caaakk!! tanjat tak?! tanjat tak?! aiols double update sbb nak menghilang utk jangka masa panjang kejap lagi... k , bye.. janga rindu oyek yoww
◆◆◆
BELUM sempat Ayrina menapak masuk ke dalam kelas, tubuhnya terlebih dahulu dirempuh oleh seseorang.
"Rinaaa, I missed you! Huarrghh, akhirnya kau sekolah jugak. Kau pergi mana ha? Kau tautak aku balik dari tournament kau tak ada, rasa macam sia-sia menang game tau." bebel Aliyah seraya melepas pelukannya.
Ayrina hanya tersengih tak bersalah. "Hehehe, sorry Al. Tapi saya betul-betul tak dapat nak sekolah sebab sakit. Sorry tau."
Aliyah senyum saja. Bahu Ayrina dirangkul lalu mereka berdua berjalan masuk. "It's okay. Zul ada cerita yang awak sakit sampai masuk wad. So, I forgive you this time."
Dia menekan kedua bahu Ayrina menyebabkan gadis itu terduduk di kerusinya. Aliyah mencondongkan sedikit tubuhnya kearah Ayrina.
"But next time, you have to be there whenever I win a game. Okay?"
Ayrina mengangguk laju. Sebelah ibu jarinya diangkat tinggi.
Aliyah tersenyum senang seraya kembali menegakkan tubuhnya. "Okay then. See you at recess." Aliyah sempat mencucuk pipi tembam Ayrina dengan jari telunjuknya sebelum berlalu ke tempat duduknya.
Noraini disebelahnya pula elok saja lentok kepala atas meja. Awal pagi lagi minah ni dah berdengkur serupa dugong.
Ayrina berkalih memandang kerusi kosong sebelah kirinya.
Baru saja dia berniat nak telefon Kaiser, lelaki itu terlebih dahulu muncul dipintu kelas bersama dua orang temannya.
Kaiser berjalan masuk meskipun menyedari semua mata tertumpu kearahnya. Tetapi lelaki itu pula hanya memandang gerangan yang duduk disebelah kerusinya.
Kaiser mengambil tempatnya di sebelah Ayrina lalu berpusing menghadap gadisnya itu. Sebelah lengannya diletakkan diatas penyandar kerusi.
"Dah okey ke?"
Ayrina mengangguk laju dengan senyuman secerah sinar matahari pada hari itu. "Dah. Haritu lagi dah okey. Tapi ibu tak bagi sekolah juga. Nak habiskan MC." Ayrina menjawab lancar.
Kaiser sambung lagi bertanyakan perihal kesihatan gadis itu sehingga dipastikan dia benar-benar sihat untuk sekolah.
Hinggalah guru subjek pertama mereka masuk.
Semua pelajar berdiri memberi salam hormat kepada guru tersebut.
"Kalau rasa tak okey, bagitau aku." sempat Kaiser membisikkan kata-kata itu selepas mereka disuruh duduk.
YOU ARE READING
KAISER'S PRECIOUS
Romance#Book 2 in Mine Series Dingin. Heartless. Beku. Bad-boy. Semua itu merupakan ciri-ciri untuk menceritakan perihal seorang jejaka terkenal di Ravens Academy. Tapi meskipun personaliti sebegitu, pelajar perempuan disitu tetap mendambakan...