PART SEVENTEEN

6.4K 208 22
                                    

"Weh serius lah kau masuk asrama?" tanya Joe pagi-pagi lagi setelah nampak kelibat Ayen masuk pagar sekolah. Ayen yang mendengar soalan Joe hanya mendengus sambil berjalan tinggalkan Joe di belakang. 

"Weh! Jangan tinggal aku." laung Joe selepas melihat Ayen laju sahaja meninggalkan dia di belakang. "Sial punya member." ujar Joe sambil mengejar langkah Ayen. "Sampai hati tinggalkan aku. Kalau aku kena culik macam mana?" dengus Joe geram.

"Bagus lah. Tenang sikit pagi aku ni." Macam lah ada yang nak culik. Mulut macam burung murai, tak berhenti-henti bercakap... Kutuk Ayen dalam hatinya. "Kau tak jawab lagi soalan aku tadi Yennnnn!" 

"Haish kau ni, pagi-pagi dah rosakkan mood aku. Ye aku memang nak duduk asrama. Dah jangan banyak tanya. Pergi masuk kelas kau." ujar Ayen sambil berjalan meninggalkan Joe di belakang dan menuju ke kelasnya. Tak sampai 20 langkah Ayen berpaling balik, "Kau datang dengan kereta kan? Tunggu aku nanti balik. Nak tumpang. Chaw." Selepas itu, Ayen terus melenggang pergi meninggalkan Joe yang terpaku di tempatnya. "Taik punya member." ujar Joe sambil berjalan masuk ke kelasnya.

KRING!! KRING!! Loceng sekolah berbunyi menandakan habisnya waktur bersekolah. 

Ayen terus menyimpan buku-bukunya yang berada di atas meja selepas gurunya keluar dari kelas. Selepas siap menyimpan, dia terus berjalan keluar dari kelas dan menuju ke tempat parking. Dari jauh, dia sudah melihat kelibat Joe yang menyandar dekat keretanya. 

Joe yang melihat Ayen berjalan ke arahnya melambai lalu berjalan masuk ke perut keretanya dan memandu ke arah Ayen. Ayen terus masuk ke dalam kereta Joe dan melepaskan keluhan.

"Haish panas sangat lah harini." ujar Ayen. Dari tengah hari tadi lagi cuaca panas terus menyerang dia. Masa rehat tadi pun 2 gelas air sejuk dia beli tapi tak dapat hilangkan kepanasan yang dia rasakan. 

"Nak pergi tempat ber'aircond' ke?" tanya Joe. Ayen terus memandang Joe. "Lah kan kereta kau ber'aircond' dah." balas Ayen. Joe yang mendengarnya terkedu, otak-otak tak berhubung. "Maksud kau apa?" tanya Joe tidak faham. 

"Aku pun tak faham.HAHAHAHAHHA" ujar Ayen sambil ketawa. Dia pun tak faham apa yang dia nak cakap. "Bodo lah kau ni." balas Joe sambil ketawa. 

"Keputusan kau duduk asrama bila keluar?" tanya Joe selepas ketawa mereka dah reda. "Minggu depan kut.. atau khamis minggu ni. Tak pasti juga." balas Ayen sambil menaip sesuatu di telefonnya. "Jom pergi minum ABC Pak Janggut." ajak Ayen selepas menghantar mesej ke mamanya memberitahu bahawa dia keluar dengan Joe selepas waktu sekolah. 

"Mantap. Ini yang aku tunggu, dermawan Ayen. " balas Joe sambil memandu kereta menuju ke kedai yang mereka ingin tuju. "Shit." ujar Ayen selepas tahu niat Joe yang menginginkan dia belanja. 

Tutt! Tutt! Bunyi pesanan masuk dari aplikasi Whatsapp. 

"Isha kata dia keluar dengan Joe. Tak payah tunggu dia katanya." ujar Datin Amira setelah melihat mesej yang di hantar anak daranya. "Papa makan lah dulu. Danish jom makan." laung Datin Amira dari meja makan. 

"Dia nak pergi mana?" tanya Datuk Idris. "Nak pergi perkena ABC katanya." ujar Datin Amira. Nasi disenduk ke dalam pinggan lalu dihulurkan kepada suaminya. Lalu lauk disenduk ke dalam pinggan suaminya. "Nak lagi?" tanya Datin Amira. "Tak dah." balas Datuk Idris

"Ha Danish, jom makan." ajak Datin Amira setelah melihat anak bujangnya berjalan masuk ke ruang makan." Sepinggan nasi dihulurkan kepada anaknya lalu sepinggan lagi diletak untuk dirinya. " Mana anak perempuan mama?" tanya Danish setelah doa makan dibaca. 

"Tak balik lagi. Pergi makan ABC dengan kawan dia." balas Datin Amira lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya. "Abang nak ikan ke?" 

