Hujan.
Malam itu kelihatan suram disebabkan hujan.
Namun, jalan yang licin dan basah langsung tidak diendahkan seorang remaja lelaki yang sedang berlari itu. Nafasnya mula tersekat-sekat kerana hampir setengah jam dia sudah berlari tanpa henti.
Bunyi siren semakin samar-samar, memberitahu bahawa dia berjaya meloloskan diri dari beberapa polis yang mengejarnya. Mungkin berjaya, harapnya.
Laluan pejalan kaki itu dilintas tanpa melihat kiri dan kanan.
Rambut panjangnya yang diikat dengan gaya pigtail braid kini sudah basah dan kelihatan tak terurus. Wajahnya comot dengan kotoran puncanya dari pergelutan yang dia sertai tadi. Untung, dia berjaya melepaskan diri.
Lelaki yang dikenali dengan nama gelaran King of Roponggi itu kini tidak kelihatan sama tinggi dengan namanya. Lagipun, dia di Yokohama bukan Roponggi. Ini bukan daerah jajahannya.
Haitani Ran memasuki kawasan yang lebih gelap, dengan niat mahu menyembunyikan diri. Dengan keadaannya sekarang ini, lemah dan penat, dia tahu dia tak boleh berlawan lagi.
" These police... fuck! " Lelaki itu memperlahan lariannya.
Dia lihat sekeliling. Cuba untuk membiasakan diri dengan kawasan yang agak sunyi itu.
Dia masuk ke salah satu lorong kecil yang ada disitu, namun kakinya tersadung sesuatu. Dengan refleks pantas, Ran melangkah ke belakang sebelum dia terjatuh.
Cuba stabilkan diri dan kembali berdiri tegak, Haitani itu tersedar dia tersadung seseorang, bukan sesuatu.
Satu susuk muncul dari kegelapan lorong itu, cahaya bulan tengah malam dibantu dengan lampu jalan yang samar-samar melihatkan figura seorang gadis.
Ran terbungkam diam.
Gadis itu berambut hitam, namun kusut. Wajahnya penuh kesan luka dan calar ringan, satu bandage terlekat di pipi kanannya. Mata layu, pandangan kosong tanpa perasaan. Hujung bibir ranum merah tetapi kering itu terdapat satu luka kecil yang masih berdarah. Pakaiannya compang-camping, dengan jumpsuit berwarna oren yang lusuh dan kotor. Yang paling jelas, mata kuyu itu kelihatan sedikit merah dan bawah matanya terdapat eyebag yang agak jelas kelihatan.
Darah kering datangnya dari dahi dia yang ditutupi surai rambut hitam memberitahu bahawa gadis ini baru sahaja melalui pergelutan yang agak serius.
Satu tag nombor terlekat di bahagian dada baju itu.
01895.
Penampilannya lebih tidak terurus dari Haitani Ran sendiri.
Entah mengapa, nafas Ran terhenti dan dia merasakan jantungnya berdegup kencang. Mata warna ungu-nya memandang mata berwarna hazel milik gadis itu.
Walaupun dengan penampilan begitu, gadis tersebut masih kelihatan cantik apatahlagi dibawah cahaya bulan yang samar-samar.
" Oh. "
Hanya itu yang keluar dari mulut sang gadis, saat dia tersedar dia terlanggar lelaki yang kini berdiri dihadapannya itu.
" Beautiful... "
Tanpa sedar, Ran menutur dengan perlahan namun cukup untuk gadis tersebut dengar.
Mata hazel itu terbeliak untuk seketika, sebelum kembali memandang jalan tar yang kini basah disebabkan hujan.
" Thanks. "
Tanpa ekspresi apa-apa, gadis itu berkata sebelum memusingkan badannya. Mahu beredar.
Y/N tidak pernah dipuji oleh orang lain sebelum ini.
Lelaki itu...
Adalah yang pertama.
YOU ARE READING
[C] MIDNIGHT LOVE | Haitani Ran
Fanfiction" I can't help myself..." " It's only the police, that ever come looking for you, " " Are you falling in love? " " I've the feeling you are. " ••• That night is when, Haitani Ran was running from the cops but then he met a druggie who escaped juvie...