Two years later-
Junkyu menggigit sebuku roti yang berada dalam genggaman tangannya. Sebelah tangan lagi sibuk menulis nota daripada slide pensyarahnya sebentar tadi.
Sudah dua tahun berlalu sejak Seo Shin meminta putus. Selama dua tahun ini juga, Junkyu menyimpan denda dan membenci gadis itu.
Disebabkan kejadian itu, dia mula belajar bersungguh-sungguh. Dia mahu menunjukkan bahawa dia boleh berjaya tanpa kehadiran gadis itu di sisinya.
Kim Junkyu bukanlah seorang pelajar yang cemerlang malah lebih teruk. Ya, dia berada di dalam kelas nombor satu tetapi dia selalu mendapat nombor terakhir di dalam kelasnya. Dalam erti kata lain, dia pelajar paling bodoh di dalam kelasnya.
Lain pula bagi Seo Shin. Gadis itu sentiasa mendapat nombor satu dan sentiasa dipuji-puji oleh guru-guru.
Apabila mereka berdua mula menjalinkam hubungan, Shin tanpa jemu mengajar Junkyu. Gadis itu langsung tidak mengeluh apabila Junkyu tidak mengetahui perkara yang asas dalam sesuatu subjek. Malah, Shin siap memberikan kata-kata semangat kepada Junkyu.
"You can do it, Junkyu!"
"Awak bukan tak pandai, awak cuma lambat tangkap sahaja."
"Kalau awak tak faham, awak tanya je saya. Saya akan tolong."
Hanya Shin yang mempercayai Junkyu disaat lelaki itu jatuh. Secara perlahan-lahan keputusan peperiksaan Junkyu bertambah baik kerana Shin.
Junkyu menggelengkan kepalanya apabila teringatkan perkara lalu. Tangannya menampar pipinya perlahan.
Dia sudah bertekad mahu melupakan Seo Shin.
YOU ARE READING
[C] Beautiful Breakup | Junkyu
Fanfic"Kita putus." Disebabkan itu, Junkyu membenci gadis itu selama dua tahun tanpa mengetahui sebab yang sebenar. ● short story Start: 25.11.21 End: 25.11.21