BAB 14💌

180 38 0
                                    

"TUAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TUAN. Tuan bangun." Zed mengetuk pintu bilik Fikryz dengan kuat. Sudah pukul 1 petang. Sejak Zed memberi tazkirah kepada Fikryz, dia tidak lagi keluar bilik sehingga sekarang.

"Tuan Fikryz dah bangun ke Zed?" tanya seorang wanita berskirt pendek paras peha.

"Belum kak Rina. Zed risaulah."

"Cuba Zed ketuk kuat sikit." arah Kak Rina.

Zed mengetuk pintu bilik itu dengan kuat beberapa kali. Tiada sebarang tindak balas. Diputarnya tombol pintu.

"Eh tak kunci." pintu ditolak kedalam.

Penampakkan Fikryz di atas lantai sedang tertidur lena. Zed segera menerpa ke arah Fikryz. Al-Quran dalam dakapannya dikeluarkan.

"Ya Allah panasnya badan dia." Di alih tangan dari dahi Fikryz.

"Kak Rina." panggil Zed dari dalam bilik.

Terkocoh-kocoh Kak Rina berlari mendapatkan Zed.

"Ye kenapa Zed?"

"Tolong bawakan mangkuk yang ada air dengan kain kak. Saya nak lap badan Tuan. Panas sangat badan dia ni." riak risau ditunjukkan diwajahnya.

"Baik. Kejap akak ambilkan." laju Kak Rina mengatur langkah.

"Nah Zed." mangkuk berisi air serta kain itu bertukar tangan.

"Terima kasih kak." ucap Zed sopan.

Tangannya mula membuat kerja. Dipapah Fikryz naik ke atas katil.

Kain yang diberi tadi di letakkan dalam mangkuk berisi air. Kemudian diperah lalu dilapkan darah yang ada pada tangan Fikryz kerana menumbuk cermin semalam.

"Haih Tuan ni kenapalah suka bahayakan diri sendiri." butang kemeja Fikryz dibuka satu persatu bagi memudahkan dia untuk mengelap badan Fikryz.

Dia yang berada dekat dengan Fikryz turut merasa betapa bahang badannya. Panas sangat.

"Z-zed" tersekat-sekat suara Fikryz.

"Ye tuan. Tuan nak apa? Nak air?" Zed bertanya penuh prihatin.

"Tolong aku bangun. A-aku nak jumpa A-Ayana." perlahan sahaja suaranya. Tiada daya untuk berbuat apa-apa.

"Eh tuan kan demam. Tak payahlah jumpa dia." pujuk Zed lembut. Tangannya laju mengelap badan Fikryz.

"Aku dah janji dengan dia. Tolong aku Zed." rayu Fikryz. Panas rasa kelopak matanya.

"Tapi--"

Zed melihat riak wajah Fikryz yang seperti betul-betul mengharap.

"Hmm ok lah. Tapi tuan boleh bangun tak?"

"Boleh." Fikryz cuba untuk mengangkat badannya. Kepala yang sakit itu ditahan. Dia perlu berjumpa Ayana. Mesti.

ANDAI ADA JODOH KITA©Where stories live. Discover now