◆◆◆
"RINA, dah siap ke sayang?" suara nyaring ibunya menyentakkan Ayrina yang sedang bergaya dihadapan cermin.
"Ya ibu." sahutnya, meskipun dia tahu yang ibunya tidak akan mendengar kerana biliknya yang kedap bunyi.
Ayrina mengatur langkah menuju ke tingkat bawah dimana ibu dan papanya sudah berada. Kedua orang tuanya telah menjemput sahabat karib mereka sejak zaman kolej lagi untuk makan malam bersama. Dan hari ini merupakan hari yang telah dipersetujui.
"Comelnya lahai anak ibu ni." Puan Qismina menarik lembut kedua pipi tembam Ayrina sehingga menyebabkan kulit putihnya kemerahan.
Ayrina hanya tersengih suka walaupun dia rasa agak pedih sebenarnya.
"Eh, anak awak anak saya jugak." sampuk Tuan Adrian tak mahu kalah.
Ayrina hanya tertawa suka melihat telatah ibu bapanya yang dirasakan mencuit hati.
Tak lama mereka bergurau senda diruang tamu itu, kedengaran loceng rumah berbunyi. Bagai mengetahui siapa yang berada disebalik pintu itu, tiga beranak itu bangun untuk menjemput tetamu mereka masuk. Wajah Tuan Adrian yang sedia berseri itu semakin ceria tatkala figura sahabat karibnya menyapa pandangan mata. Tanpa kata sapaan, tubuh yang lebih kurang saiznya itu ditarik masuk kedalam pelukan. Masing-masing tertawa sambil mengimbau kenangan lalu. Puan Qismina dan Puan Maya juga tidak ketinggalan melepaskan rindu sesama mereka. Dibelakang pasangan itu, berdirinya seorang jejaka yang segak berpakaian kemas. Terlepas saja pelukan mereka, tubuh anak bongsunya itu dibawa ke depan.
"Ad, kenalkan ni anak aku. Haiyan Anafi. Haiyan, salam uncle." Tuan Eizlan menepuk lembut belakang tubuh Haiyan.
"Apa khabar, uncle." Haiyan menundukkan sedikit tubuhnya sambil menyalam tangan Tuan Adrian. Senyuman kecil dilemparkan.
Tuan Adrian menepuk bahu Haiyan beberapa kali sambil membalas senyuman manis Haiyan.
Baik budaknya. Buat menantu elok ni.
"Sihat. Sihat, alhamdulillah. Haiyan sihat? Dah besar ya kamu. Dulu uncle jaga kamu besar tapak tangan ni je hah." sempat lagi Tuan Adrian berseloroh dihujung ayatnya.
Haiyan tertawa kecil. "Sihat je uncle." Haiyan menganggukkan kepalanya kearah Puan Qismina kerana dia segan untuk menyalam tangan wanita itu. Nanti dikata pula tak sopan.
"Inilah Ayrina ya? Dah besar panjang rupanya anak dara seorang ni. Dulu-dulu dia main dengan Haiyan comot sungguh. Sekarang ni dah macam artis dah hah." Puan Maya memaut kedua tangan kecil Ayrina. Senyuman manisnya dibalas oleh Ayrina.
"Eh, kejap. Bukan anak kau dua orang ke? Mana lagi seorang?" soal Tuan Adrian. Seingatnya, rakannya itu mempunyai dua orang anak lelaki dan salah seorang dari mereka seumur dengan puterinya. Cumanya Ayrina lahir hujung tahun.
YOU ARE READING
KAISER'S PRECIOUS
Romance#Book 2 in Mine Series Dingin. Heartless. Beku. Bad-boy. Semua itu merupakan ciri-ciri untuk menceritakan perihal seorang jejaka terkenal di Ravens Academy. Tapi meskipun personaliti sebegitu, pelajar perempuan disitu tetap mendambakan...