"Assalamualaikumm..." laung Ayen dari luar pagar. "Ada orang tak kat rumah kau ni Yen ?" tanya Joe sambil melihat sekeliling. Sunyi jer..
"Mama kata Mak Temah ada. Dia kat dapur kut tak dengar. Kau lah menjerit macam perempuan. Bagilah salam macam lelaki sikit." balas Ayen bersahaja. Joe yang mendengarnya hanya menjengilkan matanya geram.
"Assalamualaikumm..Mak Temah. Oooo Mak Temah." jerit Ayen sekali lagi dengan sekuat hati. Joe pun turut berteriak memanggil nama Mak Temah sampai terkeluar anak tekaknya. "Agaknya Mak Temah tidur ni Yen. Dah lah kau tidur rumah aku je lah. " Ujar Joe sambil ingin masuk ke dalam perut kereta lagi.
"Eh kau sesedap coklat jer kau nak suruh aku tidur rumah kau. Kalau mak bapak kau ada okay lagi. Ni kau sorang..Tak pasal-pasal kawin free aku." bidas Ayen. "Hish tak ingin aku kawen dengan kau." sambungnya lagi sambil membuat muka jijik dan tidak berpuas hati.
Tiba-tiba pagar terbuka dari dalam dan terjengullah kepala seorang wanita yang bertudung. "Eh Ayen. Bila sampai ni?" tanya Mak Temah sambil berlari anak-anak ke arah Ayen. Dipeluk tubuh Mak Temah melepaskan rasa rindu.
"Tadi lagi. Ayen panggil Mak Temah sejuta kali. Mak Temah tak menyahut pun." rajuk Ayen. "Ya Allah yang menjerit tu kenapa? Kan ada loceng tu..tekan lah." balas Mak Temah. "Lagipula Mak Temah solat asar tadi. Nasib baik Mak Temah tergerak hati nak jenguk ke luar. Kalau tak sampai malam lah kamu kat luar.
"Allah. Ayen lupa lah ada loceng..hehehe" balas Ayen bersahaja. "Ha kau lupa lupa..semua nak lupa. Ni tekak aku ni siapa nak rawat dah kering menjerit nama Mak Temah jer." celah Joe sambil memegang tekaknya yang kering. "Eh adik Joe pun ada? Ha jom masuk lah. Mak Temah buat air sejuk. Jom jom." Ajak Mak Temah sambil mengheret lengan Ayen masuk ke dalam rumah.
"Ehh tunggulah Joe. Ni barang ni siapa nak tolong punggah ni?" tanya Joe sambil menunjukkan barang-barang Ayen yang berada dalam bonet dan perut kereta. "Kamulah siapa lagi? Kamu kan lelaki." balas Mak Temah bersahaja.
"Eh macam tu pula..Ye lah ye lah. Siapalah saya ni kan.." ujar Joe dalam nada sedih. "Hahahah Mak Temah gurau jer.. Kamu masukkan punggung kereta ke dalam senang sikit nak mengangkutnya." balas Mak Temah.
Sambil Joe memarkirkan keretanya bawah garaj rumahnya, Ayen memandang sekeliling. 'Kereta tak ada. So line clear.' monolog hati Ayen lega.
"Oh ye Encik Danish tak ada. Dia dah lama tak balik sini sejak Datin, Datuk dan kamu tak ada kat rumah." kata Mak Temah apabila melihat Ayen yang memandang sekeliling. "Hehehe Mak Temah ni macam tahu tahu jer. "Mak Temah ni dah jaga kamu dengan Danish tu dari kecil. Dah faham sangat kamu berdua ni.
"Dia memang tak balik ke Mak Temah?" "Sepanjang Mak Temah balik sini semula memang dia tak ada balik. Haritu Mak Temah rasa dia kena pergi luar negara rasanya. Lepastu dah tak dengan kabar dia. "Ohh okay lah macam tu."
"Oii Ayen tolonglah angkat barang kau ni. Bekerjasama tu lagi mudah, senang dan cepat tau." panggil Joe dengan kedua belah tangan yang memegang barang Ayen. "Ye ye.. membebel jer kerja kau." Ayen lalu bergerak menolong Joe mengangkat barang-barangnya masuk ke dalam rumah. Mak Temah sudah masuk ke dalam rumah untuk membuatkan air kepada Joe dan Ayen.
