Bab 3

227 15 3
                                    

*Flasback*

Masa itu aku baru sahaja lepas habis waktu persekolahan dan terus berjalan keluar dari kawasan sekolah untuk pulang ke rumah hanya dengan berjalan kaki seorang diri ketika itu.

Sewaktu berada di pertengahan jalan untuk sampai ke rumah, tetibanya aku terasa seperti ada seseorang yang mengekoriku dari belakang.

Aku mula berasa takut tapi aku hanya mengcovernya agar tidak terlalu kelihatan.

Aku pun mula untuk mengatur langlahku dengan lebih pantas agar ia dapat menjauhkan jarak diantara kami.

Tetapi, seseorang itu juga mempercepatkan langkahnya seperti aku. Mungkin dia tidak mahu kehilangan jejakku.

Degupan jantungku yang semakin laju membuatkan aku lebih cemas dari yang sebelumnya.

Otakku juga kini sudah menjadi kosong dan tumpuanku di atas jalan tidak diharaukan.

Hanya satu ayat yang bermain difikiranku buat ketika ini dan ianya aku ingin segera pulang ke rumah dengan selamat.

Lalu aku tidak tahu kenapa, aku segera memejamkan kedua-dua mataku.

Bilaku pejam, aku membayangkan bahawa aku kini berada di hadapan rumahku yang aku rindui.

Setelah beberapa saat aku memejamkan kedua-dua mataku.

Lalu ku dengan perlahan-lahan mambukanya kembali.

Setelah aku membukanya, betapa terkejutnya aku dengan apa yang aku telah lihat ketika itu.

Di hadapanku sekarang ini, terdapat bangunan dua tingkat yang cantik dan luas.

Pada mulanya, aku beranggapan bahawa aku sedang berkhayal di awal pagi.

Tapi bila aku cuba menampar dengan sedikit kuat di pipiku, aku dapat merasakan kesakitan itu.

Katika itu juga, aku berfikir bagaimana aku berada di sini? Di mana sudah pula orang tersebut? adakah aku bermimpi? dan pelbagai soalan lagi yang aku ajukan kepada diriku.

Sejurus itu, aku pun memulakakan langkah kakiku untuk ke pintu utama yang berada dihadapan rumah tersebut.













♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂♀♂

☆Happy_go_lucky99☆















400 tahunWhere stories live. Discover now