Seperti biasa, ni-ki datang lewat lagi. Entah mengapa. Dan alasan dia, bangun lewat.
(Kena lah jujur. Kalau tk jujur kang dosa) - ni-ki
(Habis, kau tu buat masalah kat sekolah cam melawan kata cikgu... Tk dosa kah?) - author
(.....) - ni-ki
(´º∀º`) - author
Balik ke cerita.....
Kini, giliran ni-ki untuk memberikan alaskan kepada pengawas yang bertugas. Sudah semestinya pengawas itu Sunghoon.
"Aku- " belum sempat si pemuda berumur 17 tahun itu menghabiskan kata-katanya, Sunghoon membalas.
"Kau, sila beratur yang terakhir. Aku mahu berkata sedikit." Katanya si dingin.
"Ish, yelah...." Balas ni-ki dengan malas lalu berjalan menuju ke barisan yang terakhir.
Setelah menunggu 3 minit, akhirnya giliran ni-ki.
"Aku bang-" sekali lagi ni-ki mahu menghabiskan kata-katanya, sunghoon mencelah.
"Aku tahu, sila pergi ke padang dan habiskan larian mu" kata Sunghoon.
Apa? Itu saja? Sudah semestinya ni-ki sedikit marah. Dia disuruh untuk beratur di belakang lalu, itu saja yang Sunghoon mahu berkata? Membuang masa saja..... Tetapi, mungkin ni-ki akan membalas semula.... Hehehe....
Sunghoon melihat keadaan ni-ki yang mula lelah. Entahlah mengapa dia berasa kasihan pada orang itu.
Larian ni-ki sudah selesai. Ah, dia terbaring di tepi padang kerana kepenatan. Matahari mula memancar di mukanya. Dia sedikit silau, tetapi Sunghoon datang kepadanya lalu menutup pancaran cahaya dari muka ni-ki menggunakan tangan panjangnya.
"Oh Sunghoon hyung." Kata ni-ki lalu mendudukan dirinya.
"Aku mahu mengatakan sesuatu." Balas Sunghoon.
"Benarkah kau bangun lambat setiap hari? Kau tiada Jam kah? Tidak penatkah selalu dihukum?" Pertanyaan Sunghoon kepada ni-ki bertubi-tubi.
Ni-ki mengangkat keningnya.
"Berginilah ni-ki, kau tidak lelah selalu dihukum?" Tanya Sunghoon.
Ni-ki tersenyum.
"Mungkin, tidak." Jawabnya.
Sunghoon menghembuskan nafasnya. Sungguh penat melayan budak ini.
"Dengar ni-ki, aku sebenarnya-" kali ini, Sunghoon pula tidak sempat menghabiskan kata-katanya kerana ni-ki menyemburkan bedak bayinya ke muka Sunghoon. Sebenarnya ni-ki malas mahu mendengar ceramah si dingin.
"Argh! Hwang riki!" Marah Sunghoon kerana hidungnya tersumbat.
Ni-ki hanya tertawa lalu berlari meninggalkan Sunghoon.
"Yah! Jangan lari!" Marah Sunghoon lagi.
Kini pandangan ni-ki tidak kelihatan sunghoon. Sunghoon akan menghabiskan budak itu nanti.
Ah, ini minggu ke 3. Sunghoon masih tidak dapat mengajar budak itu berakhlak.
Dan... Perkara yang menghantui dirinya pada minggu ini adalah....
Flashback...
Waktu rehat mula memendek. Dan, ni-ki menghabiskan masanya dengan guru kaunseling peribadinya, Sunghoon. Mereka kini berada di bilik kaunseling kerana disana sangat aman dan tiada pengganggu.
"Kau ingat undang-undang sekolah yang ke 7?" Tanya Sunghoon.
"Tidak" balas ni-ki tanpa rasa bersalah.
"Ah tuhan, izinkan aku mencekik budak ini." Bisik Sunghoon dalam hati.
"Kau tidak membaca buku yang ku beri?" Tanya Sunghoon lagi.
"Ada, tetapi aku lupa 80% dari 100% isi buku itu." Jawab ni-ki.
Sunghoon membulatkan matanya. Dia memberikan masa 1 minggu untuk membaca buku itu, tapi hanya 30% yang memasuki otaknya?
Kepala Sunghoon mula pening. Dia sudah lelah. Lelah sehingga mahu mencarut. Tetapi, sebagai pengawas yang dicontohi dan dipercayai guru dan pelajar-pelajar lain, dia hanya mampu bersabar.
Sunghoon melihat keadaan ni-ki yang tidak fokus padanya. Dia sibuk bermain dengan pensilnya tanpa mencatat nota.
Kepala Sunghoon mula memanas. Tanpa sengaja dia memukul meja dengan kuat sehingga ni-ki terkejut besar.
Pensilnya terpelanting sehingga hampir terkena laptop guru yang berada di meja bersebelahan mereka.
Ahh... Jika reader nak tahu, pemilik laptop itu sangatlah kaya. Harga laptop apple itu lebih 10 ribu ringgit malaysia. Sunghoon bergegas melihat keadaan laptop itu supaya tidak apa-apa.
"Fuh, tidak ada calar." Bisik Sunghoon dengan tenang.
Ni-ki mendekati Sunghoon lalu tidak sengaja tersadung kerusi sehingga menyebabkan meja yang diduduki laptop mahal itu tergerak. Dan..........
Laptop nya, terjatuh....
Sunghoon membesarkan matanya. Dia sangat terkejut dan tidak mampu melakukan apa-apa.
Dia menoleh ke arah ni-ki, kelihatan kelibat ni-ki menghilang. Apa?! Dia melarikan diri?!
Sunghoon panik. Dia tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Dia melihat keadaan laptop itu. Dan..........
"Ah, syukur...... Laptop cikgu Namjoon tidak rosak...." Bisiknya dengan tenang.
Dia meletakkan semula laptop itu pada keadaan asal lalu cepat-cepat keluar dari bilik kaunseling itu.
Flashback end.......
YOU ARE READING
𝙎𝙤𝙧𝙧𝙮 𝘼𝙣𝙙 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙠 𝙔𝙤𝙪
Fanfiction" 𝐓𝐡𝐚𝐧𝐤𝐬 𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐦𝐚𝐤𝐞 𝐦𝐞 𝐟𝐞𝐞𝐥 𝐚𝐥𝐢𝐯𝐞, 𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐈 𝐥𝐞𝐚𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " [Hoonki] Note!! *too much typo *just for fun *my first bl book Start: 24 /12 /2021 End: ?