"Tak apa awak makan je lah." balas Datuk Idris. Isterinya memang sangat prihatin dan selalu mengutamakan dirirnya. Walau sudah ditegur berkali-kali, dia tetap ingin melakukannya. Katanya ingin mendapat pahala. 

"Lelaki ke? Suka sangat keluar dengan lelaki. Jadi apa-apa kan susah." ujar Danish. Bukan ke kau lagi menakutkan lagi dari orang luar? bisik diri Danish sendiri.  "Apa Danish kata macam tu. Mama kenal lah lelaki yang berkawan dengan Isha tu. Joe sorang je kawan lelaki dia tu." balas Datin Amira tidak suka dengan kata-kata Danish yang seperti ingin menjatuhkan maruah Isha. 

"Alaa.. mama bukannya tahu semua. Perempuan tu tak kanlah nak cerita semua dekat mama...Lagipula.." sebelum Danish dapat menyambung ayatnya Datuk Idris sudah mencatas kata-kata Danish. "Danish, ni meja makan. Makan nasi tu." mendengar papanya bersuara, Danish terus berhenti. 

"Okay pa." balas Danish. 'Hish mana perempuan tu pergi. Punya lah aku balik makan tengah hari dekat rumah nak makan sekali. Boleh pula melepak keluar dengan jantan lain.' dengan ketus hati Danish berkata-kata. 

"Oh ya Danish, kamu kata nak kena pergi outstation kan?" tanya Datin Amira setelah menghabiskan makanannya. Danish yang meminum airnya terus berhenti lalu memandang ke arah mamanya. 

"Khamis pergi. Maybe 2 weeks. Mama papa pergi holiday bila? Dah decide ke?" tanya Danish. Kalau mama pergi minggu ni, aku kena balik awal. Kesian little girl aku. 

"Hmm mama pun tak tahu. Sebab papa kata tunggu dulu." balas Datin Amira. "Tunggu?Kenapa kena tunggu?" tanya Danish pelik. "Oh, ni sebab Isha kata dia nak duduk asrama. Nak fokus belajar katanya." 

"Asrama?" ujar Danish dengan terkejut. Asrama? Kalau duduk asrama, rosaklah plan aku nak kerjakan dia. Haish.

"Boleh pula mama bagi dia duduk asrama. Entah-entah ada jantan lain dekat asrama tu." balas Danish ingin meracuni keputusan mamanya. Datuk Idris yang sudah siap makan hanya memandang perbualan dua beranak itu. Tidak berfikir untuk mencelah lagi. 

"Apa kamu ni. Isha kata dekat asrama tu lelaki dengan perempuan memang di asingkan. Lagipula, ramai kawan-kawan perempuan dia yang boleh tolong dia ulang kaji." balas Datin Amira geram.

"Tak. Danish tak setuju kalau perempuan tu duduk asrama." jerit Danish tidak berpuas hati. Datin Amira saling bertukar pandangan dengan suaminya. "Yang kamu nak menjerit ni kenapa?" tegur Datuk Idris pelik. 

Danish yang menyadari kesilapannnya hanya terkedu. "Betul tu. Kamu dah kenapa nak menjerit bagai. Tak pernah-pernah kamu nak hiraukan dia. Boleh pula ambil berat sekarang. " sindir Datin Amira terhadap Danish. 

"Tak ada apalah. Tak apa lah Danish gerak dulu masuk office." ujar Danish mengundurkan diri. Takut mama papanya dapat menghidu plan jahatnya. 

"Ye lah. Kamu balik makan malam kat sini ke?" tanya Datin Amira sambil mengambil pinggan kotor suami dan anaknya. "Tak kut. Sebab ada dinner dengan staff syarikat dari TK Coorporation." balas Danish. "Danish gerak dulu. Assalamualaikum." sambung dia lagi. 

"Waalaikumussalam." jawab Datin Amira dan Datuk Idris bersama-sama. 

Setelah kelibat Danish hilang dari pandangan mereka berdua, Datin Amira terus menyuarkan soalan kepada suaminya. "Abang rasa kenapa ya Danish tu. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengan tidak puas hati dia tu." ujar Datin Amira mengeluh.

"Hmm saya pun tak tahu. Nak cakap tak mampu terima Isha tu, macam tak mungkinlah." sambut Datuk Idris. "Dah lah tak payah pikir banyak sangat kan naik darah tinggi awak tu. Jom kita pergi basuh pinggan." sambung Datuk Idris lagi. 

"Eh! Eh! Rajinnya abang sayang nak tolong saya basuh pinggan." gurau Datin Amira. "Aik, selama ni saya pemalas ke?" rajuk Datuk Idris. "Hahahaha. Saya gurau je lah." sambung Datin Amira sambil ketawa. 


Done Part Seventeen !!!!

Happy reading guys. BTW MY BIRTHDAY IS COMING SOON. 

May the day is the best for me. 

LOL from me. 

Devil LoveWhere stories live. Discover now