Tersenyum manis Danish yang baru keluar daripada bilik air apabila melihat Danial yang terkebil kebil memandangnya . Kaki melangkah ke arah katil . Pipi Danial dikucup bertalu talu . Mengekek budak itu ketawa .
" Ehh mata dia macam mata ibu la " Dahi Danial dikucupnya . Punggung anaknya ditepuk . Jam dah pukul 10 malam , jam anaknya tidur . Seketika kemudian anaknya sudah dilamar lena .
Surat di laci bersebelahan katilnya diambil . Laci kembali ditutup . Sampul itu dibuka kertas didalamnya diambil .
dear my beloved hubby ( Danish )
Kalau awak baca surat ni , that ' s mean saya dah ada di alam lain . Awak jangan nangis sebab saya dah beri awak hadiah yang baik iaitu Danial . Saya nak minta maaf sekira selama saya jadi isteri awak saya kurang lakukan tanggungjawab saya dengan baik . Halalkan makan minum saya . Saya maafkan awak , Mia dan orang sekeliling saya . Saya nak awak cari yang lebih baik dari saya . Saya nak orang yang jaga Danial boleh terima dia . Saya sentiasa rindu awak dan saya sentiasa sayang awak
Your naughty wife (Puteri)
Surat itu kembali disimpan . Air mata nya dikesat . Dia rindu , rindu semuanya tentang Puteri . Badan dibaringkan . Tubuh Danial ditarik merapatnya .
I dah maafkan you sayang . You baik . I selalu rindukan ypu and sayang you . Moga tenang kau disana wahai bidadari syurgaku .
Danial merangkak naik ke tubuh ayahnya . Kepala diletakkan di bahagian dada si ayah . Kepalanya terangkat sedikit mengikut detakan jantung Danish .
Danish mengusap belakang tubuh anaknya . Comel sangatlah sayang ayah dan ibu ni . Kepala ditundukkan ke bawah melihat jikalau anaknya sudah tidur .
Ehh , Danial juga turut memandangnya . Terukir senyuman manis pada wajah kedua duanya . Makin galak Danish senyum apabila anaknya yang senyum hanya mengeluarkan gusi .
Normallah tu kang dia ada gigi , jantung kau aku suruh si Danial tu gigit . Lah tiber .
Segera Danish menahan tubuh anaknya apabila si anak ingin bergolek . Ingat ayahmu itu tilam ka ?
" Ala nakalnya dia "
Diletakkan tubuh Danial ke tilam . Si anak memandang tingkah laku ayah dengan tekun .
Danial sekejap memandang ke arah anaknya . Takut dia pi tergolek dekat atas katil , naya kalau jatuh . Buas juga anaknya itu .
Masa mula mula dia bersama Danial tak pula anaknya buas . Mungkin si anak masa tu shy shy ton . Ehh tak shy shy cat .
Danial kembali mendekati Danish . Puting botol susu disuakan ke mulut anaknya . Laju sahaja si anak menyonyot nya . Haus sangat tuu .
Bayangkan arwah Puteri berada di situ . Mereka bergurau senda . Arghh syedih .
♡︎
YOU ARE READING
SETIA YANG DIKHIANATI [ C ]
Truyện NgắnS1 - Setia Yang Dikhianati puteri amanda , mencintai lelaki yang berkali kali menyakitkannya , memang akan dianggap lemah oleh mereka . namun hanya dia sahaja yang tahu bagaimana sulitnya melepaskan si dia . danish zalfan , berkali kali diberi pe...