BAB 2💌

615 97 95
                                    

Sorry if hambar😭

SEBULAN telah berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBULAN telah berlalu. Kehidupan Ayana berjalan seperti biasa. Cuma terdapat seorang hamba Allah ini suka mengacau hidupnya. Kurang kasih sayang gamaknya.

"WEYH Dayyan kau ada nampak gelang aku tak?" gelabah Alana mencari gelang yang bertanda namanya tiada. Tak senang duduk dibuatnya.

"Tak ada pulak. Aku rasa dah sebulan aku tak nampak kau tak pakai gelang tu. Tak kan baru sekarang kau perasan?"

"Masa first day haritu memang aku ada buka sebab nak solat Zohor. Lepastu aku letak dekat dalam handbag aku ni tau. Mati mati aku ingat ada dalam handbag ni rupanya tak ada weyh. Dayyan gelang aku Dayyan.. Aduhai. Gelang oh gelang dimanakah kamu. Dah lah gelang tu arwah bonda aku bagi. Tu je satu-satu yang bonda aku tinggalkan sebelum dia meninggal." Tanpa sedar jatuh juga cecair panas yang lama ditahan.

"Weyh janganlah nangis. Kita dekat mall ni." lembut sahaja suara Dayyan memujuk.

"Gelang aku weyh... Aku sayang gila gelang tu." Ayana mengongoi hiba.

"Ok lah macam ni. Aku-"

"Eh Ayana Dayyan korang berdua buat apa dekat sini?" tanya Doktor Zehad ceria.

"Repair basikal. Tak nampak ke doktor?" sindir Ayana. Buta ke doktor ni. Tak nampak ke aku tengah menangis?

"Alah sorry lah sayang janganlah marah."

Ayana merengus geram. Rimas dengan pensyarahnya yang seorang ini.

"Dayyan awak balik dululah. Nanti saya hantar Ayana balik ok. Bagi saya waze alamat rumah awak." Arah Doktor Zehad.

"Bagilah saya nombor Doktor. Macam mana saya nak send kalau tak ada nombor doktorkan."

Segera Doktor Zehad menyerahkan nombornya kepada Dayyan.

"Dayyan..." bisik Ayana meleret. Tak kan lah dia nak ikut laki pervert ni.

"Alah ikut jelah... K aku balik dulu. Doktor jaga kawan baik saya ni baik-baik tau. Kalau tak saya saman doktor. Ok babai." Dayyan meninggalkan Ayana dengan muka yang masih ada lagi sisa tangisan.

"Kenapa awak menangis sayang?" soal Doktor Zehad.

"Doktor ni dah kenapa? Suka hati mak bapak doktor je panggil saya macam tu. Doktor ingat doktor tu suami saya ke nak panggil sayang bagai." Ayana meninggikan sedikit suaranya yang agak serak.

"Wow.. Relax lah.. Chill. Saya panggil awak sayang je tak kan tak boleh kan?" Doktor Zehad melabuhkan punggungnya di sebelah Ayana.

'Tak ada tempat lain ke mamat gatal ni nak duduk?' rungut Ayana dalam hati. Geram betul.

"Memang tak boleh pun. Doktor ni boleh tak jangan kacau hidup saya. Eh kita baru kenal tau. Tak payah nak tunjuk prihatin sangat. Doktor boleh blah lah. Semak je." Ayana merengus kuat.

ANDAI ADA JODOH KITA©Where stories live. Discover now