*400 dahulu*
Aku Ryna Catherine dan berumur 56 tahun. Aku merupakan anak kepada Raja Richard Michael dan Queen Cayreen Vionra.
Ayahandaku mentadbir kerajaan yang bernama kerajaan Ryvallyn dan berada di dunia yang bernama Dyforeen.
Dan di dalam dunia ini seseorang boleh mencecah umur sehingga 1000 tahun jadi umur macam aku ni masih dikatakan budak lagi lah.
Dekat dunia ni tak semestinya umur 1000 baru nak mati. Macam aku, aku ni tak sampai 1000 pun dah mati.
Nak tahu kenapa? Ni ceritanya.
Setiap kerajaan di dunia ini pasti mempunyai musuh dan mustahil lah kalau kerajaan tu tak ada musuh satu pun boleh kira ada lah tu.
Well, kalau nak tahu. Kerajaan yang didiami oleh aku ni terlalu banyak musuh sehinggakan aku tidak dapat kira berapakah semuanya.
And then, ada satu malam ni. Aku berada di luar atau lebih tepat lagi di taman istana bersama dengan pekerja peribadi atau nama lain iaitu butler aku yang bernama Viron.
Semasa aku di luar dan ingin menghidup udara segar tiba-tiba datang angin yang tidak dijemput datang menampar lembut kulitku ini.
dan angin itu sangat sejuk seakan kita berada di dunia ais. Dari situ, aku sudah tidak sedap hati. Aku merasakan ada perkara buruk yang bakal terjadi.
Seperti sangkaanku, setelah beberapa minit aku terdengar lonceng dibunyikan dan ia menandakan ada musuh yang datang menyerang ke istana ini.
Aku dengan cepatnya menggerakkan kakiku untuk ke tempat selamat agar dapat melindungi diri dari bahaya.
Tetapi malang tak berbau, ketika aku ingin mengatur langkahku, aku diberhentikan oleh Viron.
Dia menikamku tanpa aku sedari dari belakang.
Aku terkejut.
"K-ke-napa?" Tanyaku kepadanya dengan nada yang lemah dan tidak bermaya selepas menerima hadiah yang aku tidak jangkakan daripada orang yang dipercayai selama beberapa tahun lamanya.
"Tak perlu nak bersusah-susah nak cari tempat berlindung, kerana sekejap sahaja lagi kau akan ke tempat yang sepatutnya." Katanya sambil melemparkan senyuman sinis kepadaku.
Dan dengan itu, dia berlalu pergi dari sini apabila terdengar tapak kaki yang ingin menuju ke sini.
Lama-kelamaan akhirnya aku rebah dan terbaring di atas rumput yang berada di sini.
Perlahan demi perlahan aku menutup mataku dan tidak sedarkan diri selepas itu.
Sebelum aku tidak sedarkan diri, aku perasan yang ayahandaku mendakap tubuhku yang kian lemah ini.
Dan selepas itu aku tidak mengetahui apa yang telah berlaku seterusnya.
♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂
☆Happy_go_lucky99☆
YOU ARE READING
400 tahun
FantasyDia bukan lagi seperti 400 tahun yang lalu yang tidak mengetahui apa-apa. Sekarang dia muncul dengan perwatakan yang berbeza dari yang sebelumnya. Meskipun tiada memori pada masa silamnya tetapi hanya mimpi yang tidak dapar ditafsir olehnya yang dap...