1 x 1

116 10 5
                                    

NURIN Rumaniaz mengincarkan kepala sedikit melalui tingkap kereta. Untung jasad kali ini tidak menjadi santapan lama mata manusia-manusia lain. Sengaja kereta diparkirkan di bawah pokok redang. Agak tertutup tentunya. Sekaligus, sengaja mahu mengelak daripada menjadi serbuan orang ramai.

Kalau manusia-manusia lain sudah dapat melihat bayang keretanya, sudah tentu dia akan diserang dengan pelbagai persoalan tentang itu dan ini. Membosankan. Dan, menyakitkan hati.

Padah, kala menjadi anak angkat kepada sebuah organisasi keluarga yang bisa dikatakan sebagai gah, juga berkuasa. 

Tudung bawal yang menutup kepala dikemas-kemaskan. Sekejap-sekejap dia mengangkat sedikit punggung agar dapat melihat jelas wajah melalui pantulan cermin padang belakang. Mahu menyamai ketinggian. Sekejap-sekejap dia tertunduk-tunduk juga membetulkan awning tudung. Tidak tenang hati. Jiwa sebenarnya sudah dirodok-rodok. Sekonyong-konyong jantung juga melantun kuat.

Melihat pada manusia-manusia yang sedang duduk di perkarangan rumah itu, Nurin spontan gementar. Takut. Risau. Macam doh digulung-gulung. Begitulah hatinya sekarang. Digulung-gulung macam ribut taufan. Macam dihayun-hayun tinggi.

Nurin mengeluh kasar. Sesaat, dia cuba menstabilkan nafas. Perlahan-lahan nafas yang kencang itu berubah rentak kepada tenang. Pantang bertemu orang ramai, perasaan gemuruh akan menyerbu. Sudah menjadi sebati rasa kebenciannya untuk bertemu orang ramai dalam tubuh badan. Kalau mahu dipisahkan memang tidak boleh. Sudah kekal menjadi urat darah dalam jasad. Kalau boleh, dia tidak mahu bertemu dalam keramaian begini.

Namun, pada hari ini. Terpaksa jualah dia kubur-kuburkan prinsip benci itu. Menjejak ke kampung atas arahan manusia-manusia kesayangannya. Atas permintaan opah yang meminta mereka sekeluarga untuk datang melawat.

"Nur datang tahu? Opah tunggu, papa tunggu. Adik pun tunggu. Walaupun kita hidup di Kuala Lumpur dan dalam bandar yang sama, tapi susah sangat nak jumpa anak mama yang ini. Mama harap, Nur tak kecewakan mama. Kita jumpa dekat kampung. I miss you, sayang." 

Dan-dan, mengiang-ngiang pujukan mama satu minggu nan lalu. Meminta Nurin supaya pulang ke kampung kerana opah mahu melaksanakan kenduri khusus untuk Qhairiyyah yang baharu sahaja menamatkan pengajian di Singapura. 

Nurin Rumaniaz menarik nafas panjang. Dihirup udara kuat-kuat sebelum dilepaskan. Diulang berkali-kali perbuatan itu. Jangan dia pengsan, sudahlah.

Beberapa minit, Nurin Rumaniz sudah menjejakkan kaki di atas tanah. Lama dia berdiri di atas permukaan yang berdebu itu. Permukaan yang nyata dan statik lagi kukuh. Tapi, kenapa seorang Nurin Rumaniaz rasa seperti berdiri di atas air? Sebabnya, seolah-olah dia sudah tenggelam ke dalam air. Lemas. Tidak cukup nafas. Dan, tidak pandai berenang.

Ya Tuhan, semoga dipermudahkan.

Doa yang dipanjat tika ini.

Usai mengunci pintu kereta, langkah ditaat. Seketika, langkah kukuh berhenti apabila konti suara garau menyapa persisiran telinga. Tidak perlu berpaling, dia sudah cukup kenal akan nada irama itu. Nada yang sinis dan dingin. Lagi satu, beku.

Bayangkan di minda anda-anda semua, jikalau ketiga-ketiga kata itu digabungkan? Haa, huru-hara kesudahannya. 

"Baru jumpa jalan balik? Ingatkan dah sesat. Atau mampus?"

Nurin Rumaniaz tergelak kecil. Bukan gelak suka. Lebih menjurus kepada gelak sinis, yang cukup menghuni kedua-dua jasad itu. Cukup panas. Untung tidak menjadi perhatian orang ramai. Saat ini, memang Nurin Rumaniaz mahu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pokok-pokok yang besar gedabak ini sebab mampu menutup mereka berdua daripada pandangan manusia lain.

Mrs. Quthni AtallahWhere stories live. Discover now