From : shinnnnn
+ This message was deleted
+ This message was deleted
+ Kita putusTerketar-ketar tangan Junkyu apabila membaca mesej daripada teman wanita, Seo Shin. Dengan segera, dia terus mendail nombor gadis itu. Mahu mencari sebab kenapa gadis itu meminta putus daripada dirinya. Melalui aplikasi mesej pula tu.
Setahu Junkyu, setakat ini hubungan mereka berdua baik-baik sahaja tanpa sebarang pergaduhan.
Nak kata Shin mempunyai lelaki lain, gadis itu jarang bergaul dengan lelaki-lelaki lain termasuklah rakan sekelas mereka sendiri. Junkyu seorang sahaja lelaki yang rapat dengan Shin.
Junkyu berdecit perlahan apabila operator yang menjawab panggilannya. Dia terus mendail nombor Seo Shin tanpa berputus asa.
"Tolong angkat telefon, Shin-ahh."
"Jebal."
"Jebal Shin-ahh."
"Nombor yang anda dail tia-"
Nombor milik Shin didail lagi buat kali ketiga tanpa mengenal erti putus asa. Keutamaan Junkyu cuma satu, dia mahu mendengar kata putus itu daripada mulut Shin sendiri.
Junkyu tidak percaya dengan mesej tersebut selagi tidak mendengar kata-kata diucapkan oleh mulut Shin. Terdapat banyak perkara musykil tentang mesej yang baru sahaja dihantar oleh Shin.
Mengapa dua mesej yang sebelumnya dibuang?
Takkan ada typo sehingga dua mesej tersebut dibuang?
Kalau sedikit typo itu Junkyu faham tetapi Shin yang Junkyu kenal bukanlah seseorang yang suka membuang mesej disebabkan typo.
Junkyu menjadi ragu.
"Nombor yang anda dail tia-"
Sekali lagi, suara operator menyapa telinganya. Junkyu terus menamatkan panggilannya. Telefon pintar yang berada di dalam genggamannya direnung sedalam-dalamnya.
"Shin, betul ke awak yang minta putus?"
"But, why? Saya tak pernah buat salah dengan awak."
"I hate you, Seo Shin. I really hate you!"
Tbc
YOU ARE READING
[C] Beautiful Breakup | Junkyu
Fanfiction"Kita putus." Disebabkan itu, Junkyu membenci gadis itu selama dua tahun tanpa mengetahui sebab yang sebenar. ● short story Start: 25.11.21 End: 25.11.21