Riuh dan sesak.
Itu yang Haitani Ran rasakan saat dia melangkah masuk ke kelab malam itu. Sudah tentu tumpuan kini kebanyakannya terarah pada dia.
Dia ialah Haitani Ran sendiri, seorang yang sangat berkuasa di dunia jenayah Jepun.
Matanya ternampak susuk seseorang. Gadis yang memakai dress singkat berwarna merah jambu, sedang berdiri di hujung bar. Ditangannya, terdapat secawan alkohol dan wajah cantik itu sedang tersenyum lebar sambil berbual dengan seorang lelaki lain. Pelanggan, mungkin?
" Mary. "
Mary, menoleh dan matanya membesar saat melihat Ran yang kini sedang berdiri dihadapannya.
" H-Haitani-san! Y-you're here? D-do you need a girl— "
Mary Surime, perempuan paling lama bekerja di kelab malam itu dan membuatkan dia lah ketua gadis-gadis yang bekerja disitu. Orang yang paling tepat untuk bantu Ran, kerana sudah tentu Mary kenal semua gadis-gadis yang bekerja dibawahnya.
" Hazel. Hazel Kazumi. Kazumi Y/N. Kau kenal nama ni? "
Mary yang masih terkejut dengan kehadiran tiba-tiba lelaki itu, cuba untuk menenangkan diri.
" Sekejap— "
" Cepat, Mary! Atau aku bunuh kau sekarang juga. Mana perempuan tu? Aku tahu kau kenal dia. "
Wajah eksekutif Bonten itu kini jelas kelihatan tidak sabar dan bengang. Satu langkah salah sahaja, mungkin kata-katanya akan menjadi benar dan Ran akan bunuh sesiapa sahaja yang melengahkan masa dia.
" Dia cuti hampir seminggu dan jarang keluar dari bilik dia! Hanya itu yang aku tahu, Haitani-san. M-mungkin dia sedang sembunyikan diri disebabkan kejadian dimana dia bunuh ahli Bonten. Aku juga dah lama tak nampak Hazel. "
Terketar-ketar Mary menjawab.
" Where's her room? Let me go there myself. Dan Mary, "
" Go arrange a session for me with her. I want a whole night with Hazel. "
" H-Haitani-san tapi— "
Namun melihat mata ungu itu yang menakutkan, Mary menelan kata.
•••
Ran mengekori langkah Mary, kadangkala gadis berambut blonde itu mengerling lepas bahunya untuk meyakinkan diri yang eksekutif Bonten itu memang betul-betul ada.
Riak wajah Ran kosong. Koridor dengan banyak pintu itu disusuri, kadangkala bunyi yang tak menyenangkan bercampur dengan muzik bising tetapi samar-samar kelab malam tersebut membuatkan lelaki tinggi itu mencebik kecil.
Dapat Ran lihat, di hujung koridor itu ialah cermin dari lantai ke siling, menampakkan suasana malam bandar Tokyo. Kelab malam ini ialah salah satu aset penting Bonten, di bawah seliaan Kokonoi Hajime. Tidak anehlah bahawa segalanya nampak mewah dan mahal.
" Hey! Jangan lari— damn it! "
Bunyi kaca pecah memeranjatkan kedua Ran dan Mary. Mary terlompat kecil, Ran secara refleks memegang senjatanya yang sentiasa dibawa disebalik suit yang dipakai.
BBANG!
Mary menjerit, lalu jatuh terduduk sambil menekup kedua telinganya. Ran menyumpah dibawah nafas tatkala bunyi tembakan itu kedengaran. Pistolnya dikeluarkan.
Dan salah satu pintu bilik dihadapan mereka dibuka dengan kasar.
Susuk seorang gadis, memakai dress kimono singkat namun sudah koyak rabak dan compang-camping keluar dari bilik tersebut. Seluruh tubuhnya dipenuhi darah dan kesan luka, rambut sepanjang paras pinggang yang diwarnakan blonde putih itu kelihatan kusut masai. Tangan kanan menekup lengan kirinya, yang terdepat kesan tembakan dan darah yang keluar tanpa henti.
YOU ARE READING
[C] MIDNIGHT LOVE | Haitani Ran
Fanfiction" I can't help myself..." " It's only the police, that ever come looking for you, " " Are you falling in love? " " I've the feeling you are. " ••• That night is when, Haitani Ran was running from the cops but then he met a druggie who escaped juvie...