"Ni je ke barang kamu? Macam sikit je ni?" tanya Datin Amira melihat barang-barang anak daranya yang nak dibawa ke asrama nanti. "Sikit mama kata? Dah banyak dah ni. Makanan dah dua troli tau Ayen ambil." Ujar Ayen terkejut. Datuk Idris yang melihat gelagat isteri dan anaknya hanya tersenyum, geli hati dengan isterinya yang terlalu memikirkan kebajikan anak daranya di asrama nanti.
"Kamu memang nak bawa makanan je ke ? Papa rasa dekat asrama tu baldi, barang mandi, hanger semua kena pakai. Tak disediakan rasanya." Ujar Datuk Idris melihat Ayen yang lebih fokus dengan makanan dari barang harian yang lain.
"Eh ye ke papa? Lah Ayen ingatkan dia sediakan semua. Hehehehe. Nasib baik papa cakap." Balas Ayen sambil tersenyum malu. 'Manalah aku tahu kan first time nak masuk asrama. Hahahaha'
"Ya Allah Isha, bukan selalunya dekat borang tu dia tuliskan barang apa yang diperlukan. Kamu ni nak duduk asrama tapi..."
"Sorry mama sayang, borangnya enggak dibaca. Maaf deh." Potong Ayen menjadi mek indon sebelum mamanya membebel panjang. "Terus bertukar jadi minah indon ye." Balas Datuk Idris. "Hehehehhee. Jom kita pergi cari barang asrama Ayen yang lain. Jom, jom." Ajak Ayen sambil mengheret dua-dua tangan papa dan mamanya.
"Saje je kamu ye." Kata Datin Amira sambil mencubit pipi Ayen. Ayen hanya senyum sambil menggosok pipinya yang auto merah disebabkan kulitnya putih itu.
PARKING KERETA
"Kamu dah pasti beli semua barang yang nak guna?" tanya Datuk Idris sebelum menutup bonet keretanya. "Dah papa. Yakin SERATUS PERATUS." sahut Ayen bersemangat. "Seratus ke dua ratus ke, kalau kamu tertinggal barang susah. Abang kamu tu sekarang tu tak ada dekat sini, lepastu mama papa pula tak ada ha naya kamu." ujar Datuk Idris panjang.
"Insya Allah tak ada pa. Kalau ada Ayen mintalah Joe yang belikan hahahahah.." gelak Ayen jahat sambil terbayang-bayang menyuruh si Joe membeli barang-barangnya. "Hish kamu ni ada ke nak susahkan si Joe tu." kata Datin Amira yang tidak menyukai niat Ayen.
"Ala mama ni. Tu barulah kawan sejati. Tolong apabila kesusahan ha gituu.." balas Ayen sambil tersengih menampakkan gigi. "Ha ye lah kamu. Jom balik." ajak Datuk Idris lalu mereka bertiga terus memasuki perut kereta dan menyambung perbualan mereka sampailah ke rumah.
Datin Amira tidak habis dengan nasihat dan pantang larang yang Ayen harus ikut. "Ye mama ku sayang. Ayen ingat." ujar Ayen sambil memeluk mamanya dari belakang kerusi. "Mama cuma rusingkan kamu Ayen. Dah lah kamu nak masuk asrama bila mama papa pergi bercuti. Kalau masuk awal-awal, tenanglah juga hati mama nak tinggalkan kamu tu." balas Datin Amira dengan hati yang bercampur baur antara sedih dan risau.
"Kalau awak risaukan sangat, kita cancellah percutian kita tu?" ujar Datuk Idris memberi cadangan. "Eh jangan macam tu. Buat Ayen serba salah pula. Mama papa jangan risau Ayen betul betul dan betul betul boleh jaga diri. Janganlah sebab hal ni mama papa nak cancel bercuti pula." ujar Ayen bersungguh-sungguh sambil menghulurkan kepala dengan berada di tengah antara kerusi mama dan papanya. 'Yelah mama dan papanya sudah berniat untuk terus pergi umrah selepas bercuti, jadi tak kan aku nak kacau niat baik papa mama ni.'
"Lagipun, dah lama kan papa mama nak bercuti lepastu terus pergi umrah kan? Kesian kawan papa mama yang lain tu." ujar Ayen. "Hmm ye lah. Kamu tu jaga diri. Bila nak kena papa hantar masuk asrama ni?" tanya Datuk Idris sambil membawa kereta masuk ke taman perumahannya.
"Hmm Ayen nak hantar mama papa ke airport juga. Hmmmm...." berfikir panjang Ayen. 'Kalau aku masuk esok, tak boleh lah nak hantar papa mama. Diorang pergi Isnin, aku dah start sekolah. Confirm masuk asrama dah sebelum tu.'
"Papa hantar Ayen hari ahad lah, tapi hari isnin tu Ayen nak pergi hantar papa mama juga. Jadi, Ayen potenglah sekolah haritu. Heheheh." ujar Ayen tanpa rasa bersalah. "Eh sesuka hati kamu je nak poteng. Tak boleh." balas Datin Amira dengan pantas. "Alaaa..boleh lah mama. Jarang tau anak jujur bila plan nak poteng.
"Tak ada." balas Datin Amira sambil menutup pintu keretanya setelah mereka bertiga sampai di perkarangan rumahnya. "Ala mama..." rayu Ayen.
