5(5) ÷ 5 = ?

56 6 3
                                    

"KAK NIAZ!" 

Nurin Rumaniaz yang sedang menghayunkan tangan mengelap rambut itu tersentak. Hujung telinga ditujah dengan nada suara Qhairiyyah. Kepala sudah berpaling dari menghadap cermin. Sekilap, susuk tubuh Qhairiyyah sudah berada di hadapan jenang pintu bilik ukir bermotifkan melur. Masuk pula ke dalam bilik peraduan Nurin bagai digigit serangga. Tidak menyabar-nyabar.  Pantas Nurin kemas-kemaskan tubuh nan dibalut dengan  Versace Medusa Bathrobe

"Kak Niaz!" Qhiariyyah bergembar-gembur, kentadipun susuk tubuh Nurin awal-awal sudah menyapa retina mata dia. Langsung, Nurin mengecilkan kelipatan mata. Juga, kening berkisut-kisut. 

"Ya! Akak dekat depan mata ni, haa! Kenapa nak kena teriak-teriak, Qhai?" Nurin menjongor. Sekonyong-konyong, Qhairiyyah menyengih. 

"Saja, nak up-up keadaan sikit. Bagi suprise sikit, buat jantung akak bekerja lebih. Sebab, Qhai bawak satu berita yang sangat mengejutkan! Dengan Qhai sendiri, " Selaras dengan jawapan tersebut, bebola mata Qhairiyyah juga memancarkan binar-binar matahari. Ceria sungguh. 

"Apa? Kejutan apa?" 

"Pada pandangan akaklah, dalam banyak-banyak benda dekat dunia ini, perihal apa yang mendebarkan sekali akak pernah hadapi?" Qhairiyyah menjungkat kening sembari hujung bibir turut mengulum senyum nakal. 

Nurin menggali nafas dalam-dalam kemudian dihela perlahan-lahan. Mahu tidak mahu, bibir tetap menjawab persoalan si adik. "Tunggu keputusan UPSR, SPM dan keputusan first class degree akak," mengernyit hidung Nurin. Spontan, mengundang muncungan daripada Qhairiyyah. Gadis itu mendengus sebal. 

"Laa, akak bagi jawapan betullah tu." Nurin mengekeh comel. Susuk tubuh kala ini berkalih semula menghadap cermin. Kemudian, rambut dikering kembali menggunakan mini towel di tangan. 

"Hesy! Kalau akak rasa itu adalah perkara yang paling mendebarkan, Qhai rasa akak bakal bertambah skala debar tu, sebab..." Qhariyyah sengaja bermain-main di hujung kata. Mahu Nurin mendalami perasaan berdebar tersebut buat julung-julung kali setelah sekian lama. 

Sesaat, mereka berpandangan. Nurin mengirim pertanyaan melalui alur mata. Cuba bertanya. Perlahan-lahan Qhairiyyah mendekat. Beberapa ketika, tangan Qhairiyyah mengunjuk sebuah beg kertas sederhana besar. Tepat di hadapan mata Nurin Rumaniaz.

"Apa ni?"

Nurin menyambut beg kertas berwarna coklat tersebut. Dibuka penuh berhati-hati. Tuala kecil diletak di sisi. 

Soalan yang diucap kata tidak dibalas oleh Qhairiyyah. Namun, masih statik mata Nurin melihat isi-isi di dalam beg kertas pegangannya itu.

Ada tuala wanita. Bukan satu, tapi tiga bungkus.

Ada mampatan haba.

Terdapat juga ubat tahan sakit.

Tangan Nurin masih setia mengorek isi-isi beg kertas. Sedikit demi sedikit, sebelum berhenti.

Nurin melangut kepala. Terpampang wajah Qhairiyyah di hadapann mata, dengan roman muka yang agak... mencurigakan?

"Abang Quthni bagi." Nyata Qhairiyyah.

Nurin yang masih berhadapan dengan gadis itu mulai membulatkan mata. Terkejut dengan ayat penyata Qhairiyyah.

"Untuk apa?" Hendak tak hendak, itu pula lolos daripada bibir Nurin. Persis soalan bodoh pun ada. Aduh!  

Qhairiyyah sekonyong-konyong meletus tawa halus. "Untuk apa? Untuk akaklah! Semalam kan akak terkena dismenorea?" 

Kalau dilihat dalam-dalam wajah Qhairiyyah, memang tidak nampak sedikit bias bergurau pun. Memang kelihatan serius.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Quthni AtallahWhere stories live. Discover now