CHAPTER 08

52 2 0
                                    

◆◆◆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◆◆◆

NGAUMAN kuat dari kereta mewah itu mengejutkan semua yang berada di kawasan parking sekolah itu. Kaiser mematikan enjin lalu bergerak turun dari kereta kesayangannya itu. Seperti kebiasaan, mata-mata pelajar tak lepas memandangnya. Namun dia buat tak tahu saja.

Kaki panjangnya diatur menuju ke dalam bangunan sekolah. Kelasnya yang terletak di tingkat tiga dituju. Terlihat Ayrina sudah sedia ditempat duduknya. Gadis itu tidak seperti pelajar lain, dia hanya diam membaca buku. Tiada pelajar kelas mereka yang mahu membawanya berbual. Mungkin juga kerana takut akan Kaiser yang nampaknya begitu posesif akan gadis kecil itu.

Kaiser mengambil tempat disebelah kiri Ayrina. Kelas yang tadinya riuh mula perlahan-lahan menjadi sunyi bila Kaiser sudah memunculkan dirinya.

"Why are you so early today?" soal Kaiser memecah hening antara mereka. Kebiasaannya, Ayrina datang dalam pukul 7.15 begitu. Tapi harini masih jam enam lagi dia dah ada kat sekolah.

Ayrina mengangkat kepalanya. Wajah Kaiser ditenung sekejap sebelum dia kembali menunduk kearah buku. "Papa nak hantar ibu pergi hospital teman wan. Office pulak panggil papa untuk apa entah and there's no one home so here I am." balasnya perlahan.

Kaiser mengerutkan dahi. "Takde maid ke?" kepalanya ditongkat dengan sebelah tangan diatas meja.

"They usually come around 8 o'clock. And that time I already went to school."

Kaiser diam mencerna kata-kata Ayrina. Satu idea mula timbul dalam mindanya.

"I'll pick you up from now on." ujarnya, menghentikan bacaan Ayrina. Wajah kacak Kaiser itu dipandang pelik.

Tapi lelaki itu santai saja menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Tangannya direhatkan diatas paha.

"Tapi papa-"

"I'll talk to him." potong Kaiser pantas.

Belum sempat Ayrina membalas semula, guru subjek perakaunan telahpun masuk. Perbualan mereka terhenti disitu.

◇◇◇◇

TIBA waktu rehat, Ayrina tercari-cari kelibat Aliyah namun langsung dia tidak melihatnya. Kaiser yang bagaikan mengetahui isi hati gadisnya segera berkata, "Dia tak ada."

Ayrina pantas mengalihkan pandangannya ke wajah Kaiser. "Siapa?"

"Aliyah. Dia ada game bola jaring kat luar sekolah." terangnya. Itupun, Dzul yang beria bagitau dia takde semangat nak sekolah sebab kekasih hatinya tak sekolah hari ni. Bukan main lagi cipan sekor tu meraung, gaya macam Aliyah tu pergi main tak kembali.

KAISER'S PRECIOUSWhere stories live. Discover now