From : hoon
+ Teman aku pergi ke sebuah tempat esok.
+ Kau wajib kena teman aku.
+ Aku tak nak orang lain.Junkyu mengeluh lemah. Disebabkan mesej daripada Jihoon itu, dia berada di dalam kereta Jihoon di saat ini.
Sudah hampir lima hari majlis reunion itu berlalu. Hyunjin dam juga Seokhwa sudah menghantar mesej kepada dirinya untuk meminta maaf kerana sikap tidak matang mereka di majlis itu.
Junkyu tidak kisah pun tapi Hyunjin dan Seokhwa yang beria-beria untuk meminta maaf kepada Junkyu. Akhirnya, mereka membelikan Junkyu dua helai baju sebagai tanda maaf.
Agak pelik juga lah Junkyu dibuatnya kerana Hyunjin dan Seokhwa memohon maaf sehingga membelikan baju. Namun, Junkyu hanya mengambil pemberian mereka berdua. Maklumlah, rezeki jangan ditolak.
"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" soal Junkyu setelah hampir lama membisu.
"Ada lah. Kau tengok je nanti."
"Pelik-pelik je kau ni. Jangan bawa aku pergi blind date sudah. Memang aku blah je nanti."
Ugutan daripada Junkyu membuatkan Jihoon menggelengkan kepalanya laju tanda tidak. Tidak kuasa dia mahu bawa Junkyu ke blind date. Dia pun masih tidak berpunya. Kalau dia ada blind date, dia takkan mengajak Junkyu. Mengacau sahaja date orang.
"Kalau bukan blind date, pergi mana?" soal Junkyu lagi seakan-akan tidak berpuas hati. Riak wajahnya juga bertukar muram kerana tidak berpuas hati dengan Jihoon.
Susah sangat ke Jihoon mahu memberitahu destinasi mereka? Sudahlah menganggu hati cutinya. Sepatutnya hari ini dia boleh berehat di atas katil sepanjang hari tetapi disebabkan Jihoon, dia terpaksa membatalkan aktiviti tersebut.
Jihoon mengeluh lemah. Dia teragak-agak mahu memberitahu destinasi mereka.
"Tanah perkuburan."
Jihoon akhirnya membuka mulut.
"Aku nak lawat orang yang aku kenal kat sana. Dah lama tak datang melawat dia." ujar Jihoon, sebak.
Junkyu terus mendiamkan dirinya apabila mendengar suara Jihoon yang sudah bertukar muram itu. Dia terus mengalihkan wajahnya ke tepi tingkap.
Biarlah Jihoon menenangkan dirinya terlebih dahulu. Pasti, Jihoon mahu melawat orang yang disayangi di tanah perkuburan itu.
Tbc
YOU ARE READING
[C] Beautiful Breakup | Junkyu
Fiksi Penggemar"Kita putus." Disebabkan itu, Junkyu membenci gadis itu selama dua tahun tanpa mengetahui sebab yang sebenar. ● short story Start: 25.11.21 End: 25.11.21