BERAMBUS LAH. HANG DENGAQ SINI FAIZAN DARI DULU SAMPAI LA AKU TAK SUKA KEHADIRAN HANG."Hazima mengepal penumbuk nya dan bangun ditatap tajam ke arah wanita tua tu.

"Kalau korang tak suka kehadiran dia, biar aku yang ambil dan jaga dia."datar suara Hazima.

"HANG NAK AMBIL? AMBIL JALAH AKU TAK HAMAK LAH DENGAN BUDAK BODOH MACAM TU."Faizan mengetap bibir setiap apa yang makngah lontarkan pada nya sangat sakitkan hatinya.

Hazima berdiri sebelah Faizan ditarik kepala jejaka tu ke perutnya dan diusap perlahan.

"Bersaksikan korang semua aku ambil Faizan untuk tinggal dengan aku. Tapi ingat kalau ada antara korang nak ambil dia semula aku tak teragak agak untuk sumbat korang dalam penjara."Faizan hanya diam menyembamkan mukanya di perut Hazima. Sedikit sebanyak hatinya menjadi tenang.

Hazima menunduk mengusap rambut Faizan.

"Jom balik."Faizan akur dan bangun dari duduknya untuk ke kereta Hazima.

Motornya dibawa oleh Eshan memandang kan semasa datang tadi Eshan menumpang Faqih.

6. SI PEMILIK HATI [C]Where stories live. Discover now