BAB 18💌

190 24 4
                                    

Kelopak mata yang memberat dibuka perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelopak mata yang memberat dibuka perlahan-lahan. Cahaya silau yang dipancarkan oleh lampu menyukarkan untuk membuka mata bundarnya.

Tangan kanannya yang diletakkan iv drip ditenung lama. Segala urat sendinya berasa sakit untuk bergerak. Dapat juga matanya terbuka luas.

Ayana bingung sendirian. Sudah berapa lamakan dia dalam keadaan begini? Cermin disisi diambil lalu dilihat. Mukanya yang amat cengkung.

Kepala tiba-tiba menjadi sakit untuk mentafsir apa yang berlaky sebelum ini. Adakah itu hanya sekadar mimpi atau kenyataan.

Adakah benar insan bernama Fikryz itu wujud dialam nyata? Semakin berdenyut-denyut kepala Ayana apabila memikirkan keadaan itu.

Seingatnya, dia pergi bermandi-manda air terjun bersama keluarganya. Kemudian, semasa dia hendek melintas terdapat sebuah kereta berjenama BMW merempuhnya.

Ayana masih keliru. Adakah yang berlaku itu semua mimpi?

"Alhamdulillah Reenna dah sedar." mengucap syukur Puan Aliyah Hana merangkap mama Ayana.

Ayana terkedu. Bermakna watak Fikryz itu semua hanya mimpi ketika dia koma sahajalah kan? Mamanya meninggal turut mimpi sahaja? Semakin keliru Ayana dibuatnya.

"Mama? Mama hidup lagi?" Ayana segera mendakap erat tubuh Puan Hana. Erat seeratnya.

"Kau dah kenapa dik? Sejak bila mama meninggal?" soal abang sulung Ayana.

Terdapat 4 orang lelaki dihujung penjuru bilik. Ayana yakin itu adalah 3 orang abangnya serta ayahnya.

"Bila masa mama meninggal?" berkerut kehairana Puan Hana jadinya.

"Eh. Tapi-"

"Eh cik Ayana dah sedar?" seorang doktor lelaki berkot putih datang mendekati katil Ayana.

Terkedu Ayana sebentar. Wajah doktor lelaki itu seakan pernah dilihat. Tetapi di mana ye?

"Cik Ayana okey? Saya Doktor Fikryz, doktor yang merawat Cik Ayana sepanjang Cik Ayana koma selama 3 bukan ini. Jadi sekarang ni Cik Ayana ada sakit dimana-mana ke?"

Ayana cuma menggeleng. Membuntang matanya apabila mendengar nama doktor itu. Ye itulah Fikryz. Didalam mimpi komanya yang panjang. Otaknya masih sedang ligat memproses apa yang sedang berlaku ketika ini.

"Erm kalau macam tu saya panggil nurse sekejap untuk lihat keadaan Cik Ayana sekarang."

Ayana terkaku seperti patung cendana yang tidak bernyawa. Kepalanya berdenyut-denyut.

"Hai cik Ayana. Saya Dayyan. Pembantu doktor Fikryz. Jadi cik Ayana ada sakit dimana-mana ke sekarang ni?"

Ayana mengangguk perlahan. Jari telunjuknya diletakkan di kepala mengisyaratkan yang dia sedang sakit disitu.

Ayana diam sahaja ketika kepalanya diperiksa. Dia cuba untuk mentafsir apa yang terjadi sepanjang komanya.

"Cik Ayana tiada apa-apa. Cuma sekarang ni Cik Ayana tak boleh banyak sangat berfikir. Hentakkan yang sangat kuat menyebabkan kepala Cik Ayana terluka. Cuma nasib tidak hilang ingatan. Jadi sekarang ni Cik Ayana perlu rilek. Tenangkan diri." jelas Doktor Fikryz dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir merahnya.

Terpegun Ayana. Namun kejadian mimpi komanya telah membuatkan dia yakin yang itu hanyalah mimpi. Bukan nyata.

Bibir pucatnya mencuba untuk melakar senyuman manis walaupun perit ketika itu.

"Ok bagus. Jadi Cik Ayana ada nak tanya apa-apa ke?" Soal Doktor Fikryz mesra.

"Su-sudah berapa lama saya koma?" agal sukar untuk Ayana menuturkan kata-kata. Akibat sudah lama otot serta saraf mulutnya tidak digunakan.

"Saya rasa tadi saya ada sebut berapa lama Cik Ayana koma. Tetapi tidak mengapa. Saya akan tetap jawab. Dah 3 bulan Cik Ayana koma. Tempoh masa yang agak lama. Kami mula-mula berfikir bahawa tidak ada harapan lagi Untuk Cik Ayana kembali membuka mata, tetapi keajaiban Allah. Tiada siapa yang tahu. Alhamdulillah. Dengan kuasa Allah Cik Ayana sekarang sudah sedar."

Ayana hanya mengangguk faham seolah-olah dia faham sangat dengan apa yang diperkatakan oleh Dokyor Fikrys. Muka jururawat yang bernama Dayyan itu ditenung lama. Ye. Itulah Dayyan yang ada dalam mimpi sepanjang komanya. Kawan baiknya.

Tiba-tiba matanya kembali kuyu. Kantuk menguasai dirinya ketika ini. Tidak sampai 10 minit matanya kembali terlelap. Letih. Koma pun letih.

- TAMAT-

AHAD, 19 JUN 2022

MAAF ANDAI ADA KEKURANGAN DALAM CERITA INI. SAYA MASIH MENTAH DALAM BIDANG PENULISAN.

TERLALU BANYAK KOSA KATA SERTA KESALAHAN BAHASA DALAM CERITA INI. PENYUSUNAN PLOT JUGA SANGAT BERTERABUR😭.

MAAF SEBAB ENDING TIDAK DAPAT MEMUASKAN PARA READER. TETAPI APAKAN DAYA😔.

TERIMA KASIH JUGA PADA YANG MENYOKONG SAYA HINGGA DI TAHAP INI. SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DO CERITA AKAN DATANG.

EHEM II.. ADA STORY BARU TAU🌚

SEMOGA JUMPA LAGI.. BABAI SAYANG SAYA SEMUA.

ANDAI ADA JODOH KITA©Where stories live. Discover now