◆◆◆
MASUK hari ini, sudah dua hari Ayrina tidak datang ke sekolah. Kaiser rasakan seperti ada yang kurang sepanjang dua hari itu.
Apa saja yang dia buat, dia rasa serba tak kena. Usikan dari Dzul pun tak buat dia rasa nak pelakungkan mamat tu. Yang dia inginkan waktu ini hanyalah bersama Ayrina. His precious.
Tiba waktu balik, Kaiser memutuskan untuk ke rumah Ayrina terlebih dahulu.
Perjalanan dari sekolah ke rumah Ayrina hanya memakan masa lebih kurang selama 15 minit sahaja.
Kaiser memberhentikan keretanya di laman rumah lalu dia bergerak turun. Sampai dihadapan pintu utama, Kaiser mengetuk terlebih dahulu.
Tak sampai beberapa minit, pintu dibuka dari dalam. Pembantu rumah yang dipanggil Mak Jah itu memandang wajah Kaiser pelik. Pintu hanya dibuka muat untuk dia menjengulkan kepala sahaja.
"Ya, cari siapa ya nak?" soal Mak Jah sopan.
"Ayrina. Dia ada?" Kaiser membalas seringkas mungkin.
Dahi Mak Jah berkerut sekejap. Cari Ayrina?
Wajah Kaiser ditilik lama. Seketika kemudian, barulah dia teringat dia pernah melihat wajah Kaiser ini semasa keluarga majikannya makan malam bersama keluarga sahabat mereka. Dan Kaiser merupakan anak kepada pasangan itu.
"Oh, anak ni kawan Ayrina ya? Ada, Ayrina ada. Tapi mak ayah dia tak ada. Diorang ada urusan dekat luar. Anak ni-" Mak Jah jeda, menunggu Kaiser memberitahu namanya.
"Kaiser." ibu bapanya ada urusan diluar? Habistu Ayrina ditinggalkan sendirian di rumah?
"Ha, Kaiser nak jumpa Ayrina jugak ke?"
Kaiser angguk sebagai jawapan.
"Tapi Ayrina tengah tidur rasanya tu. Kejap Mak Jah kejutkan dia-"
"Eh, takpe makcik. Tak payah kejut. Biar saya jumpa dia sendiri. Dia kat mana?" segera Kaiser menghalang. Tidak mahu lena precious nya terganggu kerana dia.
Mak Jah diam sekejap. Ragu-ragu dia hendak membiarkan Kaiser sendirian dengan Ayrina. Sudahlah gadis itu sedang tidur. Buatnya Kaiser buat benda yang bukan-bukan, dia juga yang kena.
Namun diikutkan saja kerana tidak mahu dianggap kurang ajar oleh tetamu majikannya itu.
"Ma-mari, Mak Jah tunjuk. Dia kat ruang tamu atas." sedikit teragak-agak dia meluaskan bukaan pintu.
Kaiser mengangguk faham. Langkah kakinya diatur masuk membontoti langkah Mak Jah menaiki anak tangga ke tingkat atas.
Sampai di lantai kedua, mereka menghentikan langkah. Anak mata Kaiser terus menangkap sekujur tubuh yang terbaring diatas sofa menghadap televisyen.
YOU ARE READING
KAISER'S PRECIOUS
Romance#Book 2 in Mine Series Dingin. Heartless. Beku. Bad-boy. Semua itu merupakan ciri-ciri untuk menceritakan perihal seorang jejaka terkenal di Ravens Academy. Tapi meskipun personaliti sebegitu, pelajar perempuan disitu tetap mendambakan...