Itu lah kali pertama aku menggunakan kuasa yang istimewa atau kuasa misteri yang tidak pernah ku tahu sebelum ini.
Dan aku kini berada di depan kelasku.
Dengan menjaga setiap langkah kakiku, aku pun masuk melalui pintu utama ke dalam kelasku.
Inilah juga salah satu cara yang dapatku lakukan sekiranya terlewat ke kelas.
Setelah beberapa jam waktu berlalu maka dengan itu sesi waktu persekolahan telah pun tamat.
"Mel, nak join tak lepas ni?" Soal salah seorang rakan baikku.
"Pergi mana?" Soalku pula.
"Tu, tahu lagi. Nantilah fikir." Balasnya sambil jarinya menggaru kepalanya sendiri, mungkin memikirkan jawapan kepada soalanku tadi.
"Kalau begitu maaflah ya guys. Esok-esoklah aku join kamu." Kataku sambil separuh senyum.
"Ok lah kalau begitu. Kami gerak dulu lah. Take care. Hati-hati semasa dalam perjalanan pulang." Kata mereka sebelum mengatur langkah keluar dari kelas dan akhirnya aku ditinggalkan bersendirian di dalam kelas ini.
Sejurus aku berdiri dari dudukku dari sekian lamanya.
Aku memandang langit dari tingkap besar yang berada di kiri ku.
Ketika aku menghirup udara luar, aku dengan tiba-tibanya rasa tidak sedap hati.
'Eh? Kenapa ni?' Dugaku sendiri.
Aku mula mengerutkan dahiku.
Rasa risau mula datang tiba-tibanya.
Aku berasa pelik.
Tapi aku hanya cuba melupakan rasa tersebut dengan memikirkan dengan perkara-perkara yang positif.
Ku pandang sekali lagi permandangan langit di luar.
Tetapi kali ini dengan lebih lama.
Lalu, datang udara menyapa kulit tubuhku.
Aku sudah mula berasa cuak. Jantungku pula terasa berdegup kencang dengan perkara tersebut.
Ia seakan, aku pernah merasakan situasi seperti ini sebelumnya.
Tetapi, aku masih memberanikan diriku untuk menuju ke arah pintu utama kelas ini.
Keluar dari pintu utama tersebut, aku dapat perhatikan sepanjang laluan yang aku lalui tidak terdapat seorang manusia pun.
Sunyi. Sepi.
Langkah demi langkah, aku kini berada di hadapan pagar sekolah.
Setelah satu langkah kaki kananku keluar menyeberangi garisan antara dalam dan luar pagar ini.
Aku rasa seakan tahu.
Bahawa selepas ini pasti ada yang akan berlaku kepada ku.
Aku tak tahu macam mana.
Tapi aku sudah dapat mengagak.
Dan kini aku hanya menunggu apa yang bakal berlaku terhadap diriku.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
#vote #comment #share
★Happy_go_lucky99★
YOU ARE READING
400 tahun
FantasyDia bukan lagi seperti 400 tahun yang lalu yang tidak mengetahui apa-apa. Sekarang dia muncul dengan perwatakan yang berbeza dari yang sebelumnya. Meskipun tiada memori pada masa silamnya tetapi hanya mimpi yang tidak dapar ditafsir olehnya yang dap...