◆◆◆
SEBAIK saja loceng waktu rehat berbunyi, Ayrina terus mengemaskan buku-bukunya dan kotak pensel kedalam beg. Baru saja dia nak berdiri, lengannya ditarik menyebabkan dia terduduk semula.
Wajah Kaiser dipandang dengan penuh tanda tanya.
"Where do you think you're going?" soalan Kaiser itu membuatkan Ayrina terkebil sebentar. Dah kenapa nak tau?
"Cafeteria." jawab Ayrina selepas beberapa ketika sepi diantara mereka.
"Come with me." Kaiser bangun dan berjalan ke luar kelas tanpa melepaskan pautannya pada lengan Ayrina.
Ayrina menundukkan pandangan bila mata-mata pelajar di koridor semua tertumpu kearah mereka. Atau lebih tepat lagi, kearah tangan kekar Kaiser yang memegang lengannya erat. Ada juga yang berbisik sesama mereka. Ayrina cuba hiraukan bila melihat Kaiser yang langsung tidak terkesan dengan suasana disekeliling mereka.
Tiba di cafeteria, Kaiser membawa Ayrina duduk dimeja yang hanya boleh diduduki oleh Kaiser dan dua lagi rakannya serta Aliyah dan Noraini. Aliyah adalah teman wanita Dzul, kerana itu, dia dibolehkan untuk duduk dimeja itu. Dan Noraini pula adalah kembar siam tak rasmi Aliyah.
Cafeteria yang tadinya hingar-bingar dengan suara pelajar kini sunyi sepi seperti di tanah perkuburan. Semua mata memandang perbuatan Kaiser tak berkelip.
Buat pertama kalinya dalam sejarah sepanjang jejaka itu bersekolah disitu, dia dilihat bersama seorang gadis. Bukan bersama yang biasa-biasa. Tetapi Kaiser sendiri yang memegang gadis itu. Tak ke berita hangat namanya tu weh!
"Sape tu?"
"Entah. Girlfriend dia kut?"
"Gila! Mamat beku tu ada girlfriend? Macam tak percaya je."
"Mata dia siot! Mata dia colour kuning."
"Budak baru ke? Asal dia tak pakai uniform?"
"Emm, cantik jugak. Ini kalau dapat kat aku ni, memang aku gomol puas-puas."
"Siyes ah dia budak menengah? Macam budak tadika je aku tengok."
Berbeza dengan Ayrina yang semakin menunduk mendengar komen-komen manusia disekeliling, Kaiser langsung tak terkesan. Seolah-olah dia tidak dengar pun apa yang diperkatakan oleh mereka.
YOU ARE READING
KAISER'S PRECIOUS
Romance#Book 2 in Mine Series Dingin. Heartless. Beku. Bad-boy. Semua itu merupakan ciri-ciri untuk menceritakan perihal seorang jejaka terkenal di Ravens Academy. Tapi meskipun personaliti sebegitu, pelajar perempuan disitu tetap mendambakan...