Setelah selesai mengangkat barang-barang asrama Ayen, mereka bertiga berehat di bawah pondok di kebun Datin Amira dengan air orange sejuk dan cucur udang buatan Mak Temah. "Erghh.. lega tekak saya setelah pekena air Mak Temah yang mujarab ni." kata Joe setelah menghabiskan bergelas-gelas air orange Mak Temah.
"Alhamdulillah. Tak sia-sia Mak Temah jampi kat dapur." balas Mak Temah.
Tersedak Joe dengan Ayen mendengar kata-kata Mak Temah. Empat mata terus memandang Mak Temah dengan serius. "Hish gurau je lah. Mak Temah baca bismillah jer tadi."
"Fuhh risau Ayen." Air orange di dalam gelas diteguk habis. Cucur udang diambil lalu dimakan dengan gembira. 'Dah lama tak makan makanan dari rumah.'
"Oh ye.. Bila mama papa nak balik Mak Temah?" tanya Ayen sambil tangan tidak berhenti mengambil cucur udang yang berada dalam pinggan itu. Joe pun sama, mulut sudah berhenti bercakap tapi sibuk makan.
"Hmm.. Tak pasti juga Mak Temah. Katanya tak puas lagi bercuti luar negara tu. Tapi mungkin dalam masa terdekatlah. Anak perempuan dia kan dah habis belajar. Mestilah nak balik luang masa dengan anak daranya.
"Baru habis sekolah menengah Mak Temah bukan degree lagi." "Hahaahaha.."
"Ayen, Mak Temah.. Joe balik dulu lah. Nampak cuaca dah gelap ni, takut pula nak balik dalam hujan nanti. " ujar Joe sambil meminta diri untuk pulang ke rumah. "Alasan." ujar Ayen.
"Hahahah ye baiklah. Hati hati bawa kereta tu. Terima kasih lah ambil dan hantar anak Mak Temah ni." ujar Mak Temah dengan mengaku Ayen tu anaknya. Terharu Ayen dibuatnya apabila Mak Temah menganggapnya sebagai anak. Terus dipeluk tubuh Mak Temah dengan erat.
"Ha nak sedih sedih pula. Aku nak balik ni. Hantar lah depan." Ujar Joe sambil menolak tubuh Ayen. "Hish sibuk je." balas Ayen dengan geram tapi masih lagi berdiri nak hantar Joe ke depan.
Sampai dekat kereta Joe, Ayen ucapkan terima kasih dekat Joe sambil menumbuk bahu kanan Joe. "Hish sakitlah. Ni nak berterima kasih ke nak tumbuk betul ni." ujar Joe bergurau, "Sama-sama. Itu barulah namanya sahabat."
"Hehehe. Thanks bro. Lain kali aku belanja makan." kata Ayen sambil mengangkat keningnya. Dia tahu Joe ni pantang betul dengar perkataan belanja ni. "Hah yang ni aku sokong, suka,cinta. Nanti set masa okay. Aku gerak dulu"
"Okay. Byee." Setelah bayangan kereta Joe hilang dari pandangan matanya. Ayen terus menutup pagar rumahnya dengan remote control lalu menuju ke biliknya untuk mandi dan rehatkan badan sebelum mengemas biliknya.
"Ayen.. kamu mandi pastu rehat yer. Nanti Mak Temah panggil kamu untuk makan malam." ujar Mak Temah lalu Mak Temah terus berjalan masuk ke dapur dengan membawa gelas-gelas kotor.
Pintu biliknya dibuka. 'Ahh rindunya bilik aku.' kata hati Ayen. Badan yang penat terus dihempaskan atas katil lalu matanya meliar memandang penjuru biliknya. Tidak berubah. Lalu matanya terus melekat dekat kipas yang berpusing perlahan itu sampailah Ayen menutup matanya tertidur.
Author's : So hai semua. Alhamdulillah KK dah dapat balik laptop KK selepas dua tiga bulan tanpa laptop. Nak buat kerja pun susah. But, KK mungkin hadapai masalah masa juga nak write this story but KK akan try. REASON? Because it is my hectic week and KK ada satu sem lagi nak habiskan degree. Wish me well semua. Happy Reading !
YOU ARE READING
Devil Love
Romance"Abang,adik tak nak.Tolonglah!." mohon seorang gadis terisak-isak kepada tubuh yang berdiri di hadapannya.Tubuhnya yang terkurung di antara tangan kekar lelaki itu menghalangnya untuk melarikan diri. "Erm..wangi."ujar lelaki itu sambil menghirup bau...