Masa seakan-akan terhenti.
Badan Kazumi Y/N terhuyung-hayang, beberapa tembakan yang terkena cermin dibelakangnya membuatkan cermin itu semakin retak. Gadis itu hanya mahu mencari permukaan untuk menyandarkan badan yang semakin terasa tidak bermaya, namun siapa sangka cermin tersebut akan pecah sepenuhnya?
Semua yang disitu terbeliak, ianya berlaku dengan sangat pantas.
Namun bukan di mata Haitani Ran. Di matanya, semua masih berlaku secara perlahan.
Tubuh gadis itu jatuh, dari bangunan. Beberapa kaca tertusuk di lengannya, darah semakin banyak.
" Y/N!!! " Ran menjerit kuat, berlari ke arah cermin kaca tersebut namun terlambat.
Satu bunyi kuat membuatkan Ran rasa jantungnya dipagut kasar. Fikirannya kosong. Sanzu mengekori, dan kedua ahli tertinggi Bonten itu menjenguk keluar.
Dan di lantai hadapan pintu masuk kelab malam, sekujur tubuh sudahpun terbaring.
Beberapa jeritan kedengaran, datangnya dari pengunjung kelab malam tersebut akibat rasa terkejut dan takut saat satu tubuh jatuh dari bangunan itu.
" N-n-no! "
Ran berlari keluar.
•••
" M-mustahil... "
Beberapa orang mula mengelilingi tubuh kaku itu.
Ran menolak orang disekelilingnya, dan berlari ke arah tubuh Y/N. Dia terjatuh melutut.
Hilang kata, fikirannya kosong. Tubuh Y/N dibaringkan dengan gadis itu merenung langit malam dengan mata jernihnya. Cahaya kehidupan perlahan-lahan mula pudar dari mata berwarna coklat hazel itu.
" Ran... "
Dengan tangan yang menggigil, Ran mencapai tangan sejuk sang gadis. Mindanya masih cuba proses segalanya.
Dia baru sahaja berjumpa semula dengan gadis yang dicarinya selama ini, namun mengapa pertemuan mereka sebegini sekali?
" Ran... " Suara itu berbisik.
Dengan tenaga terakhir yang dia ada, dia perlahan-lahan menyentuh wajah Ran.
" Healthy... Y-you look so healthy... Live well, Ran-san. "
Sama. Ucapan yang sama seperti kali terakhir mereka berpisah. Yang berubah hanya nama yang dipanggil oleh gadis itu.
Ibu jari yang tadi basah dengan darah, kini basah dengan air mata lelaki itu. Dengan kudrat yang ada, Kazumi Y/N cuba untuk mengelap cecair jernih itu.
" Call...call me beautiful again... Ran... Y-you're- the first one that ever called me that... I-I want to hear it for the—last ti-last time. "
Mata yang tadi merenung milik lelaki tersebut, kini memandang langit malam Tokyo yang suram tanpa bintang.
" Beautiful. Cantik, kau sangat cantik, Y/N-san. "
Tangan itu jatuh dari wajah Ran.
" You still the prettiest girl I've ever seen, Kazumi Y/N. "
Dengan senyuman terakhir, Y/N memejamkan matanya. Nafasnya terhenti, dadanya berhenti turun-naik.
" N-no-no!!!! "
Haitani Ran mengangkat dan mendakap tubuh kaku itu ke pelukannya, dia sudah tidak kira. Tangisannya kedengaran.
Suit mahal yang tersarung di tubuh kini dikotori darah milik gadis itu namun dia sudah tidak kisah.
" K-Kazumi, bangun! Aku akan panggil kau cantik setiap hari lepas ni, jadi kau patut bangun!!! Kazumi Y/N! Damn it, wake up! Kazumi, Kazumi! Y/N!!!! "
Ran berteriak, namun hampa.
Kerana Kazumi Y/N yang dipanggilnya dengan sepenuh jiwa, sudah tiada.
Pertemuan semula mereka selepas 12 tahun? Ianya adalah satu tragedi sekelip mata. Kejamnya dunia, adakah ini karma atas perlakuan jahat Haitani Ran selama ini?
Kalau iya, ianya sangat menyakitkan. Jiwa dan hati Haitani Ran dipagut dengan kasar malam itu.
" Aku tak percaya akan kewujudan Tuhan. Tapi kalau benar dia ada, tolong, aku mohon. Beri peluang terakhir untuk Kazumi Y/N kembali. Pertemuan semula kami terlalu sekejap, ianya sungguh tak adil. "
Tubuh itu didakap dengan lebih erat ke dadanya, mata cuba dipejamkan. Air matanya tidak berhenti daripada luruh.
YOU ARE READING
[C] MIDNIGHT LOVE | Haitani Ran
Fanfiction" I can't help myself..." " It's only the police, that ever come looking for you, " " Are you falling in love? " " I've the feeling you are. " ••• That night is when, Haitani Ran was running from the cops but then he met a druggie who escaped juvie...