Bab 2

74 6 3
                                    

"CUCU Opah Dawa, ya?"

Satu suara garau yang menyapa persisiran telinga membuatkan Nurin memalingkan kepala. Mata kukuh memerhati empunya suara tersebut. Hujung bibir dikanyur sedikit ke atas, menghantar senyuman nipis. Ni siapa pula? 

"Ha'ah. Cucu opah," Nurin menjawab bagi balasan yang dituntut oleh jejaka di hadapan layar mata. 

"Saya Thaqif. Dan, awak?" soal Thaqif berhati-hati sembari melabuhkan duduk di sisi Nurin. Juga berjarak. Juga bersila. 

'Tapi, saya tak ada mood nak berkenalan sekarang ini," itu koherensi yang disambung dalam hati. 

Seketika, kepala dialihkan menoleh ke hadapan kembali. Tadi, Nurin merancang dia mahu mengambil angin sambil berjalan-jalan mengelilingi kampung. Namun, melihat kepada cuaca yang sama sekali tidak menyokong perancangannya, terpaksa jua dia kuburkan niat.

Sudahnya, dia hanya duduk di atas pangkin. Berdekatan pokok mangga rumah. 

Pokok-pokok mangga tersebut ditanam sebanyak lima batang di situ. Sudah besar-besar. Bahkan, Nurin yakin, diameter pokok mangga juga sudah tidak bisa diukur. Di sisi pokok mangga yang berbaris elok, terdapat sebuah taman kecil berwarna-warni. Bunga kertas putih, bunga kertas ungu dan bunga matahari juga turut ditanam. Pangkin pula, dibina di antara pokok-pokok mangga tersebut. 

Di hadapan pangkin, ada sebuah jalan berbentuk ular dengan batu koral hitam dan juga batu koral coklat. Ditaburkan di situ sehingga menghala dan berakhir pada titik terakhir iaitu tangga rumah moden klasik opah. Pagar kayu jati turut disusun elok-elok di sisi taman hiasan bersama bunga-bunga palsu nan menjalar. 

Pada bucu rumah opah pula, juga terdapat sebuah kebun untuk opah memperoleh hasil, serta sebuah kolam kecil. Di setiap sisi kolam, lampu hiasan berbentuk sayur sawi turut diletak bagi menambah keceriaan. Nurin mengulum senyum melihatkan ke semua itu. Ketenangan yang mahal. 

"Patutlah baru nampak," balas jejaka itu apakala menyedari bahawa Nurin tidak mahu menjawab soalan. Dia hanya tersenyum nipis.

"Selama saya ada pergi rumah opah Dawa, tapi tak nampak pula awak. Mama papa awak adalah," Thaqif menyambung sembari mengulum senyum manis. 

Nurin jadi kelip-kelip mata. "Huh? Ya, saya lewat datang semalam. Ada urusan nak kena selesaikan terlebih dahulu," Nurin membesuk pada senyuman lebar Thaqif tersebut. Perlahan-lahan, dia jatuhkan kepala. 

Bagaimanakah organisma-organisma di atas muka bumi ini bisa mengukir senyum lebar-lebar sebegitu? Nurin juga mahu lalui perihal tersebut. Perlahan-lahan, rongga nafas ditarik dalam-dalam dan kemudian dilepaskan. 

Sekarang, ada satu sosok laki-laki pula yang menyapa dia. Nurin melepaskan keluhan kecil. Meringik dalam diam. Tuhan benar-benar menguji dia. Sudah tidak suka bercakap dengan golongan laki-laki, sekarang diuji pula dengan sosok lelaki mengajak dia untuk berbual.

"Oh! Lupa! Awak jangan rasa awkward dulu, tahu? Saya tegur awak, sebab saya nampak awak dua tiga kali juga ke hulur ke hilir tadi dekat luar rumah saya. Saya ingatkan awak ada masalah, tu yang saya tegur!" 

Dan-dan,  roman wajah Nurin bermalih warna persis semangka. Aduhai! 

"Hmm. Sorry." Itu pula menjadi jawapan yang menguncur daripada bibir Nurin di hadapan laki-laki tersebut. Langsung, nada suara maskulin Thafiq membebaskan tawa macho. 

"Awak tak salah! Saya dapat agak awak bergaduh dengan batu-batu rumah saya aje. Sebab awak tendang punya tendang sampai batu depan rumah saya, dah berkurang lebih lima puluh bijik!"

Nurin mengangguk-gangguk kecil. Namun, tatkala menyedari bahawa lelaki di sisi itu sedang berloyar buruk, Nurin langsung membulatkan mata. Dan-dan, semakin menunduk Nurin kesudahannya. Tidak tahu mahu membalas apa. Sesaat, dia berasa bayang seseorang mula menghuni sisinya. Drastik, Nurin Rumaniaz mengalihkan kepala. Mata bundarnya berlanggar dengan jejaka tersebut. Nurin menggariskan senyuman segan. Aduhai.

Mrs. Quthni AtallahWhere stories live. Discover now