Bab 3

53 7 5
                                    

OPAH Dawa mengekek ketawa apakala mendengar cerita-cerita yang dibuka oleh Nurin. Nurin pula sekadar tersenyum bahagia. Lapang jiwa tatkala pupil mata masih bisa melihat wajah-wajah kesayangannya tersenyum bahagia. Satu kurnia Tuhan yang dia tidak akan lupa untuk syukuri. 

Jari-jemari Nurin sibuk membasuh ikan dan pelbagai jenis sayur di hadapan sinki. Usai itu, Nurin mahu fokus terhadap menumis bawang pula.  Mama dan papa bersiar-siar di kampung. Qhairiyyah barang kali di dalam kamar. 

"Alhamdulillah. Bahagia cucu Opah ya kerja dekat pejabat tu. Semua peramah. Kot-kot boleh jumpa jodoh," Opah Dawa membuka bicara.

Ayat usikan opah itu diladen dengan cebikan oleh Nurin. Amboi, orang cerita pasal karenah rakan-rakan sekerja dia, opah boleh pula melencong bercakap tentang jodoh.

"Opah..." meleret nada Nurin.

"Taknak cakap pasal tu. Tak suka," sambung Nurin. Bibir sudah menuncung-muncung.

"Cucu opah ni kan dah tua. Apa salahnya cakap pasal kahwin. Bukan selamanya boleh mengelak," ujar wanita tua itu.

"Muda lagilah opah. Baru 26 tahun kot. Nak enjoy pun tak sempat lagi."

"Enjoylah sangat. Ovari tu kena jaga. Rosan kang. Haa..."

Nurin mencebik. "Hei! Apa opah tu. Ovari orang sihat-sihat je kot," bidasnya. Bahagian perutnya diraba-raba sendiri. Opah ni, menakutkan!

Yang bukan-bukan aje opah ni. Tanpa menunggu, Nurin pantas mengambil sebuah kuali sederhana besar. Kemudian, dimasukkan bahan yang sudah siap dipotong dan ditumis perlahan. 

Opah Dawa sekadar menampal senyum tipis di bibir mongel ekstra tua.  

"Sebab itu, kita sebagai perempuan kena sentiasa jaga diri. Jaga kesihatan. Dekat luar sana, berapa ramai wanita menghidap penyakit berkaitan ovari. Contohnya, Sindrom Ovari Polisistik (PCOS). Simptom PCOS lazimnya berkait dengan kitaran haid yang tidak teratur ataupun tidak datang sama sekali. Dan juga, obesiti. Jadi, elakkan diri daripada memakan makanan diproses semata-mata ataupun makanan berminyak. Tak elok untuk kesihatan." 

"Opah, opah kena jadi doktor," komen Nurin bersama kening dijungkat kecil. Juga, mahu tergelak mendengar omelan opah. 

"Opah tahu, opah memang tidak berkebolehan nak jadi doktor. Opah rasa, kerjaya sebagai seorang doktor ini. semua orang pernah simpan cita-cita, kan? Cukup-cukuplah pada zaman sekolah dulu, cikgu-cikgu tanya opah mahu jadi apa. Bukan main, sampai tiga senarai kerja. Doktor, polis dan angkasawan!" Pada hujung ayat, wanita elegan tersebut tertawa halus. Minda sudah dibawa berlari kepada memori lebih kurang lima puluh tahun dahulu. 

"Seriuslah, opah? Sampai zaman Nurin dekat sekolah rendah pun, para guru masih gunakan konteks tiga kerjaya yang mahu diceburi oleh para murid di alam dewasa nanti," Nurin mengernyit hidung. Tanpa disangka-sangka, walaupun zaman sudah berubah, terdapat juga sebahagian perihal nan masih disesuaikan dengan generasi Z. 

"They have the ability to find the power in any student's thinking." Ujar Opah Dewi kemudiannya.

Nurin mengeya, bersetuju dalam diam sebelum memindahkan sayur yang sudah ditumis elok dan cantik. 

"Opah!"

Satu nada suara maskulin yang muncul di tengah-tengah ruang dapur, membuatkan Nurin berkalih sekejap. Spontan, bebola mata disapa dengan susuk tubuh sasa Quthni Atallah. Serta-merta, Nurin mengalihkan pandangan. Juga, mendiam. Dia melabuhkan duduk di sudut meja, berdekatan tingkap dapur. 

"Atal, kenapa?" 

"Mak Esah sebelah rumah tu kasi opah coklat dari Pulau Langkawi," ujar Quthni. Sungguh tenang. Lewat ekor mata, Nurin menangkap pergelangan tangan berurat tersebut memang dua beg kertas berwarna coklat. 

Mrs. Quthni AtallahWhere stories live. Discover now