Noraziman @Jiman dan Rashidah @Shidahwakil persatuan belia dan beliawanisbagi progrem anak angkat dan menjadi petugas urusetia bersama pasukan ku.Jiman berusia 20 tahun dan Shidah berusia 19 tahun.
Jiman selaku wakil belia menjadi orang perantara antara aku dan juga kaum bapa terutama Tok Ketua dan juga Ajk sementara Shidah menjadi perantara antara kami dengabn kaum wanita melalui ajk siswi kami. melalui mereka aku dimaklumkan bahawa kebanyakan aktiviti ekonomi kampung tertumpu pada penangkapan ikan dimana lebih 70 peratus lelaki selaku ketua keluarga bekerja sebagai nelayan dan majority menjadi nelayan laut dalam yang di kendalikan oleh koperasi nelayan sementara selebihnya bekerja sebagai pekerja di majlis daerah dan kerje sendiri seperti berkebun dan bertenak .
Bagi wanita pula ramai yang berhijrah utk bekerja di kilang kilang di bandar atau menjadi kakitangan kerajaan seperti kerani majlis daerah,atau pembantu kedai di bandar. menurut Shidah,mereka tidak begitu berminat atau tidak dpat turut serta dalamaktiviti yang kami jalankan kereana kekangan tersebut terutama 'pertembungan' generasi antara belia dan remaja dengan goongan makcik makcik yang mendominasi kegiatan sosial di kampung itu.
Olehjkerana majotiri kaum bapa berpergian ke laut seharian atau lebih,maka urusan progrem dan pengelibatan mereka agak terbatas dan lebih di wakilkan oleh kaum ibu yang agakaktif,berdikari dan cukup memberi kerjasama.Ini diakui oleh Tok Ketua dari pada mula lagi kami menyatakn hasrat untuk membuat projek di kampung tersebut.
Bagi ku ,itu tidak menjadi masaakah dan kami telah merangka progrem yang lebih menjjrus kepada anak anak mereka yang d bangku sekolah di samping progrem sosial yang menumpu kepada ekonomi keluarga dan cabaran sosial . Jiman selaku anak Setiausaha Koiperasi nelayan dan Shidah sebagai anak tok ketua cukup aktif dan rajin dan hubungan mereka berdua pada ku juga menjadi faktor motivasi seperti yang aku perhatikan di segi bahasa badan dan juga interaksi sesama mereka dan ajk wakil penduduk yang lain.
Dari maklumat yang diberi oleh mereka ,ku dapati kadar kelahiran baru di kampung itu amat rendah sekali walau pun purata usiapenduduk ialah antara 30 hingga 40 tahun dan menurut Mak Cik Lijah selaku bidan bertauliyah dan juga isteri Tok Ketua,tiada masaalah mengenai kesuburan dikalangan mereka .Secara bergurau dia mengatakanmungkin olehkjerana pasangan suami isteri jarang berjumpa dn bersama kerana suami keluar ke laut pada malam hari selama 2 hari secara purata menyebabkan antara faktor penyumbang.
Aku juga mendapat maklumat ,antara masaalah yang di hadapai oleh nelayan laut dalam ialah penyalahgunaan dadah,ketagihan alkohol dan judi bilamana mereka berpergian secara berkumpulan selama 2 atau 3 hari di laut.ketika waktu hasil memuncak,mereka punca lebihan pendapatan untuk berhibur di bandar terutama di pusat pusat hiburan yang agak banyak bagi sebuah bandar kecil . Maklumat ini lah yang aku dan ajk projek cuba serapkan denga memebri kesedran melalui progrem yan telah di atur seperti ceramah dan pameran.
Jiman dan Shidah juga sering menjadi perhatian dan tarikan kepada rakan rakanpeserta projek dan mereka juga begitu sporting dan membri response yang baik.Ini membantu meringankan dan memudahkan segala urusan resmi ku dan memberi peluang aku 'mencari projek sendiri ' tanpa,menggangu atau diganggu dengan urusan resmi progrem.Aku lebih membuat PR exercise dan memantau perlaksanaan kerja mereka. Untuk itu hampir setiap hari aku akan pergi menemui ajk ajk projek dan wakil penduduk bermula dari jam 8 pagihingga jam 10 mlm.Begitulah rutin ku termasukJiman dan Shidah. Selain dari mak Cik Biah,aku dapat beberapa info yang eksclusive mengenai personaliti atau individu penduduk terutama mereka yang terlibat dengan projek ini melalui Jiman dan Shidah.Mereka mewakili kelompok masing masing,Jiman mewakili belia dan pakcik pakcik di kampung ,Shidah pula mewakili gadis dan remaja wanita sementara makcik Biah bagi kaum kaum ibu dewasa dan kisah sensasi sesama mereka.
Bersambung..
YOU ARE READING
PROJEK KELUARGA ANGKAT( Completed)
RomancePengalaman 'luar jangkaan' yang diperolehi oleh Sani mahaisiwa tahun akhir yang mengelola progrem keluarga angkat di sebuah perkampungan nelayan di selatan tanah air.....Dalam budya desa yang tersorok,rupanya sampai juga budaya melayan nafsu di sana.