"Mama kata tak ada, tak ada." kata Datin Amira lagi. Terus monyok muka Ayen jadinya. Datuk Idris hanya tersengih sambil mengeluarkan barang-barang dari bonet. Lalu Datuk Idris memandang Ayen dan bermain signal mata dengan Ayen. 'Green light.' teriak hati Ayen gembira. Terus Ayen kenyit mata kepada papanya.
Hotel di Jepun
"Bos , saya nak keluar pergi restaurant bawah. Bos nak apa-apa tak?" tanya Faris salah satu staff yang ikut Danish ke Jepun atas urusan kerja.
"Kamu sorang ke? Yang lain?" tanya Danish sambil memandang kiri dan kanan. Takut dia yang tak nampak staffnya yang lain. " Saya je boss yang lain nak rehat." ujar Faris sambil menunggu balasan atas ajakannya. "Tak apelah, kita pergi berdua." ujar Danish lalu mengangkat punggung dari sofa yang berada di ruang tamu. "EH?" terjerit Faris apabila terdengan yang bossnya nak ikut dia. "Kenapa? Kamu ajak-ajak ayam ke tadi?" tanya Danish serkap jarang.
"Hehehehe.. tak lah. Saya terkejut je sebab boss setuju. Jom lah boss, saya dengar restaurant dekat Jepun ni tak macam Malaysia, bising." kutuk staffnya dengan restoran yang berada di Malaysia. "Kalau kamu pergi mamak bising lah." kata Danish.
"Hehehhe." tersengih Faris dibuatnya.
Makanan dan minuman yang diorder terus sampai atas meja makan mereka berdua. "Lajulah service diorang." puji Faris lagi. Ice coffe yang diorder terus diambil dan diminum. "Kamu ni tak habis-habis duk puji. Teruk sangat ke kat Malaysia?" tanya Danish sambil menghirup kopi panasnya.
"Tak lah boss. Ni first time saya datang Jepun, tu excited sangat. Hehehe." ujar Faris. "Oh..dah lama ke kamu kerja dengan ayah saya?" tanya Danish. "Tak lama pun, saya mula awal bulan haritu dalam 6 bulan kut."
"Oh baru lagi." ujar Danish. Matanya yang selalu memandang skrin telefon membuatkan Faris yang di cop mulut murai bertanya, "Kenapa boss selalu pandang telefon, tunggu awek call ke?"
"Haha..memang saya menunggu seseorang pun." balas Danish sambil mata masih melekat dekat telefonnya. "Oh jadi betullah bos dah ada awek." Ujar Faris sambil menganggukkan kepalanya. "Kamu ni memang jenis nak tahu semua ye..Hahaha" gelak Danish geli hati. Pertama kali berjumpa dengan staff yang tak takut untuk bercakap dengannya depan-depan.
"Tapi kamu kira berani juga lah ye turun sorang-sorang, selalunya orang yang pertama kali datang ni takut nak berjalan sorang." kata Danish sambil bermain dengan telefonnya. Ya dari duduk sampai sekarang, matanya tidak boleh beralih dari memandang gambar gadisnya. Ya gadisnya.
"Hahhaha. Saya jenis suka meneroka boss. Dulu kalau dekat sekolah pergi bercuti memang kaw-kaw saya berjalan sampai kena marah dengan cikgu saya. Ni bila dapat peluang jejak negara lain memang haishh seronok tak terkata lah." cerita Faris tanpa segan silu. Danish hanya mengangguk kepalanya mengiakan bahawa Faris memang nampak sebagai free spirit.
Lalu mereka berdua terus bertukar cerita dan Danish sangat selesa untuk berbual dengan staffnya yang satu ini. Masa terus berlalu dan tanpa disedari mereka berdua sudah lama berada di restoran itu.
"Lama juga kita duduk sini. Saya rasa kita dah boleh naik kut boss." ajak Faris seperti mengajak kawan lama. Danish melihat jam yang berada di pergelangan tangannya. "Hmm lama juga kita duduk sini." Selepas mengiakan ucapan Faris lalu mereka berdua berjalan menuju ke lift untuk naik ke tingkat 11 menuju ke bilik mereka.
"Saya masuk dulu ye boss. Hmm..lain kali kalau boss nak lepak tapi tak ada orang ajaklah saya." ujar Faris sambil tersengih dan menggaru kepalanya. "Hahaha. InsyaAllah." jawab Danish.
"Eh saya ajak tu buka dekat Jepun je. Dekat Malaysia pun kalau boss bosan rasa keseorangan, ajaklah saya.Hehehe." sambung Faris lagi. "Baiklah." jawab Danish. Buat pertama kali dia rasa selesa untuk berbual panjang dengan seseorang. Walaupun dia ramai kawan tapi kawannya ramai yang jenis kaki kelab.
Tanpa disedari, Faris menjadi kawan pertamanya yang rasional dari kawan-kawannya yang lain.
YOU ARE READING
Devil Love
Romance"Abang,adik tak nak.Tolonglah!." mohon seorang gadis terisak-isak kepada tubuh yang berdiri di hadapannya.Tubuhnya yang terkurung di antara tangan kekar lelaki itu menghalangnya untuk melarikan diri. "Erm..wangi."ujar lelaki itu sambil menghirup bau...